Blogger Jangan Jadi Addicted


Blogger Alert #2

Dear Blogger,

Kehadapan buat sahabat blogger yang kukasihi dan dirahmati Allah SWT. Ini adalah entri untuk memperingatkan diri saya dan para blogger diluar sana.

Disini, saya rasa terpanggil untuk menulis tentang ini. Sebab keadaan seperti begitu memerlukan saya menulis tentang permasalahan ini. Apa yang saya lihat, ada sesetengah blogger yang dulunya tidak beberapa aktif, mula aktif semenjak cuti panjang. Dan lama-kelamaan mula ketagih dalam dunia blogging. Saya bukan insan yang layak untuk menulis ini, tapi cukuplah sekadar memperingati diri sendiri sambil mengingati orang lain agar tidak terjatuh dalam lembah ketagihan. 

Blogger bila dah addicted

Dulu-dulu hanya membuat blog untuk saja-saja. Tapi bila lama-lama, jadi seronok pulak. Kalau boleh nak updated tiap-tiap hari. Cerita pasal kehidupan diri sendiri. Makan di Mc D, jumpa Anuar Hadi, jumpa Faizal Tahir, pendek kata semua nak beritahu dunia "Inilah Aku".

bezakah muslim dan orang kafir,  dalam berblog? Dulu-dulu mahu menyebarkan kebaikkan di dunia web. Bila blog sudah mencecah followers 100. Kemudian ramai pulak yang suka komen dalam entrynya. Memuji entrynya yang bernas. Mulalah merasakan buah fikirannya lebih baik dari orang lain. Apa yang disampaikan semua betul. Ditegurnya blogger lain dalam entri-entrinya, lalu menunjukkan "ini lah cara blogging betul, dan cara ini salah". Kemudian bangga dengan ideologinya, dan terus hanyut dan hanyut. (sy lah tu)

akibatnya..
Makan blog, hidup blog

Kebanyakkan masalah yang berlaku, apabila blogger mula addicted. Ketagih berblogging. Malam blog, siang blog. Lepas makan blog, lepas solat blog. Tak tido pun sebab blog. Kehidupannya sudah jadi blog.

Terlalu mencari kesalahan orang lain

Bila dah suka sangat dunia blog ni, mesti nak kena updated selalu. Tapi nak kena bagi nampak cam entri yang bagus la. Jadi bila da habis modalnya untuk menulis. Mulalah mencari kesalahan orang lain. Jika kita selalu mencari kesalahan orang lain. maka kita tidak nampak kesalahan diri kita sendiri. Tu lah sebab jadi 'ditegur pun tak boleh terima'. Sebab dah rasa dirinya terlalu betul. Orang lain semua salah. (sy lah tu)
******************
Penyelesaian?
Saya teruskan kepada penyelesainya, sebab apa guna cerita masalah banyak, tapi penyelesaian tak dak. Sebahagiannya sudah saya bincangkan ini dalam entri Blogger Alert. Namun rasa nak tulis balik tentang itu. Moga-moga ia bermanfaat untuk kita. Saya bukanlah orang yang layak untuk berbicara ilmiah, sebab diri saya pun banyak kekurangannya. Ini adalah sebahagian penyelesaian yang saya pikir patut diambil kira oleh blogger yang sudah mula jadi addicted.

1. Niat dan Matlamat

Perkara utama dan selamanya. Niat dan Matlamat perlu diperjelaskan dalam penulisan. Bukan sekadar dalam penulisan sahaja, tetapi sepatutnya dalam semua perbuatan. Tapi saya hanya cuba fokus dalam berblog ni ja.

Ya, saya akui manusia sering kali tersasar dari matlamatnya. Jika sudah tahu tersasar, kena la betulkan balik. Jangan dibiarkan terus tersasar. Namun saya sedar, kebnyakan yang tersasar, tidak menyedari dirinya tersasar. Kalau gitu, disini saya cuba untuk memperingati kalian dan diri saya sendiri. Betulkan balik niat dan matlamat menulis.

Terutama mereka yang buat penulisan dakwah. Saya tahu kebanyakkan blogger dakwah, berniat baik dalam artikelnya. Tapi kadang-kadang sampai terlalu menghukum sesetengah pihak yang lain. Ada juga yang sanggup letak gambar dan tajuk entri berunsur porno untuk menarik perhatian pembaca agar membaca artikel 'niat baiknya'. Jika matlamat mencari keredhoan Allah, maka jalannya harus juga yang diredhoi oleh Allah.Betulkan balik niat dan matlamat itu!

2. Besederhana dalam melakukan sesuatu

Orang jadi addicted ni selalunya apabila dia buat sesuatu berlebih-lebihan. Syok sampai berlebih-lebihan. Bloging memang mengasyikkan. Tapi perlu ada kawalan di dalamnya. Jangan sampai kita makan blog, tido blog, tak tido pun sebab blog. Ia sudah melebihi batas manusia. Mengapa perlu terlalu taksub dengan blog? Besederhanalah.

Tak perlu memaksa orang lain membaca Blog anda. Cukuplah sekadar letakkan link sekali. Jika rasa kurang sambutan letak la link lagi. Promosi penting tapi, besederhanalah. Jangan seperti kelihatan memaksa-maksa orang pula. (org lain pun sakit hati)

3. Mengutamakan realiti dari maya

Orang kata blogger adalah pelakon yang hebat. Dalam blog bolehlah cakap baik, tapi dalam realitinya, cakap kasar. Dalam blog nampak penulisan nya macam penulisnya orang baik, tapi sebenarnya perangai dia bukanlah baik pun (saya la tu). Dalam dunia maya, mesra dengan followersnya. tapi dunia realiti masih dibenci rakannya. Dunia maya dan realiti adalah berbeza.


Tak salah jika mahu peramah di alam maya. Tapi lebihkan di alam realitinya. Jangan hidup dalam dunia maya sahaja. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan habiskan masa hanya untuk blog. Habiskan masa anda didalam dunia nyata. Jika ada masa senggang, bolehlah berblog. Tak salah.

Contoh yang lain untuk point ini ialah, didalam entrinya mahu menegakkan khalifah dimuka bumi ini. Maka disebutlah mengapa perlunya khilafah dan sebagainya. Tapi hakikat dalam dunia realitinya masih lagi tidak mampu meninggalkan perangai buruknya. Seperti masih lagi merokok, masih lagi menyimpan dan menonton video lucah dan sebagainya. Tidakkah dia tahu, jika mahu menegakkan Negara Islam, tegakkanlah negara islam dalam diri dahulu.(Di alam maya nampak kencang, tp realitinya hampeh). sy la tu

4. Merendah diri

Saya tahu bila orang yang banyak follower ni memang tinggi egonya. Bila dah dirasai orang menyokong penulisannya, rasa diri hebat. Jangan cuba nafikan, sebab saya sendiri merasainya. Jika follower dah cecah 1000 sekali pun, belum tentu Allah redho dengan blog kamu. Kalau pengomentar setia kamu mengatakan entri kamu itu benar, belum tentu ianya benar disisi Allah.


إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَخْبَتُوا إِلَى رَبِّهِمْ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَSesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.(Hud ayat 23)
Tunduk dan merendah diri lah kita walau berapa banyak pun follower. Untuk apa meninggi diri, jika pengakhirannya sama-sama juga kita mati? Jika ditegur, terimalah dengan hati terbuka, jika apa yang ditegur itu benar.

5. Hubungan dengan Allah

Ini perkara punca paling utama dalam permasalahan ini. Kebanyakan kita memang pandai menulis. Pandai mengemukakan idea yang bernas. Pandai memberi ideologi. Namun kekurangan hal paling besar, iaitu hubungan dengan Allah. Tulis lah apa yang mahu ditulis, tapi kena sedar, Allah itu maha melihat. Setiap apa yang ditulis kelak akan ditanya oleh Allah apa yang ditulisnya.


Jika kita betul-betul menjaga perkara ini, saya amat yakin, segala penulisan kita tidak akan tercampur perkara-perkara yang haram, perkara yang mencetuskan kemarahan, perkara yang menyakiti orang lain, tidak membuat perkara sia-sia dan sebagainya. Kerana semua yang dilakukan, kita merasai, Allah menilai. Segala yang baik akan dihisab, segala yang buruk akan diazab.Dan saya faham satu konsep semenjak di 'Taman Islami' dulu, iaitu jika menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan jaga hubungan kita dengan orang lain. Jika orang tak suka dengan kita tu, beerti mungkin kita tak jaga hubungan kita dengan Allah.

Kesedaran untuk sedar

Jadi disini saya seru sekalian blogger dan diri saya, agar kita tidak menjadi "blogging Addicted". Marilah berusaha bersama-sama memberikan sesuatu kepada masyarakat. Bukan hanya pandai mengkritik. Bukan hanya pandai sembang 'kemas' (sembang kencang). Bukan sekadar sembang kosong di alam maya. Jadilah kita blogger yang diredhoi Allah. Tidak perlu taksub sangat dengan ideologi sendiri.

