Bisnes Atomy Kenapa Saya Pilih Untuk Join Bisnes Ini


Zaman sekarang memang agak sukar kalau nak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Sejak Covid-19 mula menyerang negara kita, dari situ ramai yang mula sedar bahawa kita tak boleh hanya berharap pada satu sumber income semata. 
 
Ada banyak premis perniagaan yang diarahkan tutup. Ada ramai pekerja yang hilang pekerjaan dan para peniaga kecil yang tak dibenarkan untuk berniaga. Sudah pasti, pendapatan mereka terjejas dengan begitu teruk.
 
Saya juga terkesan dengan Covid-19. Salah satu sumber pendapatan saya yang datangnya dari sektor pelancongan terputus terus. Langsung tiada income dapat dijana dari situ.
 
Mujurlah saya masih ada lagi income lain, seperti income dari program affiliate, program pengiklanan dan juga bisnes ecommerce. Walaubagaimanapun saya tetap merasakan kedudukan kewangan saya masih belum betul-betul stabil dan saya masih perlu dapatkan lagi sumber pendapatan lain, atau mulakan bisnes lain.
 
Tiba-tiba dengan tak disangka-sangka, peluang yang saya cari muncul didepan mata. Pada satu hari, saudara Afyan telah memperkenalkan syarikat yang beliau sertai dan dari situ bermula perjalanan saya dalam bisnes ini.
 
Perkongsian ini adalah mengenai peluang bisnes bersama syarikat Atomy. Atomy ini pula adalah syarikat yang mengamalkan konsep pemasaran berbilang peringkat atau Multi Level Marketing. Kalau anda alergik dengar perkataan MLM, boleh tinggalkan sahaja halaman ini.
 
Namun, jika anda adalah seorang yang rasional, dan tak menolak sekiranya dibentangkan peluang bisnes yang SAH, maka bolehlah teruskan pembacaan dengan minda yang terbuka. Untuk permulaan, saya nak share kenapa saya pilih untuk join syarikat ini.

[1] Penyertaan ke dalam bisnes Atomy adalah percuma Ya, tiada sebarang bayaran untuk sertai perniagaan ini.
 
Bagi mereka yang sama seperti saya, selalu mencari-cari peluang perniagaan yang boleh dilakukan tanpa perlu keluar modal, disini tempatnya.

 
Syarat untuk jadi ahli di Atomy sangat mudah. Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, dan mempunyai kad pengenalan yang sah.
 
Seterusnya anda perlu berikan maklumat berikut, iaitu
Nama Penuh
Nombor kad pengenalan
Nombor Telefon
Alamat
Emel
[Anda boleh hubungi saya menerusi borang ini]
 
Dengan memberikan maklumat tersebut, anda sudah boleh sertai perniagaan ini. Anda tak boleh daftar sendiri kalau masih belum jadi ahli, sebaliknya anda perlu hubungi mana-mana individu yang dah pernah jadi ahli untuk bantu anda daftar ke dalam bisnes ini.
 
Kenapa pentingnya pendaftaran PERCUMA ini?
Untuk pengetahuan anda, individu yang memperkenalkan bisnes ini kepada anda tidak menerima sebarang komisen daripada penyertaan anda.
 
Kalau kita lihat, pada syarikat MLM lain yang ada diluar sana, mereka akan kenakan bayaran yuran penyertaan untuk mereka yang minat nak jadi ahli.
 
Daripada bayaran penyertaan itu pula, ahli yang baru join akan dapat beberapa produk, starter pack, katalog, pamplet dan sebagainya. Individu yang memperkenalkan bisnes tersebut pula akan dapat komisen daripada penyertaan ahli baru.
 
Walaubagaimanapun, konsep seperti ini ada beberapa kelemahan, antaranya
i. Yuran penyertaan mungkin agak mahal dan ahli baru tak mampu nak bayar 
Upline akan menerima sedikit share daripada duit yang dibayar oleh ahli baru. Ini sebagai insentif bagi menggalakkan upline atau leader-leader untuk terus berkongsi peluang perniagaan. Almaklumlah, lagi banyak yang join, lagi banyak income boleh dihasilkan.
 
ii. Prospek tak jadi join sebab tak mampu untuk bayar yuran keahlian
Setelah kita menerangkan tentang marketing plan, strategi pemasaran dan sebagainya, tiba masa untuk kita ajak prospek untuk join team kita. Namun, ada satu lagi halangan, iaitu bayaran untuk jadi ahli. Dekat sini, ada tiga kerja yang kita perlu lakukan.
 
