Bn Bakal Menang Kerana Aura Najib Faktor Pas Ilham Centre


MALAYSIAKINI

   
Badan kaji selidik Ilham Centre meramalkan BN akan meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan berlangsung kurang 24 jam dari sekarang.

Menurut Pengarah Eksekutifnya Azlan Zainal, tinjauan yang dilakukan pada 22 hingga 24 Jan menggariskan beberapa faktor yang bakal mendorong kemenangan itu, antaranya aura bekas perdana menteri Najib Razak yang membuat kemunculan semula membantu kempen PRK kali ini.

“Selaku mantan perdana menteri dan anak jati Pahang, ternyata aura Najib Razak masih dirasai oleh penduduk setempat dan kes-kes pendakwaannya di mahkamah tidak memberi kesan negatif di lokaliti ini.

“Namun BN juga berhadapan risiko dengan penglibatan Najib dalam kempen ini. Sebagaimana kajian pra dan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas mendapati Najib adalah faktor rakyat menolak BN.

“Penglibatan beliau kali ini mencetus kembali kebencian dan penolakan pengundi kelas pertengahan terhadap BN. Ini boleh jadi senjata makan tuan (‘backfire’) yang tidak disedari oleh BN sekali lagi, khususnya daripada pengundi senyap (‘silent voters’). Namun jumlah ini adalah kecil dan tidak memberi impak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib berdepan 38 pertuduhan berkaitan dengan 1MDB, termasuk dakwaan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan juga pecah amanah jenayah- tetapi tetap turun bagi membantu kempen membantu BN di Cameron Highlands.

PAS bantu kemenangan

Selain itu, kata Azlan, usaha PAS menggerakkan kempen secara agresif juga dilihat bakal menyumbang kepada kemenangan BN.

“Ini dapat dilihat apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sendiri telah turut sama berkempen untuk menarik sokongan pengundi PAS kepada BN.
“Ini juga terbukti apabila setiap pemimpin kanan PAS di peringkat nasional, negeri mahupun tempatan turun untuk berkempen dan menyakinkan penyokong-penyokong PAS untuk mengundi calon BN,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, Azlan berkata, undi PAS terpecah tiga- yang akan mengundi BN, yang memilih calon bebas Melayu, dan yang protes tidak keluar mengundi.

Jelasnya, penyokong PAS terutama di negeri pantai timur lebih mengutamakan arahan pimpinan berbanding memikirkan pendapat peribadi.

Kerisauan Melayu-Islam
Selain itu, menurut Azlan, beberapa faktor lain yang akan mempengaruhi keputusan PRK esok ialah kerisauan orang Melayu-Islam terhadap kedudukan hak mereka dan agama Islam, selain isu setempat seperti kejatuhan merudum harga komoditi sawit sejak PH memerintah.
“Ramli Mohd Nor, calon BN kelihatannya mendapat tempat di sisi orang Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai manakala calon PH, M Manogaran pula mempunyai tapak sokongan orang bukan Melayu di DUN Tanah Rata, meninggalkan dua calon bebas lain,” katanya.

Bagaimanapun, Azlan mengakui kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini dijangka dapat menambah momentum kepada kempen PH, khususnya kepada pengundi veteran Umno.

Tinjauan Ilham Centre dilakukan secara tatap muka terhadap 402 responden di P078 Cameron Highlands meliputi semua segmentasi kaum, jantina dan umur pengundi serta lokaliti.

Kaedah tinjauan yang diguna pakai ialah persampelan rawak berstrata, dengan ralat kajian pada 2.03 peratus.

Selain Ramli dan Manogaran, dua calon bebas lain bagi PRK Cameron Highlands ialah bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki Sallehudin Ab Talib dan petani Wong Seng Yee.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/bn-bakal-menang-kerana-aura-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faktor Najib Umno Pun Bungkus Bn Cameron Highland Bakal Runtuh

Faktor Najib Umno Pun Bungkus Bn Cameron Highland Bakal Runtuh

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 577 hits
Pendekatan Anwar terhadap pemimpin PKR let them shout boleh JUGA digunapakai terhadap pembangkang Tidak ada cara untuk mereka menjadi kerajaan sehinggalah PRU15 Dan segala bangkangan itu lebih kepada masih tidak dapat menerima hakikatnya me...
Menang Faktor Najib Atau Calon

Menang Faktor Najib Atau Calon

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 408 hits
sekurang kurangnya lega kerana tidak ujud satu lagi wayarmati atau kulaan Menang sorak
Aura Najib Razak Bukan Punca Kekalahan Ph Di Cameron Highlands Muhyiddin

Aura Najib Razak Bukan Punca Kekalahan Ph Di Cameron Highlands Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 445 hits
Kekalahan Pakatan Harapan di Pilihanraya kecil Parlimen Cameron Highlands bukan disebabkan aura bekas Perdana Menteri tegas Timbalan presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut beliau kekalahan PH itu adalah petanda jelas agar kerajaan b...
Bn Menang Kerana Pas Kata Penganalisis

Bn Menang Kerana Pas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 354 hits
PRK CAMERON BN tidak boleh berbangga dengan kemenangan pada PRK Parlimen Cameron Highlands kerana kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada pengundi PAS Penganalisis politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata penyoko...
Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 342 hits
ARAU 27 Jan Kejayaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menunjukkan perkembangan positif hasil penyatuan antara UMNO dan Pas selain memberi mesej jelas terhadap kebangkitan rakyat khususnya umat Islam yang menolak k...
Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 426 hits
Dikala propaganda konon UMNO BN sudah tidak lagi diterima rakyat sedang memuncak terutama dalam media arus perdana yang kononnya lebih bebas berbanding dulu kita menang dalam PRK Cameron Highland semalam Lebih manis majoriti yang diterima k...
Prk Cameron Highland Peneroka Felda Penyokong Pas Memuji Pentabiran Najib

Prk Cameron Highland Peneroka Felda Penyokong Pas Memuji Pentabiran Najib

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 329 hits
Ketika ramai rakyat Malaysia sinis terhadap Najib Razak yang terpalit dengan kes pengubahan wang haram dan salah guna jawatan penduduk Felda di Jelai sebaliknya mempunyai pandangan berbeza terhadap beliau Tinjauan Malaysiakini mendapati beb...
Mahfuz Najib Bukan Sebab Bn Menang Di Cameron

Mahfuz Najib Bukan Sebab Bn Menang Di Cameron

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 307 hits
Menyifatkan kejayaan BN sebagai status quo beliau berkata pengundi PAS yang memenangkan Ramli Mohd Nor
Kerjasama Umno Pas Strategi Ampuh Menang Pru Tajuddin

Kerjasama Umno Pas Strategi Ampuh Menang Pru Tajuddin

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 405 hits
Kerjasama Umno PAS kini semakin baik selepas dua parti dominan Melayu itu bersatu dalam satu perhimpunan raksasa anti konvensyen PBB mengenai kesaksamaan kaum yang menghimpunkan puluhan ribu umat Islam di ibu negara baru baru ini kata Anggo...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini