Cara Ini Paling Berkesan Untuk Buat Susu Ibu Meriah Tak Perlu Milk Booster


Bolehkah produk milk booster tambah susu badan? Ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu baharu.
Isu tidak cukup susu badan sememangnya tidak asing dalam kalangan wanita lepas bersalin.

Rujukan kepada pakar boleh bantu anda untuk mengenal pasti sebab di sebalik berlakunya masalah tersebut.
Pun begitu, pasti anda tertarik untuk mencuba produk milk booster yang banyak tular atas talian demi memastikan bekalan susu badan anda cukup untuk si manja yang sedang membesar.
Bagaimana produk milk booster boleh tambah susu badan?
Kunci kepada fungsi biologi ini terletak pada hormon prolaktin, hormon yang dihasilkan oleh organ kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak.
Fungsi utamanya untuk membesarkan payudara dan menghasilkan susu untuk bayi baru lahir.
Sebagai contoh, ubat domperidone yang pernah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) boleh menyebabkan paras hormon prolaktin meningkat bagi merangsang penghasilan susu badan.
Walau bagaimanapun, setiap ubat mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Domperidone mungkin berkesan namun apabila tujuan penggunaan sudah tercapai, dos penggunaan akan dikurangkan perlahan-lahan.
Ia bagi memastikan penghasilan susu badan berada pada tahap yang konsisten di samping mengelakkan kebergantungan kepada ubat.
Kesan sampingan seperti pening kepala, sakit perut dan kering mulut sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pengguna.
Itulah sebabnya kebanyakan individu suka untuk mencuba produk herba.
Di Malaysia, produk tambah susu badan berkonsepkan bahan herba dan makanan sunnah menjuarai carta jualan.
Walau bagaimanapun, kesahihan maklumat yang disampaikan boleh menjadi isu.
Cara semula jadi untuk tambah susu badan
Alangkah mudahnya jika kita tahu cara semula jadi untuk tambah susu badan.
Oleh sebab kebanyakan produk milk booster di Malaysia diperkuatkan hanya dengan testimoni dan bukannya kajian saintifik, keberkesanannya boleh menjadi persoalan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan kempen penyusuan eksklusif sehingga bayi berusia 6 bulan.
Isu susu badan boleh menjadi halangan kepada para ibu untuk merealisasikan misi KKM.
Bagi mereka yang mengalami masalah tersebut, boleh cuba tip di bawah untuk tingkatkan susu badan secara semula jadi.
#1 Berikan susu badan anak sekerap mungkin
Mungkin macam tak menjawab soalan, namun ada penjelasan di sebaliknya.
Hormon yang bertanggungjawab untuk menghasilkan susu badan akan terembes apabila puting ibu dihisap oleh bayi- dikenali sebagai fenomena “let-down”.
Konsepnya lebih kepada keseimbangan di antara permintaan dan bekalan susu.
Semakin kerap anda menyusukan anak, semakin banyaklah jumlah susu badan yang akan dihasilkan.
Menyusu 8 hingga 12 kali sehari boleh bantu badan untuk memastikan bekalan susu berada pada paras optimum.
#2 Pam susu semasa anak anda tidak menyusu
Jika anak anda tidak menyusu, penggunaan pam payudara boleh bantu mengekalkan jumlah susu badan yang optimum.
Anda boleh cuba tip di bawah:
Pam payudara selepas sesi penyusuan badan bagi mengeluarkan lebihan susu. Jika anak anda terlepas waktu menyusu kerana tidur atau mereka tidak berasa lapar, pam susu anda pada waktu itu. Anda boleh pam susu badan ketika anak anda sedang minum susu dalam botol (sama ada susu badan yang telah dipam atau susu formula). #3 Guna kedua-dua belah payudara
Cara yang paling mudah adalah untuk mencatat atau menggunakan aplikasi telefon pintar bagi merekodkan payudara mana yang anda guna semasa sesi penyusuan lepas.
Jika bayi anda berhenti menghisap payudara dan mereka masih berjaga, cuba susukan dengan payudara sebelah.
Kalau mereka masih menghisap, boleh jadi susu pada sebelah payudara sudah tidak keluar.
Rangsangan untuk mengeluarkan susu boleh bantu ibu meningkatkan jumlah susu badan tanpa bantuan farmakologi.
Kajian juga telah membuktikan penggunaan pam payudara terhadap kedua dua payudara boleh merangsang penghasilan susu.
#4 Ambil makanan atau herba tambah susu badan
Walaupun tiada kajian secara spesifik mengaitkan mana-mana diet dengan keupayaan untuk tambah susu badan, terdapat bahan yang terbukti boleh mencapai objektif tersebut.
‘Galactagogue’ boleh merangsang penghasilan susu badan dan sering digunakan dalam biskut yang dijual di pasaran.
Walau bagaimanapun, saintis perlu mengkaji dengan lebih mendalam bagi membuktikan ketepatan dapatan kajian lepas.
Sebelum anda mula mengambil sebarang makanan atau herba, eloklah bertanya kepada doktor terlebih dahulu.
Ia bagi memastikan tiada elemen makanan yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda semata-mata untuk tambah susu badan.
Ada beberapa jenis milk booster yang terbukti berkesan oleh kajian saintifik namun penggunaannya boleh memberikan kesan sampingan memandangkan ia melibatkan pengambilan ubat.
Di Malaysia, penggunaan produk milk booster yang menggunakan ramuan semula jadi untuk tambah susu badan hanya terbukti berkesan melalui testimoni dan bukannya kajian saintifik.
Oleh itu, sebagai pengguna, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk jika perlu.
Sebaik-baiknya, guna pendekatan lain yang tersenarai di atas bagi meningkatkan keupayaan anda menghasilkan susu badan.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Cara Ini Paling Berkesan Untuk Buat Susu Ibu Meriah, Tak Perlu ‘Milk Booster’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-ini-paling-berkesan-untuk-buat-susu-ibu-meriah-tak-perlu-milk-booster/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Kata Bawalah Calon Menantu Dating Paling Sweet Seumur Hidup Anak Puas Hati Candle Light Dinner Pertama Dengan Ibu