Pertama, yakinkan prospek bahawa sistem pemasaran syarikat adalah sangat baik. Kedua, kita tunjukkan betapa pelan pemasaran adalah terbaik, dan akhir sekali iaitu ketiga, yakinkan prospek bahawa bayaran yang perlu dilakukan adalah berbaloi-baloi.
 
Namun kalau prospek kita tu tadi memang tak mampu, semua penerangan yang kita lakukan akan jadi sia-sia sahaja.
 
iii. Ahli akan dapat produk yang dia sendiri belum tentu akan gunakan
Alright, kita andaikan yang prospek tu tadi bersetuju untuk join. Dia akan dapat starter pack. Apa yang terkandung dalam starter pack? Biasanya ada beberapa produk keluaran syarikat. Persoalannya ialah, adakah produk tersebut dia akan gunakan atau dia akan simpan dalam almari sahaja sampai tamat tempoh?
 
Maklumlah, produk yang dia dapat (dalam starter pack) adalah produk yang dia sendiri tak perlukan. Tak ada keperluan untuk dia guna produk tersebut, walau macam mana hebat sekali penerangan yang diberikan dalam sesi preview.
 
Berbeza dengan Atomy, tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Anda boleh join secara percuma sahaja. Setelah menjadi ahli, anda boleh lihat senarai produk yang terdapat pada shopping mall, dan boleh pilih nak beli mana-mana satu produk yang anda rasa berkenan dihati.
 
Langsung tak ada sebarang paksaan untuk anda beli. Masa saya join, juga tak ada siapa yang paksa saya untuk beli produk Atomy. Rangkaian produk Atomy adalah terdiri daripada produk dalam kategori kesihatan, kosmetik, keperluan harian dan banyak lagi.
 
Memandangkan ubat gigi dirumah saya dah nak habis, jadi untuk belian pertama, saya pilih untuk beli ubat gigi dahulu.

Atomy ada juga jual berus gigi. Tapi disebabkan berus gigi yang saya gunakan masih elok (dan baru tukar) jadi saya fikir next time baru beli berus gigi pula.
 
Dekat bisnes ni, saya hanya perlu beli produk harian yang memang saya perlukan. Tidak seperti lain-lain bisnes, kalau saya join, mungkin saya terpaksa beli produk yang belum tentu saya akan guna. Tapi disebabkan nak buat bisnes punya pasal, terpaksalah terima juga.
 
iv. Buat bisnes tanpa perlu keluar modal!
Susah nak jumpa peluang bisnes yang kita boleh lakukan tanpa keluarkan sebarang modal. Lazimnya memang begitu, kalau nak buat bisnes mesti kena keluar modal. Tapi untuk sertai bisnes ini, tak payah bayar apa-apa. Kalau nak beli barang, nanti baru bayar untuk harga barang tersebut.
 
Bila sertai bisnes yang perlu keluar modal ini, kita mesti akan terfikir-fikir sendiri… bilalah agaknya akan balik modal? Boleh ke pulang modal nanti ini?
 
Sedar tak sedar, rupa-rupanya bukan sahaja lambat untuk balik modal, malahan kita kena keluar duit lebih banyak tanpa kita sedar. Tapi bisnes Atomy ini, uniknya kita tak perlu keluar modal. Boleh dilakukan secara santai-santai sahaja. No pressure.
 
Kita hanya perlu ubah tabiat dan kelaziman kita. Perlahan-lahan, kita ubah cara kita shopping, dengan bertukar kepada produk keluaran Atomy dan sambil-sambil tu kita bercerita kepada kenalan kita tentang peluang buat duit yang ada dalam bisnes ini. Itu sahaja. Saya akan cerita dengan lebih mendalam tentang buat duit dengan Atomy ini nanti, sila teruskan baca ya.
 
