Blogger Ph Kata Jadual Potongan Gaji Ptptn Zalim


TULISAN OLEH BLOGGER PAKATAN HARAPAN, SHAHBUDIN HUSIN
Dalam isu PTPTN yang menjadi perbualan hangat masyarakat ketika ini berikutan pengumuman badan itu untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual atau PGB antara antara 2% hingga 15% kepada peminjam, dua perkara utama tidak seharusnya diabaikan oleh kerajaan sebelum membuat keputusan muktamad berkenaan dengannya.
Pertama, wujud janji yang sahih daripada Pakatan Harapan sendiri untuk mengutip bayaran daripada peminjam hanya setelah mereka mempunyai pendapatan melebihi RM4,000 sebulan.
Kedua, pinjaman PTPTN adalah sejenis hutang dan dalam apa keadaan sekali pun, ia wajib dibayar.
Dasar baru yang diumumkan oleh PTPTN untuk mengutip bayaran balik berdasarkan pendapatan dengan kadar antara 2% hingga 15% telah menimbulkan keresahan dan kecaman daripada pelbagai kelompok masyarakat, khususnya golongan peminjam sendiri.
Selain UMNO yang menjadikan ia sebagai modal serangan kepada kerajaan, Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri kira-kira setahun setengah daripada sekarang turut meluahkan kebimbangannya dan berjanji akan membangkitkan perkara itu kepada Tun Mahathir Mohamad.
Difahamkan mesyuarat kabinet hari ini akan membincangkan berkenaan PGB yang diumumkan oleh PTPTN itu serta akan membuat keputusan terbaik mengenainya.
Sesuatu yang kabinet perlu ingat dan jangan buat-buat lupa ialah janji bayaran balik setelah berpendapatan RM4,000 sebulan adalah termaktub dalam manifesto PRU13 bersama ketetapan untuk memansuhkan dasar menyenarai-hitamkan nama peminjam yang gagal membuat pembayaran.
Haruslah diingat juga bahawa janji tersebut merupakan antara penyumbang hadirnya sokongan pengundi muda kepada Pakatan Harapan dan seterusnya memberi kemenangan kepada gabungan itu menumbangkan UMNO dan BN.
Tanpa janji tersebut, meskipun ada skandal 1MDB dan Najib Razak digelar sebagai penyamun sekali pun, undi golongan muda mungkin masih berbelah-bagi dan tidak cukup mantap untuk menjelmakan kemenangan.
Sebaik menang pilihanraya, meskipun dasar senarai hitam itu telah dimansuhkan, PTPTN akhirnya tidak melaksanakan janji berhubung pendapatan RM4,000 sebulan baru diwajibkan membuat bayaran balik dengan alasan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan.
Kita mungkin dapat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini, tetapi dasar baru PTPTN menetapkan bayaran balik melalui PGB sebanyak 2% hingga 15% adalah jelas menzalimi peminjam yang merupakan golongan muda yang baru mahu memulakan kehidupan.
Berdasarkan dasar baru itu, mereka yang berpendapatan RM2,000 akan dipotong gajinya sebanyak 2% atau RM40 sebulan manakala yang berpendapatan RM8,000 akan ditolak 15% atau RM1,200.
Bagi yang berpendapatan RM4,000 pula, potongan yang ditetapkan ialah sebanyak 8% atau RM320.
Kadar potongan mungkin nampak kecil jika mereka berpendapatan RM2,000, tetapi dengan sendirinya menjadi besar dan membebankan jika bergaji antara RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.
Daripada dijanjikan dikecualikan bayaran sehingga berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan, alih-alih peminjam PTPTN kini wajib membuat bayaran balik sebanyak RM320 setiap bulan.
Tidakkah ini gila dan zalim sebenarnya?
Apa yang tinggal jika hidup di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM4,000 sebulan tetapi dipotong RM320 atau bergaji RM8,000 dan ditolak sebanyak RM1,200?
Selain itu, dasar baru ini juga dengan sendirinya bermakna mereka yang sudah ada perjanjian untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan atau  sekitar RM100 dan RM150 sebulan, kini terikat dengan dasar baru yang diumumkan oleh PTPTN itu.
Dalam kita mengatakan hutang wajib dibayar oleh peminjam PTPTN sambil menyertakan petikan Al-Quran dan hadis berkaitan dengannya sebagai peringatan, haruslah juga diingat bahawa janji lebih wajib untuk ditunaikan.
Sebagaimana hutang akan dituntut di akhirat, janji juga akan dituntut di akhirat nanti, lebih-lebih lagi janji daripada pemimpin adalah yang lebih dulu dihisab di hadapan Tuhan.
Dalam kes PTPTN ini, sudahlah janji gagal ditepati, sebaliknya peminjam pula nampak dizalimi.
Berkaitan hal ini, kita kini  sedar bahawa Mazlee Malik selaku Menteri Pendidikan dan Wan Saiful Wan Jan semakin tidak layak duduk di jawatan yang mereka sandang sekarang, tetapi ketidakmampuan mereka itu tidak seharusnya menjadikan kerajaan Pakatan Harapan sebagai mangsa, dicemuh serta dianggap gagal.
Dasar PGB yang diumumkan oleh PTPTN ini adalah tanda kegagalan Pakatan Harapan dan pasti akan menyebabkan pengundi muda tidak lagi bersama Pakatan Harapan dalam PRU15 akan datang. 
Jika tanpa sokongan orang muda yang disebabkan oleh karenah Mazlee dan Wan Saiful ini, maka akan kembalilah Pakatan Harapan sebagai pembangkang semula.Oleh itu, adalah penting bagi kerajaan untuk membuat keputusan yang bijak dan adil berkaitan PTPTN ini,  bukan saja berdasarkan hutang wajib dibayar, tetapi juga berasaskan janji manifesto Pakatan Harapan sendiri, kecualilah jika Pakatan Harapan, Tun Mahathir, Anwar dan lain-lain pemimpin Pakatan Harapan tidak kisah untuk kembali menjadi pembangkang selepas PRU15 nanti? (ShahbudinHusin 07/12/2018) #CelahGelegar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/blogger-ph-kata-jadual-potongan-gaji.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peminjam Bayar Konsisten Dizalimi Kaedah Potongan Gaji Berjadual Ptptn

Peminjam Bayar Konsisten Dizalimi Kaedah Potongan Gaji Berjadual Ptptn

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 281 hits
Dalam isu PTPTN yang menjadi perbualan hangat masyarakat ketika ini berikutan pengumuman badan itu untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual atau PGB antara antara 2 hingga 15 kepada peminjam dua perkara utama tidak seharusnya diabaikan ol...
Potongan Gaji Berjadual Ptptn Ditangguh

Potongan Gaji Berjadual Ptptn Ditangguh

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 295 hits
Potongan Gaji Berjadual PTPTN Ditangguh Khabar baik kepada semua peminjam Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional hari ini iaitu sistem bayaran balik pinjaman fleksibel untuk pinjaman tersebut akan ditangguhkan buat masa ini M...
Potongan Gaji Berjadual Pinjaman Ptptn

Potongan Gaji Berjadual Pinjaman Ptptn

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 912 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan melaksanakan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual bermula Januari 2019 Kaedah PGB itu akan dilaksanakan mengikut peratus potongan daripada gaji peminja...
Ptptn Potongan Wajib Rm40 Bagi Peminjam Capai Gaji Rm2 000 Sehingga Rm2 500

Ptptn Potongan Wajib Rm40 Bagi Peminjam Capai Gaji Rm2 000 Sehingga Rm2 500

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 444 hits
PTPTN Potongan Wajib RM40 bagi Peminjam Capai Gaji RM2 000 sehingga RM2 500 Assalamualaikum dan selamat sejahtera Terkini daripada Menteri Pendidikan berkaitan PTPTN Kadar baru pembayaran semula iaitu dua peratus atau RM40 bagi peminjam Per...
Potongan 2 Sebaik Saja Gaji Peminjam Ptptn Cecah Rm2 000

Potongan 2 Sebaik Saja Gaji Peminjam Ptptn Cecah Rm2 000

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 394 hits
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan dipotong gaji sebaik saja gaji mereka mencecah RM2 000 sebulan demikian keputusan Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November lalu Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Chi...
Potongan Gaji Peminjam Ptptn Wajar Diteruskan

Potongan Gaji Peminjam Ptptn Wajar Diteruskan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 383 hits
Potongan gaji adalah kaedah yang paling sesuai untuk memaksa peminjam membayar semula Yang dipertikaikan sekarang adalah kadar potongan tersebut yang membebankan Pertikaian itu logik berdasarkan PH sendiri gagal menunaikan janjinya Kadar po...
Potongan Gaji Ptptn Untuk Manfaat Generasi Akan Datang Wan Saiful

Potongan Gaji Ptptn Untuk Manfaat Generasi Akan Datang Wan Saiful

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 439 hits
Pelaksanaan PGB sebagai kaedah bayaran balik bagi pinjaman PTPTN akan tetap diteruskan tahun hadapan kata pengerusinnya
Klcc Putrajaya Lambang Freemason Illuminati Kata Blogger

Klcc Putrajaya Lambang Freemason Illuminati Kata Blogger

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 1474 hits
BLOGGER anti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa ikon batu Menara Kembar Petronas KLCC Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang merupakan simbol Illuminati dan Freemason yang dibina Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang memerinta...
Jadual Bayaran Balik Pinjaman Ptptn 2019

Jadual Bayaran Balik Pinjaman Ptptn 2019

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 2802 hits
Cara Pembayaran Balik Berdasarkan Jadual Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2019 Kerajaan baru baru ini telah mengumumkan mengenai keputusan isu pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN Sedih sebab perjuangan untuk menghapuskan pinjaman PTPTN i...
Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Flood Situation In Sabah Worsens

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Dua Parcel

Gigi Susu

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Video Gelagat Sheila Rusly Sharifah Shahora Maria Tunku Sabri Cetus Reaksi Netizen Cute La Bertiga Ni

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E Hailing Marah Kerana Book Ride Untuk Pekerja Warga Asing Dia Rampas Phone Saya