Mama Kata Bawalah Calon Menantu Dating Paling Sweet Seumur Hidup Anak Puas Hati Candle Light Dinner Pertama Dengan Ibu

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 464 hits
SEBUT sahaja candle light dinner pasti terbayangkan makan malam romantis bersama pasangan sama ada kekasih suami atau isteri Bagi seorang pemuda momen istimewa itu diluangkan bersama ibu tersayang Makan malam turut diserikan dengan lagu har...
Mudah Meriah Hasilnya Cara Tanam Kangkung Dalam Botol Minuman Terpakai

Mudah Meriah Hasilnya Cara Tanam Kangkung Dalam Botol Minuman Terpakai

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 164 hits
Mudah Meriah Hasilnya Cara Tanam Kangkung Dalam Botol Minuman Terpakai CARA TANAM KANGKUNG GUNA BOTOL MINUMAN TERPAKAI BOLEH JIMAT Ramai yang terkesan dengan kenaikan harga barang sejak akhir akhir ni kan Mulai sekarang ni kalau boleh kita ...
Tukarkan Gajet Kepada Mainan Cara Ibu Ini Buat Menjadi Anak Lebih Dengar Kata

Tukarkan Gajet Kepada Mainan Cara Ibu Ini Buat Menjadi Anak Lebih Dengar Kata

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 224 hits
Kebanyakan ibu bapa anggap gajet akan menarik perhatian anak yang tidak boleh duduk diam dan mudah bosan dengan keadaan sekeliling Disebabkan alasan itulah ibu bapa dengan mudahnya membenarkan anak anak mereka menggunakan gajet ketika waktu...
3 Cara Stem Gitar Paling Sederhana Untuk Pemula Biar Nggak Fals Nadanya

3 Cara Stem Gitar Paling Sederhana Untuk Pemula Biar Nggak Fals Nadanya

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 226 hits
Bisa stem gitar itu setingkat lebih jago ketimbang cuma bisa main gitarnya aja
Saya Ampunkan Dosa Halalkan Susu Makan Minumnya Ibu Reda Permergian Rozanna

Saya Ampunkan Dosa Halalkan Susu Makan Minumnya Ibu Reda Permergian Rozanna

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 217 hits
Setiap hari saya berdoa minta dia sedar tetapi Allah lebih sayangkannya luah Kalsom Suleiman Kalsom 66 adalah ibu kepada Rozzana Mat Nanyan 35 rakyat Malaysia yang meninggal dunia jam 9 46 pagi hari ini selepas lebih sebulan koma di Unit Ra...
Dia Boleh Berhenti Letak Tepi Jalan Ibu Tersentuh Tengok Cara Suami Didik Anak Tapi Akur Walau Orang Lain Nampak K4sar

Dia Boleh Berhenti Letak Tepi Jalan Ibu Tersentuh Tengok Cara Suami Didik Anak Tapi Akur Walau Orang Lain Nampak K4sar

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 390 hits
SETIAP orang mempunyai cara tersendiri dalam mendidik serta membentuk anak masing masing Ada ibu bapa yang memilih pendekatan yang lebih lembut namun ada juga yang menggunakan cara yang sedikit k4sar di mata orang lain Apa pun caranya matla...
Paling Lasak Gasak Cara Anak Kinestetik Membesar Tak Reti Duduk Diam Tapi Bijak

Paling Lasak Gasak Cara Anak Kinestetik Membesar Tak Reti Duduk Diam Tapi Bijak

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 256 hits
Setiap anak kita sememangnya berbeza Ada yang terlebih lasak ada pula anak yang pendiam tetapi penuh ilmu di dada Masing masing membesar dengan cara sendiri Namun pastinya lebih baik kita mengenai jenis dan sikap sebenar anak kita Barulah k...
Cara Check Balance Umobile Paling Mudah 2021

Cara Check Balance Umobile Paling Mudah 2021

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 438 hits
Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda cara paling mudah sudah untuk semak atau check baki UMobile Mungkin ada pengguna yang belum tahu atau kurang tahu bagaimana caranya Oleh itu berikut merupakan beberapa cara yang anda boleh l...
Hiburan Pernah Tiada Duit Nak Beli Susu Anak Farra Inalis Titip Kata Semangat Buat Ibu Tunggal Di Luar Sana

Hiburan Pernah Tiada Duit Nak Beli Susu Anak Farra Inalis Titip Kata Semangat Buat Ibu Tunggal Di Luar Sana

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 463 hits
Isteri kepada penyanyi rap Caprice tampil memberikan kata kata semangat buat para wanita yang bergelar janda dan ibu tunggal di luar sana menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya semalam Mengakui bahawa kehidupan sebelum berkahwin den...
Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan Karakter Karamah Insaniah

Are Glcs And Statutory Bodies A Crock Of Gold

Jealousy Old Wounds Open Up As Accolades Pour In For Kk Mart After Dark Clouds Have Passed

Pekerja Stesen Minyak Hero Selamatkan Motosikal Dari Kebakaran

Ramai Pemandu Terkejut Lihat Aksi Wanita Lompat Ke Tengah Jalan Baring Depan Kereta

User Friendly Web Design Why It Matters And How Code18 Makes It Happen

Tipu Muslim Pilih Trump Kecewa Kepala Bapak Pengganas Dunia

Hantar Poskad Dari Awan Pengalaman Yang Tidak Boleh Anda Lepaskan


echo '';
Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu


Will Sabah Graft Scandal Nudge Kingmaker Harapan To Pick Sides

Tourism Corridor In The Works To Boost Port Dickson S Growth

Video Fitnah Anwar Berkait Israel Dirujuk Ke Bukit Aman

Sushi555

Kem Motivasi Di Alam Pekerjaan Adalah Bullshit

Nak Cuba Guna Guardian Facial Cotton