[2] Anda tak diwajibkan beli barang Selepas join, tiada sebarang paksaan untuk anda beli barang.
 
Kenapa boleh berlaku, lepas dah join tak beli barang langsung? Sebenarnya bukan tak nak beli, tetapi sebab barang keperluan harian masih banyak lagi. Contohnya macam sabun mandi, shampoo, sabun pencuci, ubat gigi dan lain-lain lagi.
 
Kalau barang-barang kegunaan harian tersebut masih banyak lagi, maka tak ada keperluan untuk anda terus buat pembelian. Dekat Atomy, kita shopping bila ada keperluan sahaja. Contohnya, ubat gigi dah nak habis, so bolehlah beli ubat gigi sahaja.
 
[3] Tak perlu jual barang Sebagai ahli, anda tidak dibenarkan untuk jual barang!
 
Pada mulanya saya pun macam tak percaya. Biar betul? Tak payah jual barang, habis tu macam mana nak dapatkan income?
 
Bila baca berulang-ulang kali, ikuti penerangan yang dibuat oleh team leader, baru saya faham apa yang dimaksudkan dengan tak boleh jual barang.
 
Atomy ini nak mudahkan kerja kita sebagai ahli. Apa yang kita buat adalah kita bercerita tentang produk dan kelebihan produk. Mungkin kita boleh cerita tentang manfaat yang kita sendiri rasai apabila guna produk Atomy. Kita tak perlu nak ambil order, minta duit dari pelanggan dan sebagainya.
 
Jika ada yang minat untuk jadi pengguna sama macam kita, kita cuma bagitahu pada dia untuk beli terus dari website Atomy ataupun install sahaja Apps Atomy.

Apps Atomy Official ini boleh diperolehi dari Google Playstore dan juga Apps Store.
 
Orang yang belum pernah jadi ahli, tak boleh buat sebarang pembelian kalau masih belum daftar. Jadi tugas anda adalah bantu untuk daftarkan mereka ini untuk jadi ahli dalam group atau rangkaian anda. Setiap kali dia beli produk, anda akan dapat Group Point Value (GPV).
 
Penerangan tentang GPV ini saya akan berikan nanti. Teruskan pembacaan ya.
 
Apabila anda membeli terus dari laman web atau apps Atomy, dekat situ pembelian anda dilindungi dengan pelbagai jaminan. Ada jaminan tukaran produk, jaminan pulangan duit pun ada kalau anda tak puas hati dengan produk.
 
Setelah anda jadi ahli, anda juga tak wajib kekalkan pembelian setiap bulan. Saya difahamkan, ada syarikat MLM yang mewajibkan ahli untuk maintain pembelian kalau nak dapat komisen pada bulan seterusnya. Kalau nilai belian tak cukup, maka tak layak dapat komisen.
 
Dekat Atomy, no such thing. Anda hanya berbelanja apabila ada keperluan sahaja.
 
[4] Peluang untuk dapatkan pelanggan sepanjang hayat Ini salah satu bahagian yang saya suka dengan bisnes ini. Ia sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan lain-lain bisnes yang saya pernah join sebelum ini.
 
Ingat lagi ahli baru yang kita daftarkan sebelum ini? Untuk pengetahuan anda, dekat Atomy selagi mana ahli tersebut buat pembelian, selagi itulah anda berpeluang untuk dapat jana pendapatan hasil daripada pembelian yang dilakukan oleh ahli tersebut.
 
Walaupun, ahli tersebut hanya beli ubat gigi sahaja dalam setahun. Selagi mana dia membeli di Atomy, selagi itu dia akan menyumbangkan pendapatan kepada anda.
 
Adakah ahli baru hanya akan beli ubat gigi sahaja dalam setahun? Ia bergantung kepada individu. Kalau individu tersebut sangat berpuas hati dengan produk Atomy, tak mustahil untuk dia beli macam-macam produk. Formulanya mudah sahaja, dimana ada keperluan disitu akan ada pembelian. 
 
