Doktor Ajar Macam Ni Baru Betul Bersihkan Botol Susu Bukan Hanya Guna Sabun
Dari mula lahir hingga usia dah meningkat 4 tahun, botol susu antara keperluan utama anak-anak. Sama ada anak menyusu badan atau susu formula, mesti botol susu tetap diperlukan.
Sebagai ibu bapa, penting untuk tahu cara membersihkan botol susu dengan betul. Memang kita membasuhnya menggunakan sabun, tapi bagaimana cara pembersihannya ramai yang terlepas pandang bab ini.
Bagi memberi penjelasan lanjut, Dr. Tajul Ariffin Norsadan berkongsi panduannya yang mudah difahami.
BERSIHKAH BOTOL SUSU ANAK ANDA?
Masih ramai ibu bapa yang tidak mahir cara menjaga kebersihan botol susu anak dengan betul. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang mudarat kepada kesihatan anak-anak.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu:
CUCIAN BOTOL:
1. Segera dibasuh dengan sabun setiap kali habis penyusuan.
2. Didihkan air, matikan api dan rendamkan botol selama 5-10 minit.
3. Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas.
4. Letakkan dalam keadaan terlangkup di atas permukaan yang bersih.
5. Boleh digunakan setelah kering. Jangan sentuh bahagian dalam botol.
DISARANKAN:
1. Mempunyai 6 – 8 botol susu. Guna botol susu yang berbeza setiap penyusuan, dan lakukan rendaman air didih sehari sekali untuk setiap botol.
2. Menggantikan ke semua botol tadi setiap 3-6 bulan, atau apabila berlaku perubahan pada bentuk dan warna botol.
3. Menggantikan puting botol susu setiap bulan, atau apabila berlaku perubahan pada bentuk dan warna puting berkenaan
TAMBAHAN:
1. Elak gunakan yang air sedang mendidih semasa membancuh susu. Bancuhan susu terus ke air mendidih menyebabkan zat susu musnah.
2. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya.
3. Setelah umur mencapai 6 bulan, digalakkan beri makan makanan dahulu, dan susu hanya sebagai makanan tambahan.
Semoga bermanfaat dan anak anda kekal sihat.
Dr. Tajul Ariffin Norsadan
Kesihatan dan Perubatan
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Doktor Ajar Macam Ni Baru Betul Bersihkan Botol Susu. Bukan Hanya Guna Sabun appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/doktor-ajar-macam-ni-baru-betul-bersihkan-botol-susu-bukan-hanya-guna-sabun/