Blackpinkcomebacknow Trending Seluruh Dunia Kini Peminat Demand Comeback Segera
Peminat BLACKPINK telah menuntut kemunculan semula kumpulan itu secepat mungkin.
Dengan tempoh rehat BLACKPINK yang hampir sama seperti kebanyakan tempoh perkhidmatan ketenteraan wajib lelaki Korea Selatan, peminat yang kecewa telah bersatu untuk meminta kemunculan semula kumpulan itu.
Memandangkan setiap ahli sibuk dengan promosi individu tahun lepas, peminat masih kecewa kerana BLACKPINK tidak mengeluarkan sebarang muzik baharu sebagai satu kumpulan, sepanjang tahun 2021. Comeback terakhir BLACKPINK adalah dengan lagu “Lovesick Girls” yang sudah pun mencecah hampir 1 tahun dan 3 bulan yang lalu.
Meminta untuk mengeluarkan lagu baharu, YG Entertainment sebaliknya mengumumkan ‘merch’ keluaran baharu BLACKPINK, iaitu DVD BLACKPINK dan Blue-ray untuk ‘THE MOVIE’, yang akan mula dijual pada 25 Mac ini. Pengumuman ini telah menimbulkan rasa lebih geram peminat terhadap agensi tersebut, kerana peminat merasakan mereka hanyalah ‘mesin tunai’ kepada YG.
Selain hashtag #BLACKPINKCOMEBACKNOW, #STOPDELAYINGBLACKPINK turut trending seluruh dunia di Twitter, meminta agar YG mempercepatkan kemunculan semula BLACKPINK dengan muzik serta album baharu.
Antara komen peminat:
Kami menunggu, kami diam kerana menghormati, tetapi kami tidak akan terus bertolak ansur. Berhenti menjual barangan untuk mendapatkan wang, kami mahu muzik.
Serius, hanya keluarkan beberapa muzik baharu, adakah itu sangat sukar untuk dilakukan? Jika bukan muzik, letak sahaja mereka di beberapa rancangan, APA-APA! Untuk menunjukkan bahawa mereka masih satu kumpulan!
Kami menunggu dengan sabar namun, anda terus menyuap kami dengan barangan! ‘Merch’ tidak akan menyanyikan ‘BLACKPINK IN YOUR AREA’. Peminat perlu didengari! Berikan kami MUZIK BLACKPINK, YG Entertainment.
Peminat juga turut protes, dengan bekerjasama untuk menjatuhkan jumlah saham YG, yang kini kian merudum selepas pengumuman jualan ‘merch’ BLACKPINK.
Sebab dah lama sangat tunggu kan…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/blackpinkcomebacknow-trending-seluruh-dunia-kini-peminat-demand-comeback-segera/