[5] Boleh buat bisnes ini secara online secara santai Ya ini point yang pada saya sangat penting. Saya diperkenalkan dengan bisnes ini ketika Perintah Kawalan Pergerakkan atau MCO masih dijalankan. Walaupun sekarang ini dalam fasa pemulihan, namun kita perlu terima hakikat bahawa sekarang ini masih lagi dibawah perintah kawalan pergerakkan.
 
Ini bermakna, kita
i. Tak perlu pergi ke sesi preview
ii. Tak perlu nak jumpa-jumpa orang
iii. Tak perlu nak lukis-lukis atas kertas untuk buat penerangan
 
Sebaik sahaja saya join sebagai ahli, saya terus subcribe Youtube Channel Atomy Malaysia Official.

Melalui Youtube Channel Official ini, kita boleh dapat maklumat yang betul dan lengkap tentang bisnes ini. Senang nak faham. Sambil-sambil nak lelapkan mata, boleh layankan dulu perkongsian yang terdapat di channel ini.
 
Memandangkan bisnes ini boleh dijalankan secara online sahaja, bermakna kita boleh jadikan bisnes ini sebagai bisnes part time kita. Tak perlu berhenti kerja, tak perlu nak ubah jadual harian kita. Hanya luangkan beberapa minit atau jam untuk buat bisnes ini dah cukup.
 
[6] Boleh rekemen sistem buat duit yang power ini dan bantu bina rangkaian! Kalau ada pembaca blog ini yang pernah baca perkongsian yang saya dah pernah tulis dalam blog ini, anda mungkin perasan saya banyak rekemen program-program buat duit yang ada diluar sana.
 
Sama ada program tersebut adalah program pengiklanan, program affiliate, kerja sebagai freelancer, penulis bebas dan sebagainya. Dalam program-program tersebut, saya hanya mampu rekemen sahaja, seterusnya anda kena buat sendiri!
 
Ye la, bila saya syorkan anda untuk buat affiliate marketing misalnya, anda kenalah buat marketing sendiri. Tak kan saya kena buatkan kerja-kerja marketing untuk anda pula? Sudah tentulah tidak.
 
Walaubagaimanapun, melalui Atomy ini, bagi yang berminat nak buat bisnes ini bersama-sama saya, In Shaa Allah saya akan bantu dan bersama-sama kembangkan rangkaian kita.
 
Saya ini sebenarnya sertai Atomy menerusi kumpulan Saudara Afyan Mat Rawi. Beliau pula diperkenalkan oleh Dr Tengku Asmadi.

Sekiranya anda minat nak dengar pembentangan tentang Bisnes Atomy, boleh tonton video dari Dr Asmadi berikut.
 
Dalam group ini, beliau ada perkenalkan tentang konsep 313. Penerangan tentang cara susunan 313 ini saya akan berikan hanya kepada mereka yang join melalui rangkaian saya. Memandangkan perkara ini lebih kepada strategi perniagaan khusus untuk kumpulan ini, saya rasa tak perlulah saya nak terangkan panjang lebar disini.
 
Cuma apa yang saya boleh katakan, strategi 313 ini memang sangat power. Dari pengalaman saya sendiri, sebab berada dalam group ini, saya baru join tak sampai 3 hari dah ada 10 orang berada dalam rangkaian saya. Sekarang ini jumlah ini sudah makin berkembang.
 
Siapa yang letakkan? Sudah tentulah upline saya yang letakkan susunan tersebut.
 
[7] Bisnes Atomy menggunakan susunan sistem binary Bisnes Atomy adalah bisnes Multi Level Marketing, atau MLM.
 
Ini adalah maklumat syarikat ini
Atomy Malaysia Sdn. Bhd. (1119724-A) AJL 932143     GST Reg. No. : 000912142336
Address : Level 18, Menara UMW, Jalan Puncak off Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2718 8989 (General)/ +603 2718 8999 (Customer Support)     Fax : +603 2718 8988
 
Merujuk kepada maklumat yang saya baca dari laman web Direct Selling News [https://www.directsellingnews.com/dsn-announces-the-2019-global-100/], Atomy berada pada rangking ke -20 dari segi jumlah revenue.

Atas-atas Atomy, ada beberapa nama syarikat yang mungkin anda juga sudah biasa dengar seperti Amway, Avon, Herbalife, Coway, Tupperware, Young Living dan banyak lagi. Boleh lihat senarai penuh disini. Kemudian ditangga ke 20 baru ada nama Atomy.
 
Ini adalah satu syarikat dan perniagaan MLM yang memang SAH! Nama Atomy masih belum betul-betul popular dan meletup dekat Malaysia. Kalau kita tengok dekat media sosial pun, tak banyak yang bercerita tentang syarikat ini. Ini menunjukkan pasarannya masih agak baru dan peluang masih terbuka luas!
 
Kiranya sekarang ini masih diperingkat yang agak awal untuk join bisnes ini dan mempelopori pasaran.
 
Dalam mana-mana bisnes MLM, mesti akan ada konsep upline, downline, rangkaian dan sebagainya. Begitulah juga di Atomy.
 
Walaubagaimanapun, suka untuk saya beritahu kepada anda, di Atomy, kita menggunakan sistem binary ataupun sistem dua kaki sahaja. Setiap orang hanya boleh letakkan 2 orang sahaja untuk setiap level.

Maksudnya? Apabila saya dapat downline, downline pertama saya perlu letakkan di sebelah kiri, manakala downline kedua saya perlu letakkan disebelah kanan. Sampai situ sahaja.
 
Jika saya dapat downline ketiga, saya perlu letakkan dia dibawah downline pertama ataupun downline kedua saya. Apabila ini berlaku, bermakna downline yang saya dapat itu tadi, akan dapat manfaat limpahan downline walaupun beliau belum mula sebarang usaha pemasaran.
 
Disini ada elemen dimana upline akan bantu carikan pelanggan bagi pihak kita. Kita yang baru join pun mula rasa seronok dan semangat bila cek dekat sistem, kita dah ada downline, sedangkan kita masih belum mula buat sebarang kerja pemasaran. Ini yang saya sendiri lalui apabila join bisnes ini.
 
Tapi perlu diingatkan, dah ada downline, belum bermakna anda akan dapat income. Tunggu dulu. Bagi masa untuk para downline anda itu nanti buat pembelian dan dari situ anda akan mula dapat PV dari pembelian downline anda. PV ini yang nanti kita boleh tukar kepada income.
 
Pengalaman peribadi join MLM sebelum ini.
Saya pernah ada beberapa pengalaman buat MLM sebelum ini. Saya nak cerita mengenai MLM yang tidak amalkan sistem binary, atau dua kaki ini.
 
Dalam perniagaan tersebut, (syarikat lama yang saya join dulu) setiap ahli bebas untuk dapatkan seberapa banyak ahli ikut kemampuan masing-masing. Oleh kerana saya berjaya dapat agak ramai ahli, maka saya ibarat leader kecil dalam program tersebut.
 
Namun saya dapati, bukan semua orang mampu untuk dapatkan ahli baru. Ada beberapa kekurangan yang saya dapati dengan sistem tersebut.
 
i. Walaupun latihan diberikan, tunjuk ajar dan sebagainya. At the end of the day, akhirnya orang baru akan lebih terpikat untuk jadi direct downline kepada individu yang lebih terkenal, selebriti, individu yang dah berjaya dan sebagainya.
 
ii. Kata sahaja bekerja dalam satu pasukan, tapi hakikatnya upline kita akan jadi pesaing kita dalam mencari ahli baru.
Bila upline dapat orang baru, dia akan daftarkan ahli tersebut dibawah diri dia sendiri. Lagi ramai ahli baru dia boleh dapat, maka lagi ramai direct downline yang dia boleh dapat. Ini secara tak langsung akan dapat tingkatkan pendapatan dia.
 
Akan ada kemungkinan, super-upline kita akan ter-close family member downlinenya sendiri. Maklumlah, kita ni kadang-kadang nak bercerita dengan saudara mara, adik beradik, kita segan (dan tak pandai). Tapi bila orang lain yang cerita, senang pula nak close deal.
 
Inilah yang saya maksudkan, upline kita boleh jadi pesaing kita sendiri.
 
Dekat Atomy, since setiap orang cuma boleh letakkan dua orang sahaja di kiri dan kanan, maka nak tak nak, untuk ahli seterusnya, memang kena letakkan dibawah mana-mana ahli yang masih ada kekosongan dan yang masih belum ada downline.
 
Saya faham bukan semua orang mampu untuk dapatkan downline. Setiap orang ada kesusahan dan cabaran masing-masing. Malahan kejayaan itu juga bergantung kepada strategi, teknik, dan pengalaman individu tersebut.
 
Orang yang memang ada pengalaman dalam bisnes MLM, atau biasa dalam bidang sales, memang tak ada masalah untuk buat bisnes ini. Setakat nak dapatkan 2 orang pelanggan, untuk diletakkan dikiri dan kanan, pasti bukan satu benda yang mustahil.
 
Ianya boleh dilakukan. Kalau tak dapat dalam masa seminggu, target sebulan, 5 bulan, setahun, 2 tahun, 10 tahun dan sebagainya. Itu situasi bagi mereka yang kurang pengalaman.
 
Namun, bagi yang memang business minded, dalam kepala memang banyak strategi boleh guna, setakat nak dapat 2 orang itu sangat mudah. Saya difahamkan, group Prof Muhaya boleh dapat 1,000 orang untuk join dalam masa kurang seminggu!

Untuk orang yang memang terkenal, ada pengikut, memang sekejap je boleh dapat ramai downline. Berita baiknya ialah, menerusi sistem binary ini, ahli baru kena didaftarkan dibawah ahli lain yang masih belum ada downline. Tak boleh semua jadi direct downline kita.
 
Dalam sistem binary, setiap orang cuma boleh ada 2 orang direct downline sahaja. Selebihnya perlu di pass kebawah.
 
Walaupun bukan jadi direct downline, kita masih boleh dapat manfaat menerusi Group PV apabila new member itu tadi buat pembelian. Group PV ini nanti yang akan kita tukarkan kepada pendapatan pasif.
 
Mungkin ada yang tertanya-tanya, ada berapa level boleh pergi di Atomy? Bila saya rujuk di sistem My Office (sistem ahli) level boleh pergi hingga ke 100 level kebawah. Kita bukan makan duit ahli, sebaliknya kita dapat kumpul PV dari pembelian ahli dibawah kita. Ada beza disitu ya.
 
Setelah kita berjaya capai PV tertentu, syarikat akan bayar kita hasil dari keuntungan perniagaan yang mereka jalankan. Bukannya duit orang bawah, passing sampai ke atas.
 
[8] Sistem kumpul Point Value Sebagai member di Atomy, kita akan dapat kumpul Point Value (PV) setiap kali kita beli barang. Konsep kumpul mata ganjaran ini kita sedia maklum memang telah banyak dipraktikkan oleh pasaraya besar dan lain-lain perniagaan diluar sana. In fact, stesen minyak juga ada sistem collect point.
 
Cuma bezanya ialah, PV terkumpul itu nanti, apa yang kita boleh tebus? Kalau saya boleh bawakan contoh, salah satu pasaraya berdekatan dengan tempat saya juga ada amalkan konsep kumpul mata ganjaran. Setelah cukup 10,000 point boleh tukar dengan hadiah. Hadiah dia pun murah-murah sahaja.
 
Belanja RM2 baru dapat 1 mata ganjaran.
 
Konsep PV yang ada dalam bisnes Atomy ini, kita boleh tukarkan ia dengan duit tunai. Ya, syarikat akan bank in duit tersebut terus ke akaun ahli apabila cukup syarat.
 
Setiap ahli yang berbelanja di shopping mall Atomy, akan dapat kumpul PV. PV ini tiada expiry date dan ianya terkumpul selagi mana kita masih lagi aktif sebagai ahli.
 
Bagaimana cara untuk kekal aktif sebagai ahli? Mudah sahaja. Kita kena buat pembelian at least satu barang dalam masa satu tahun. Selagi kita ada buat belian, selagi itu keahlian kita masih lagi aktif.
 
[9] Buat duit bersama-sama dengan Atomy Pada asasnya, saya join peluang bisnes ini sebab nak buat duit. Itu sahaja.
 
Setelah saya baca latar belakang syarikat, saya fahami marketing plan, tonton video-video di Youtube, saya terus berkenan dan yakin, In Shaa Allah dekat sini pun kita boleh buat duit.
 
Untuk buat duit, saya hanya perlu lakukan beberapa perubahan yang sangat minima dalam kehidupan saya.
 
Pertama, join sebagai ahli. Anda boleh hubungi saya disini jika minat nak join.
Kedua, mula menjadi pengguna produk Atomy.
Ketiga, mula berkongsi manfaat dan faedah yang diperolehi hasil daripada menjadi ahli dan menggunakan produk Atomy.
 
Ya, itu sahaja. Semudah 1, 2, 3.
 
Tak perlu nak jual barang.
Tak perlu nak simpan stok.
Tak perlu nak uruskan tempahan.
Tak perlu nak kena keluarkan modal.
 
Apabila ada orang yang minat nak jadi pengguna, dan minat nak buat juga bisnes ini, peranan saya hanyalah bantu daftarkan individu tersebut. Alahai.. senang sangat kerjanya.
 
Ini salah satu video yang saya dah tonton di Youtube dari channel official juga.
 
Dalam video itu pun ada diterangkan tentang pelan pemasaran. Kalau join melalui group DTA313 nanti, anda juga boleh tonton banyak video dari team leader yang terangkan marketing plan.
 
Kalau tengok berulang kali, saya pasti anda juga boleh hafal.
 
[10] Bina rangkaian seluruh Malaysia hingga ke peringkat global dengan sekali daftar Bisnes Atomy adalah bisnes Global.
 
Hanya dengan satu member id yang anda akan perolehi setelah daftar sebagai ahli, anda boleh mula daftarkan pengguna lain yang berada di negara luar. Atomy mula diasaskan pada tahun 2009, dan sehingga kini mereka telah bertapak di negara-negara seperti USA pada tahun 2010, dan seterusnya mula memasuki pasaran Jepun, Kanada, Taiwan, Singapore, Cambodia, Phillipines, Malaysia, Mexico, dan Thailand.
 
Atomy juga merancang untuk membuka pasaran baru di Australia, Vietnam, dan Indonesia pada tahun 2018 dan seterusnya masuk ke pasaran China pada tahun 2019. Ini maklumat yang anda juga boleh baca di laman web utama Atomy.
 
Oleh kerana bisnes ini adalah global, bermakna pasaran anda tak terhad kepada Malaysia sahaja. Cuba bayangkan kalau anda berjaya bina rangkaian di Vietnam misalnya. Pengguna di Vietnam gosok gigi dengan ubat gigi Atomy, anda di Malaysia turut boleh dapat jana pendapatan.
 
Tak perlu nak keluarkan modal besar-besar, tak perlu nak pecahkan tabung, buat pinjaman bank dan sebagainya. Sertai rangkaian pengedar Atomy, dengan pendaftaran percuma, anda dah boleh mula jalankan bisnes ini.
 
Baiklah.
 
Saya faham, konsep bisnes seperti ini, iaitu direct selling atau Multi Level Marketing, atau Network Marketing ini memang akan dapat reaksi yang pelbagai. Ada macam-macam cerita yang tak berapa enak dikongsikan oleh individu yang khabarnya pernah “terkena” dengan bisnes seumpama ini.
 
Satu saya nak kata, business Model Atomy ini ada kelainannya. Sebarang pengalaman buruk dimasa lalu, itu semua kita tak boleh nak ubah. Gunakan pengalaman yang ada untuk buat keputusan dengan lebih baik.

Saya percaya, setelah anda fahami bisnes Atomy yang saya join ini, anda pasti nampak bahawa syarikat ini memang ada produk yang berguna, ada marketing plan yang adil dan bermanfaat untuk semua ahli dan paling penting disini ada peluang untuk anda jana pendapatan.
 
Memandangkan perkongsian saya ini dah agak panjang, saya kira baik saya berhenti disini dulu. Saya sambung dalam perkongsian seterusnya. Mana-mana penerangan yang terkurang tu, saya akan cerita dengan lebih terperinci dalam artikel seterusnya.
 