Saya berharap secebis perkongsian ini, anda dapat sesuatu darinya. Sungguh pun entri ni nampak kucar-kacir sikit, namun saya harap saudara/i menghadami nya. Saya berdoa agar kita semua, pembaca dan blogger diluar sana, agar menjadi Blogger Muslim, dan bukannya hanya menjadi Blogger Seronok2, bukannya menjadi Blogger Ideologi, dan bukannya Blogger Syok Sendiri. May Allah bless all of your typing (broken english).
.::wAllahua'lam::.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mr-iq.blogspot.com/2011/08/blogger-jangan-jadi-addicted.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Politikkan Spr Belum Bersedia Laksana Undi 18 Kata Wan Junaidi

Jangan Politikkan Spr Belum Bersedia Laksana Undi 18 Kata Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 241 hits
Wan Junaidi memaklumkan banyak aspek pelaksanaan dan berkaitan sistem perlu diselesaikan oleh SPR terlebih dahulu serta mengemas kini senarai pengundi KUCHING Ahli politik perlu berhenti mempolitikkan isu berkaitan Undi 18 kerana ia boleh m...
Kepada Pengundi Negeri Melaka Sarkis Sudah Tiba Pecahkan Undi Anda Jangan Bagi Siapa Pun Menang Besar

Kepada Pengundi Negeri Melaka Sarkis Sudah Tiba Pecahkan Undi Anda Jangan Bagi Siapa Pun Menang Besar

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 261 hits
Tuan Tuan dan Puan Puan pengundi Melaka Sarkis telah sampai ke negeri anda Dalam sarkis ada badut monyet kuda liar kepala balut dan pelbagai penghiburan Dalam sarkis terbaru ini TIGA kelompok besar akan cuba menarik undi Tuan Tuan 1 Perikat...
Pas Jangan Dikurung Dalam Sebarang Muafakat Tertutup

Pas Jangan Dikurung Dalam Sebarang Muafakat Tertutup

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 216 hits
Apa faedah jika dapat sokongan majoriti besar tapi tak berintegriti KUALA TERENGGANU PAS tidak seharusnya dikurung dalam sebarang permuafakatan yang tertutup dan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan politik tanah air kata Presiden PAS...
Jangan Kurung Pas Dalam Muafakat Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada Pru15 Nanti

Jangan Kurung Pas Dalam Muafakat Parti Itu Akan Berusaha Jadi Penentu Pada Pru15 Nanti

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA TERENGGANU Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang tidak mahu kerjasama yang mengekang PAS daripada mencapai matlamat politiknya mengatakan parti itu mesti berusaha untuk sekurang kurangnya menjadi penentu pada PRU Presiden PAS itu dalam ucapa...
Siakap Viral Lain Kali Tanya Harga Dulu Jangan Dapat Resit Terkejut

Siakap Viral Lain Kali Tanya Harga Dulu Jangan Dapat Resit Terkejut

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 278 hits
Pengunjung bergambar kenangan bersama keluarga berlatar belakangkan replika burung helang yang merupakan mercu tanda Pulau Langkawi dan salah satu tarikan pulau peranginan tersebut sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Dataran Lan...
Sebelum Meninggal Vanessa Angel Tulis Buku Cara Mengurus Gala Daster Aku Yang Terakhir Pakai Peluk Dia Jangan Dicuci

Sebelum Meninggal Vanessa Angel Tulis Buku Cara Mengurus Gala Daster Aku Yang Terakhir Pakai Peluk Dia Jangan Dicuci

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 333 hits
Vanessa Angel ternyata sudah menulis buku panduan cara mengurus Gala Sky Ardiansyah putra semata wayangnya Hal tersebut terungkap dalam obrolan tstalks Dalam konten tersebut Vanessa Angel dan Febri Ardiansyah banyak bercerita soal Gala Sky ...
Juri Minta Jangan Nangis Model Diajar Posing Dengan Lebah Terpaksa Tahan Perit Akibat Disengat

Juri Minta Jangan Nangis Model Diajar Posing Dengan Lebah Terpaksa Tahan Perit Akibat Disengat

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 311 hits
Tidak cukup memiliki rupa menawan semata mata namun seseorang yang mahu menjadi model perlu juga bersifat fotogenik dan berani dalam sebarang sesi photoshoot
Kalau Tak Fasih Bahasa Melayu Jangan Masuk Politik Malaysia

Kalau Tak Fasih Bahasa Melayu Jangan Masuk Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 276 hits
Dalam satu perjumpaan sulit dengan beberapa pemimpin MCA aku pernah menyuarakan pandangan bahawa mereka yang tak fasih bahasa Melayu supaya tidak masuk politik Malaysia Perkiraannya mudah sahaja majoriti pengundi di negara ini berbahasa Mel...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket