Blog Medium Pengiklanan Terbaik Kenapa Tidak
Zaman semakin maju dan capaian kuasa internet meliputi hampir keseluruhan pelusuk negara membuatkan sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan juga laman web menjadi pilihan pertama untuk sebarang hebahan termasuk IKLAN
Kalau kalian merupakan pemilik perniagaan berupa produk ataupun servis – entri ini mungkin membuka sedikit mata dan idea untuk menjalinkan kerjasama bersama barisan blogger terbaik di Malaysia. Nah !!
IKLAN DI BLOG
Kenapa eh ? Hee~ Sudah tentu bila ada kawan-kawan kakak yang bertanya kenapa kakak menyediakan perkhidmatan pengiklanan menerusi blog kakak dan bukannya menggunakan medium lain. Dan jawapan kakak tak lain tak bukan ; zaman INTERNET dan hampir semua pengguna internet pandai menggunakan Google Search untuk mencari informasi. Pergi je ke Google Search bar dan taip apa sahaja yang mahu dicari – berderet hasil carian dan sudah tentunya ia memudahkan !
1. KEKAL DI GOOGLE
Memang susah sebenarnya nak buat iklan di blog sebab sebagai penulis perlu pandai mengolah dan menyusun ayat supaya dapat menarik ‘perhatian’ kedua-dua belah pihak iaitu pelanggan ( prospek ) dan juga Google dengan pemilihan keywords yang sesuai agar artikel mudah dikesan oleh Google dan ditemui dalam Google Search Engine pada mukasurat pertama. Dah kalau ada kat mukasurat pertama sudah tentunya peng – Google lebih suka dan memudahkan pengguna
Kalau tanya kakak pun, semua iklan yang kakak pernah buat di www.atiehilmi.com memang tak pernah kakak padam melainkan artikel tersebut mengganggu perjalanan blog kakak seperti backlinks. Haa—Tak de lah kakak tetapkan satu satu tempoh untuk iklan tersebut berada di blog dan selalunya blogger macam kakak akan kekalkan iklan tersebut untuk proses win win. Korang dapat client, kakak dapat views yang membantu kakak mendapat rekod blog yang baik
2. HARGA BOLEH BINCANG
Korang tau tak harga yang korang bayar kat instafamous lebih mahal berbanding harga pengiklanan di blog ? Hee~ Kalau tak tau, sekarang dah tau. Dan ada sesetengah instafamous hanya biarkan iklan dilapangan Instagram mereka 24 jam – dan kemudian dipadam. Nah !! Frust kan ? Lepas bayar mahal-mahal, iklan hilang sedangkan prospek belum ada
YA !!
Iklan di blog sebenarnya jauh lebih murah sepadan dengan bilangan perkataan dan juga permainan keyword untuk memikat hati Google. Kalau korang nak tau, ada sesetengah majalah tempatan yang menawarkan harga serendah RM 212.00 untuk 30 patah perkataan dan harga tersebut tak termasuk gambar ataupun logo. Dan kalau korang nak tambah perkataan, kena tambah lagi duit dan itu adalah harga untuk DUA KALI CETAKAN !
Nak iklan kat TV ? Pehhhhh—Harga lagilah meletop dibuatnya. Hee~
3. LIPUTAN MENYELURUH
Kebanyakan blogger yang buat PAID REVIEW di blog juga mempunyai kemahiran mengendalikan sosial media termasuklah Facebook, Instagram, Twitter malah ada dikalangan kami menggunakan Youtube sebagai medium penyampaian mesej yang dibayar oleh pelanggan. Nah !! Dengan bayaran yang dipersetujui – kebanyakan dari kami akan PAM ke semua sosial media yang ada dan memperluaskan lagi jaringan pengenalan produk ataupun perkhidmatan korang
Bukan satu, tapi mungkin dengan bayaran korang nan satu itu dapat cover semua !
KLIK SINI --> HUBUNGI KAKAK DAN NYATAKAN HASRAT KALIAN !! HAHAHA~
4. EKSKLUSIVITI
Fuff—Ini isu yang berat sebenarnya. Hahahaha~ Dalam circle kakak belum lagi kakak jumpa entri review apa-apa produk dan perkhidmatan dikongsi dengan beberapa blog yang berbeza kerana kami adalah blogger yang menulis dari hati. Wahhhhhhhh—Tetiba teringat kelas penulisan blog yang pertama kakak pergi – Penulisan Dari Hati. Gittew--
Ya !!
Kami bukan majalah online, surat khabar online ataupun portal informasi online yang menggunakan press release semata-mata untuk menghasilkan satu entri yang berkualiti sebaliknya kami menggunakan skill copy writing untuk memberi eksklusiviti kepada pelanggan. Em. Tak de bezalah kalau beberapa orang blogger / media hanya bergantung kepada satu corak penulisan untuk menyampaikan mesej
Siapa yang taknak penulisan secara eksklusif
Rugi !
5. JENAMA BESAR PUN GUNA BLOGGER TAU !!
Korang kenal Richworks ? Vaseline ? Lazada ? Shopee ? Traveloka ? Vivo ? McDonald’s ? Ya !! Dorang semua guna perkhidmatan dari blogger untuk menulis pelbagai iklan produk dan perkhidmatan dorang. Sebab ? Sebab dorang tau lah engagement blogger ni BEST !! Hahahaha~ Kalau tak berbaloi, takkan lah dorang cari blogger. Kan
Sebenarnya banyak lagi jenama besar kat luar sana yang menjadikan penulis blog sebagai pengulas dan penyampai produk serta perkhidmatan mereka terus kepada prospek dan pengguna. Win win situation yang sangat berbaloi dan setimpal gais !
Akhir kata
Hahahahaha~ Sebenarnya banyak lagi sebab lain tapi kakak rasa LIMA sebab utama ni dah cukup untuk membuka mata korang dan sekaligus menjadikan kakak orang tengah memberi awareness ( pada yang tak tau lah tau—) dan tahniah sebab korang berjaya baca sampai habis
LOVE ;ATIE ADNAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.atiehilmi.com/2019/10/blog-medium-pengiklanan-terbaik-kenapa.html