Pilih Pisau Yang Tepat Baru Lancar Kerja Memasak
Mungkin ramai yang masih tertanya apakah ciri pisau terbaik yang diketahui bagi memudahkan kerja di dapur. Pisau menjadi alat yang sangat penting di dapur kerana aktiviti memasak menuntut banyak penggunaan alat ini. Dari aspek memotong sayur-sayuran, daging sehinggalah menyiang ikan dan buah-buahan, pisau adalah jawapannya. Pemilihan pisau harus tepat bagi memastikan kerja dapur berjalan lancar. Dalam masa yang sama ia selamat digunakan. Peka dengan ciri-ciri tertentu membolehkan anda memilih pisau terbaik untuk dapur.
Ini boleh menjadi rujukan anda;
Bilah pisau
Katakan tidak pada stainless steel. Meskipun permukaannya kelihatan bersinar, namun ia mudah menjadi tumpul. Ia menyukarkan kerja anda pastinya. Pilih mata pisau yang tinggi karbon. Mata pisau karbon tinggi (high carbon) ini mudah berkarat, namun memiliki ciri dan prestasi lebih baik dari material stainless steel.
Anda harus mengelap pisau ini sebaik membersihkan. Jangan biarkan ia terendam dalam singki atau tempat mencuci pinggan. Ambil sedikit masa untuk mengasah pisau jenis ini dan anda pasti berpuas hati dengan hasil pemotongan daging atau sayuran nanti.
Pisau terbaik harus memiliki rekaan ringkas yang mewakili bilah pisau dan pemegang. Rekaan sebegini lebih selamat kerana tidak berisiko untuk tercabut, menjadi longgar dan sebagainya. Pastikan pisau yang pilih itu memiliki sambungan yang kukuh antara bilah pisau dan pemegangnya.
Pemegang pisau
Terdapat pelbagai jenis rekaan dan jenis material pemegang pisau. Ia lazimnya dipilih berdasarkan minat mahupun gaya tertentu yang menarik perhatian. Antara jenis pemegang yang menjadi pilihan adalah material plastik anti bakteria, sintetik sleek, material kayu, silikon dan sebagainya. Walau apa pun rekaan dan material pisau, yang penting anda berasa selesa ketika memegang pisau tersebut.
Pelbagai saiz berbeza pada pisau menjadi kelebihan kepada pengguna. Ini kerana anda boleh melakukan potongan berbeza pada bahan berlainan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan daging. Sekiranya anda inginkan sebilah pisau yang versatil, pilihan saiz antara lapan inci hingga 10 inci merupakan pilihan terbaik.
Apa perlu anda tahu tentang pisau:
1.Pisau yang bagus haruslah selesa dipegang dan melakukan hirisan yang lancar.
2.Tidak mudah tergelincir dari tangan ketika kerja memotong dilakukan.
3 Bilah pisau yang berkualiti tinggi dari jenis high carbon dan bukannya stainless steel.
4.Jangan merendam pisau dalam pencuci pinggan.
5.Simpan pisau di dalam storan khas seperti blok pisau, pemegang magnetik dan sebagainya.
6.Elakkan pisau berada di merata-rata tempat tanpa simpanan yang baik kerana boleh mencederakan ahli keluarga.
Kredit gambar: 123royalty free
INGIN MENCARI MIXER DAN MESIN MEMPROSES MAKANAN, JOM LAYARINYA DI SINI.
Teknik Tanam Pudina Agar Pokok Lebih Kukuh & Cepat Tumbuh
Dapat Hampir 10 Ribu Share Di Facebook, Ini Tip Kekalkan Kesegaran Sayur Hingga Sebulan
Masakan Terlalu Masin? Jangan Risau, Ini Petuanya Agar Makanan Berubah Jadi Lazat
[embedded content]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/pilih-pisau-yang-tepat-baru-lancar.html