Biskut Arab Susu



      Pening jugak nak bagi nama biskut minyak sapi yang ramai kata Biskut Arab. Oleh kerana Kjee letak susu tepung maka nak namakan di Biskut Susu Arab! Opppsss susu Arab? 🤔      So Kjee hantam sajalah letak Biskut Arab Susu. Korang kalau nak buat nanti letak ajelah apa yang korang suka ya. 😁      Memang perangai Kjee dari muda dulu kalau teringin nak makan biskut Raya, terus buat. Tak payah tunggu musim Raya. Peliknya time Raya tak pulak buat biskut. 😂


      Pagi ini Kjee buat biskut ini sebab UnclePali kata dah lama tak makan. Maknanya suruh buat ler tu. Okaylah kita tunaikan aje permintaan dia sebab sekarang dia tengah tak sihat. Masa kita sakit dia layan kita bagai Permaisuri. So pepaham aje lah
      Mujur lah senang sangat nak buat berbanding tat nanas kelmarin. Kemain lagi dia tunjuk balang tat nanas yang dah kosong. 😁     Biskut Arab Susu ni dah beberapa kali Kjee buat. Adik angkat Kjee, arwah Syed Roslan yang bagi tiga ke empat tahun lalu. Dia suruh Kjee terai buat. Tetapi Kjee adjust letak kurang tepung dan lebih susu tepung atas saranan UnclePali. Sedap lah


      Bahan2 yang Kjee adjust adalah : 5 cawan tepung gandum, 3 cawan susu tepung dan minyak sapi. Pepandailah korang adjust minyak sapi untuk jadikan dohnya agak lembut dan senang dibulatkan. Rasa-rasanya Kjee guna dalam 350gms
      Setelah dibulat-bulatkan, Kjee tekan2 sikit supaya leper, susun atas loyang alluminium yang telah dilapik parchment paper atau kertas minyak. Tak payah disapu minyak atas kertas ya. 




      Kemudian dibakar dalam oven. Suhu oven Kjee 160 darjah Celcius, atas bawah selama lebih kurang 25 minit. Ikut kepanasan oven korang ya
     Selepas 15 minit, alihkan loyang atas ke bawah. Bakar lagi 10 minit. Masa ini korang cuba check sebiji dulu. Tengok bahagian bawah dia dah garing ke belum. Panas sangat tau so hati2. Kalau belum cukup keperang-perangan, adjustlah suhu. Boleh letak 180 darjah Celcius.       Kalau korang biasa buat biskut Arab tentu korang tahu kejadian biskut yang sudah masak agak pucat. Maklumlah hanya guna tepung, susu tepung dan minyak sapi. Tapi kalau montot biskut dah brown, okaylah tu. 

      Sejukkan loyang atas redai. Kemudian diayak gula ising. Penting ditaburkan gula ising sebab biskut ini langsung tidak diletak gula. Rasanya kalau tak ada gula ising, gula caster pun okay kot.       Sebelum diayak gula ising, boleh susun dulu dalam paper cups. Kemudian baru 'dibedakkan'.       Selamat mencuba. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2021/12/biskut-arab-susu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berikut Ini Penjelasan Lengkap Terkait Susu Untuk Anak Usia 1 Tahun

Berikut Ini Penjelasan Lengkap Terkait Susu Untuk Anak Usia 1 Tahun

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 365 hits
Untuk membantu tumbuh kembang anak yang berusia kurang lebih 1 tahun maka dibutuhkan jenis susu formula yang berbeda Oleh karena itu banyak sekali yang beredar di pasaran bahwa susu formula untuk anak pada usia tersebut sangat beragam Lalu ...
Cara Ini Paling Berkesan Untuk Buat Susu Ibu Meriah Tak Perlu Milk Booster

Cara Ini Paling Berkesan Untuk Buat Susu Ibu Meriah Tak Perlu Milk Booster

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 329 hits
Bolehkah produk milk booster tambah susu badan Ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu baharu Isu tidak cukup susu badan sememangnya tidak asing dalam kalangan wanita lepas bersalin Rujukan kepada pakar boleh bantu anda u...
Wilayah Di Utara Arab Saudi Dilitupi Salji

Wilayah Di Utara Arab Saudi Dilitupi Salji

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 310 hits
Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji RIYADH Beberapa wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji sebahagian besarnya di Qurayyat di mana penurunan suhu ketara dicatatkan sejak Ahad lalu Pakar cuaca penyelidik astronomi dan ahli meteoro...
Arab Saudi Kini Bersalji

Arab Saudi Kini Bersalji

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 442 hits
Hmetro Tangkap Layar video The National News menunjukkan salji di beberapa kawasan di Arab Saudi Riyadh Cuaca sejuk hujan renyai dan hujan ais dengan salji dilaporkan di beberapa kawasan di Arab Saudi minggu ini memberi kegembiraan untuk me...
Sorang Arab Sorang Cina Video Gelagat Dua Gadis Borak Guna Bahasa Berlainan Buat Ramai Terhibur

Sorang Arab Sorang Cina Video Gelagat Dua Gadis Borak Guna Bahasa Berlainan Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 435 hits
Pernah tak korang terbayang untuk berborak dengan kawan korang guna bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Kalau kita bercakap mengenai bahasa asing sudah semestinya kita akan menjadi lebih seronok kalau boleh digunakan pada b...
Latihan Bahasa Arab Prasekolah Kenali Nombor

Latihan Bahasa Arab Prasekolah Kenali Nombor

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 668 hits
Latihan Bahasa Arab Prasekolah Kenali Nombor Latihan ini juga sesuai untuk diberikan kepada murid pada tahap 1 sebagai latihan tambahan untuk mengukuhkan kefahaman mereka dalam Bahasa Arab Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang digema...
Lirik Aer Susu Mama Duo Naimarata

Lirik Aer Susu Mama Duo Naimarata

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 841 hits
sambilan bulan di korong mama siosambilan bulan mama sengsarasampe beta lahir di dunia iniaer susu mama tumpah par betasiang malam mama seng dapat tidorpapa kerja sampe lupa makankarna mau kasih besar betamama deng papa sengsara rawatsio ma...
Doktor Ajar Macam Ni Baru Betul Bersihkan Botol Susu Bukan Hanya Guna Sabun

Doktor Ajar Macam Ni Baru Betul Bersihkan Botol Susu Bukan Hanya Guna Sabun

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 338 hits
Dari mula lahir hingga usia dah meningkat 4 tahun botol susu antara keperluan utama anak anak Sama ada anak menyusu badan atau susu formula mesti botol susu tetap diperlukan Sebagai ibu bapa penting untuk tahu cara membersihkan botol susu d...
Kerana Setitik Susu

Kerana Setitik Susu

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 356 hits
Saksikan telefilem Kerana Setitik Susu lakonan Azlee Khairi dan Izara Aishah dan Azlee Khairi pada Selasa ini jam 9 30 malam di TV9 Kerana Setitik SusuWaktu Siaran Selasa 30 November 2021 9 30 malamRangkaian TV9 slot Kuasa 3 MalamIdea Asal ...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik