Birthday Shout Out Happy Birthday Abah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, lama betul perap cerita BIRTHDAY SHOUT OUT!! HAPPY BIRTHDAY ABAH. Bulan 8, bulan Ogos memang setiap tahun mummy akan busy. Entah busy apa pun tak tahu. Last year macam ni juga.. Walau tertinggal cerita dalam blog. Tapi, tetap tulis dan tetap celebrating.
BIRTHDAY SHOUT OUT!! HAPPY BIRTHDAY ABAH
Masa birthday abah, mummy busy. Attending training for 2 weeks. Dari pagi sampai petang. Balik, badan dan letih.. Otak penat. Memang tak dapat nak fikir banyak.
Ginilah hidup bila PJJ dengan laki.
Tapi, lepas settled training 2 minggu tu. Baru otak mummy ny stable. Mummy belikan pizza hut je untuk semua.
Jadiklah kan..
Tu pun, take away je.
Gambar-gambar tak ada ye.. Sebab as usual, balik rumah. Banyak kerja nak settle. Settle anak-anak. Settle kan diri sendiri.
Sudahnya, makanan semua gone hehe.
Okay..
Sempena birthday abah. Mummy bangga jadi anak abah. Abah antara insan yang baik. Tak pernah mengeluh. Kalau anak-anak minta tolong, sekejap je hantar bantuan.
Bantuan duit tu idak ye! Duit tu, pandailah cari.. Dah besar panjangkan.
Bantuan dari segi, minta hantar ke sana sini. Tolong belikan apa2
Abah memang rajin ke kedai. Rajin juga masak.
Bukan jenis lelaki, duduk rumah terbongkang siang malam. No.. No.. No
Naik tangan? Lagilah jarang. Dr kecil abah jenis tak suka memukul.
Sabar orangnya... Paling tinggi kesabarannya.. Kalau marah, memang tak banyak bunyi.
Kalau dia berbunyi... Jaga2 lah haha.
Moga abah sentiasa dalam lindunganNYA, di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat walafiat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/08/birthday-shout-out-happy-birthday-abah.html