10 Teknik Panggang Daging Stik Terbaik Masak Berjus
Sekali sekala buat bbq atau memanggang memang sedap. Inilah sajian paling best dihidang untuk rumah terbuka ni. Bila bbq ni, macam-macam boleh dimasak seperti ayam, daging, ikan, sosej, sayur-sayuran dan banyak lagi.
Sebut pasal daging, kalau salah cara panggang atau gril, ada dua sahaja kemungkinan. Terlebih masak ia jadi kering dan tidak berjus. Kalau singkat sangat, api terlalu kuat atau terlalu perlahan ia boleh jadi mentah di dalam. Amalkan 10 teknik ini pastinya daging panggang anda jadi lazat dan masak sempurna.
1. BIARKAN DAGING DALAM SUHU BILIK
foto: instructables.com
Keluarkan kepingan daging stik daripada peti sejuk dan biarkan dalam suhu bilik sejam sebelum dimasak. Jangan sekali-kali meninggalkan langkah ini kerana jika ingkar, hasilnya pasti mengecewakan. Di bahagian luar menjadi terlebih masak dan bahagian dalam menjadi kelabu dan merah di tengah daging.
2. AMBIL KIRA KETEBALAN DAN BAHAGIAN DAGING
foto: beefandlamb.com.au
Ketebalan daging yang dipotong amat penting dan berbeza mengikut bahagian. Contohnya bahagian rusuk dan batang pinang pastilah berlainan ketebalan dan saiznya bila disediakan untuk memanggang. Bahagian yang mudah empuk seperti batang pinang, tiada masalah jika dipotong tebal atau berpotongan besar sedikit. Grilnya pun lebih mudah.
3. GARAM
foto: ww2.kqed.org
Beberapa jam sebelum gril , taburkan sedikit garam di kedua-dua bahagian daging stik. Kemudian letakkan di atas redai (wire rack) yang dialas dengan atas ‘baking sheet’. Garam akan membantu sel-sel daging stik mengekalkan air dan menjamin daging yang lebih berjus.
4. TUMBUK SENDIRI BIJI LADA HITAM
Lada hitam bukan sahaja menambah perisa kepada daging, tetapi juga memberikan rasa rangup. Jadi anda perlu guna campuran lada hitam yang halus, sederhana dan kasar. Untuk mendapatkan kombinasi seperti ini, masukkan lada hitam ke dalam beg plastik dan tumbuk. Cara ini lebih mudah untuk anda dapatkan tekstur yang diingini.
5. BUAT DUA ZON API
Anda memerlukan bahagian zon api yang berkepanasan tinggi dan bahagian api berkepanasan rendah untuk memanggang daging dengan sempurna. Jika anda mempunyai gril gas, ia lebih mudah dengan membiarkan penunu api kecil di satu bahagian, sementara bahagian yang satu lagi menyala besar. Jika anda memanggang di atas arang kayu, gunakan penyepit sebagai alat supaya daging boleh diletak dalam keadaan tinggi rendah (menyerong) semasa memanggang.
6. RASA HABANYA
Bagaimana nak tahu kayu arang anda dah sedia? Setelah nyalaan api jadi mengecil, hulurkan tangan anda dua inci di atas bahagian kayu arang yang paling panas, jika anda boleh bertahan selama dua saat , tidak lebih dan tidak kurang bermakna kayu arang sudah bersedia untuk digril daging di atasnya.
7. KAWAL API YANG MENYALA BESAR
Lemak daging yang menitik ke atas arang panas akan menyebabkan api menyala dengan besar. Untuk atasinya, alihkan daging ke bahagian bebas nyalaan api dan tunggu api mengecil sebelum dipanggang kembali. Jika anda kerap menterbalikkan daging, ia akan menyebabkan lebih banyak lemak menitik ke bawah redai pemanggang seterusnya menyebabkan api menyala besar.
8. GUNAKAN ARANG KAYU SEBENAR
Gunakan arang yang diperbuat daripada kayu semulajadi kerana ia lebih panas daripada briket (bahan gantian yang melalui pemprosesan menggunakan bahan kimia). Arang kayu juga memberi aroma dan rasa salai pada daging.
9. GUNA JANGKASUHU
Jangkasuhu ini sangat berguna untuk menyukat suhu semasa memasak dan ia ada dijual di pasaraya atau kedai bakeri. Jika anda nak masak daging yang sempurna, gunalah suhu yang tepat.
10. BIARKAN DAGING SEKETIKA
Selepas daging siap dimasak, biarkan seketika dan jangan terus dinikmati. Ini kerana daging yang direhat sebentar ini akan jadi lebih sedap. Malah ia juga lebih berjus serta lebih berperisa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/10-teknik-panggang-daging-stik-terbaik.html