 
 
The post Bisnes Atomy – Kenapa saya pilih untuk join bisnes ini? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/bisnes-atomy-kenapa-pilih-untuk-join/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ratusan Ribu Bakal Hilang Kerja Mereka Pilih Parti Alternatif

Ratusan Ribu Bakal Hilang Kerja Mereka Pilih Parti Alternatif

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 218 hits
Sang Kelembai Masalah perut Ahli Parlimen UMNO masih mendahulu dalam perbahasan di Parlimen Kemarin saya pergi melawat kawan2 Ahli Parlimen di Parlimen Biasalah yang suka berbual dengan saya ialah Ahli Parlimen Pembangkang Pihak UMNO sudah ...
Dulu Kutuk Kini Pas Pilih Liberal

Dulu Kutuk Kini Pas Pilih Liberal

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 347 hits
Ipohmali Hari ini sekali lagi Allah menzahirkan kebenaran dihadapan kita Aku tidak lah bermudah mudah menuduh seseorang dengan gelaran Liberal mahupun kelompok LGBT apalagi melaknat sesama Muslim bagi aku itu urusan peribadi seseorang Cuman...
Tip Pilih Material Permukaan Meja Dapur

Tip Pilih Material Permukaan Meja Dapur

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 247 hits
Memiliki dapur yang selesa tentunya menjadi idaman semua wanita Malah jika berkesempatan untuk menghias mengikut cita rasa sendiri itu satu bonus Pemilihan material untuk permukaan meja atau tabletop juga tidak kurang pentingnya lebih lebih...
Banyak Cara Halau Lipas Dalam Kereta Antaranya Anda Pilih Sendiri

Banyak Cara Halau Lipas Dalam Kereta Antaranya Anda Pilih Sendiri

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 634 hits
BANYAK CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA ANTARANYA ANDA PILIH SENDIRILipas rasanya ramai yang takut tapi serius cakaplah rasanya lebih ramai lagi yang geli Tengah2 bawak keta tiba2 ada lipas Bahaya tau9 PETUA MENGHALAU LIPAS DALAM KERETA
Mertua Selalu Pilih Kasih Aku Harus Bagaimana

Mertua Selalu Pilih Kasih Aku Harus Bagaimana

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 1051 hits
Assalaamualaikum Saya ibu rumah tangga usia saya 32 tahun saya sudah menikah selama 10 tahun saya baru 2 tahun ikut suami pindah ke rumahnya di Jawa dan hidup bersama satu rumah dengan mertua saya kebetulan bapak mertua saya stroke tidak bi...
Pilih Pisau Yang Tepat Baru Lancar Kerja Memasak

Pilih Pisau Yang Tepat Baru Lancar Kerja Memasak

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 305 hits
Mungkin ramai yang masih tertanya apakah ciri pisau terbaik yang diketahui bagi memudahkan kerja di dapur Pisau menjadi alat yang sangat penting di dapur kerana aktiviti memasak menuntut banyak penggunaan alat ini Dari aspek memotong sayur ...
Hiburan Lufya Minta Bekas Suami Pilih Kawan Yang Baik Sebut Sharnaaz Ahmad Sebagai Bapa Bertanggungjawab

Hiburan Lufya Minta Bekas Suami Pilih Kawan Yang Baik Sebut Sharnaaz Ahmad Sebagai Bapa Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 310 hits
Selepas melalui episod duka sendiri dengan perkahwinannya yang hanya bertahan separuh jalan Lufya Omar telah menyebut nama Sharnaaz Ahmad sebagai antara figura yang patut dicontohi kerana tetap memikul tanggungjawab sebagai bapa walaupun ru...
Bersalin Ikut Pintu Atau Tingkap Tak Boleh Pilih Pilih Semuanya Takdir Allah Mana Mana Tetap Sakit

Bersalin Ikut Pintu Atau Tingkap Tak Boleh Pilih Pilih Semuanya Takdir Allah Mana Mana Tetap Sakit

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 392 hits
Bersalin secara normal ataupun pembedahan adalah bergantung atas nasihat pakar selepas dia melihat kondisi si ibu Ada yang kata untunglah si ibu kerana melahirkan secara pembedahan tak perlu rasa sakit Ada pula yang kata berutung si ibu yan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu