Hutang Ambil Alih Lebuhraya Jangan Sampai Perlu Bail Out




1. Saya merujuk kepada laporan media bahawa Kerajaan melalui Khazanah Nasional bercadang untuk menerbitkan hutang berjumlah RM43 bilion untuk mengambil alih 15 lebuhraya bertol seluruh negara.
2. Seperti mana tawaran RM6.2 bilion yang dibuat oleh Kementerian Kewangan kepada Gamuda Bhd dan Litrak Holdings untuk mengambil alih 4 lebuhraya sebelum ini, cadangan mengambil alih 15 lebuhraya bertol dengan jumlah tawaran RM43 bilion ini juga tidak telus dan meragukan.
3. Pertama sekali, bagaimanakah Kerajaan membuat penilaian terhadap harga yang ditawarkan kepada syarikat pemegang konsesi lebuhraya tersebut? Apakah formula yang digunakan untuk Kerajaan menjustifikasikan pengambilalihan berjumlah RM43 bilion? Adakah formula penilaian ini sama dengan penilaian ke atas pemilikan ekuiti Gamuda dan Litrak sebelum ini?
4. Sebelum ini banyak pakar dan penganalisis berpendapat bahawa tawaran kepada Gamuda dan Litrak merupakan tawaran yang tidak menguntungkan Kerajaan atas beberapa sebab seperti aliran trafik yang semakin berkurang di atas 4 lebuhraya tersebut dan risiko bebanan hutang ke atas Kerajaan.
5. Kedua, adakah Kerajaan akan terus mengutip tol ataupun caj kesesakan selepas pengambilalihan lebuhraya berkenaan? Jika ya, sampai bilakah Kerajaan akan mengutip tol sehingga tamat tempoh konsesi? Ini kerana contohnya konsesi Lebuhraya PLUS hanya akan tamat pada tahun 2038. Adakah pengguna lebuhraya PLUS akan terus membayar tol untuk tempoh 19 tahun lagi walaupun Kerajaan sudah mengambilalih lebuhraya tersebut?
6. Ketiga, menurut laporan media, kertas hutang atau sukuk tanpa tempoh matang bernilai RM43 bilion yang akan diterbitkan boleh ditebus bila-bila oleh Khazanah di masa hadapan selepas semua tol dihapuskan. Bagaimanakah Kerajaan akan membayar kos penyelengaraan semua lebuhraya selepas semua tol dihapuskan? Adakah ini bermaksud semua pembayar cukai terpaksa membayar kos penyelengaraan lebuhraya walaupun mereka tidak menggunakannya?
7. RM43 bilion bukanlah sesuatu jumlah yang kecil. Ianya hampir bersamaan dengan jumlah perbelanjaan pembangunan Kerajaan setiap tahun. Bezanya RM43 bilion ini menguntungkan syarikat-syarikat konsesi dan bukannya rakyat terbanyak.
8. Jaminan yang diberikan Kerajaan ke atas kertas hutang yang akan diterbitkan juga merupakan “bail-out” yang merupakan liabiliti luar jangka yang perlu ditanggung Kerajaan sekiranya pendapatan yang dijana melalui kutipan tol atau caj kesesakan tidak cukup untuk menampung kadar keuntungan sukuk tersebut. Akhirnya wang kutipan cukai daripada rakyat Malaysia perlu digunakan untuk menanggung kos pengambilalihan lebuhraya bernilai RM43 bilion ini.
9. Saya menggesa Kerajaan supaya lebih telus dalam hal yang melibatkan kepentingan rakyat, apatah lagi yang melibatkan puluhan bilion Ringgit dana awam. Rakyat sebagai pemegang taruh terbesar berhak untuk mengetahui dan menilai sama ada cadangan Kerajaan ini memberi manfaat kepada mereka atau sebaliknya.
SHAHRIL HAMDAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/19/hutang-ambil-alih-lebuhraya-jangan-sampai-perlu-bail-out/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puasa Dan Doa Arafah Jangan Dilewatkan

Puasa Dan Doa Arafah Jangan Dilewatkan

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 590 hits
JANGAN LEWATKAN HARI ARAFAH TANPA PUASA DAN DOA Telah kita ketahui bersama bahwa hari Arafah adalah salah satu dari hari yang sangat dimulyakan oleh Allah maka tidak heran jika didalamnya terdapat banyak keutamaan Al Imam Al Hafidh As Suyut...
Isteri Penat Uruskan Semua Perkara Jangan Biarkan Penat Tanpa Pahala Betulkan Niat

Isteri Penat Uruskan Semua Perkara Jangan Biarkan Penat Tanpa Pahala Betulkan Niat

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 617 hits
Isteri mana yang tidak pernah kenal dengan istilah penat dalam hidupnya Seawal pagi bangun menguruskan anak ke sekolah dan siapkan sarapan suami dan sebagainya Tengaharinya pula masih meneruskan aktiviti di dapur bagi menyediakan keperluan ...
Jangan Sebar Kongsi Berita Tidak Benar

Jangan Sebar Kongsi Berita Tidak Benar

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 273 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lynas Dan Forest City Tun M Jangan Double Standard

Lynas Dan Forest City Tun M Jangan Double Standard

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 444 hits
Merujuk kepada kenyataan media Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkaitan Lynas dalam media arus perdana Terdapat empat fakta penting di dalam kenyataan beliau tersebut Pertama Kerajaan tidak boleh menghalau Lynas keluar dari Malaysia kerana...
Jangan Sabotaj Agenda Tadbir Islam Di Selangor

Jangan Sabotaj Agenda Tadbir Islam Di Selangor

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 519 hits
DEWAN Ulamak PAS Pusat dengan tegas memberi amaran kepada PH supaya tidak sesekali mensabotaj agenda pentadbiran Islam di Selangor Semua sudah maklum bahawa pindaan Rang Undang Undang Pentadbiran Agama Islam sudah disokong oleh DYMM Sultan ...
Puisi Jangan Putus Asa

Puisi Jangan Putus Asa

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 422 hits
Dunia ini adalakala menyedihkan kerana syurga itu menggembirakan Dunia ini adakalanya mengecewakn Permasaalahan kesedihan kekecewaan kesakitan kelukaan itu semua hanyalah dugaan sementara kita masih hidup di dunia Itu semua hanyalah warna w...
Mulut Tu Jangan Asyik Nak Kecam Isteri Baik Buat Kerja Rumah Sama Sama Dengannya

Mulut Tu Jangan Asyik Nak Kecam Isteri Baik Buat Kerja Rumah Sama Sama Dengannya

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 491 hits
Sama sama bekerja tidak dinafikan penatnya juga sama rata Suami letih isteri apatah lagi Bila balik ke rumah ada pula kerja yang menanti Nak uruskan anak anak perlu memasak dan mengemas Sebenarnya tertekan juga kalau berterusan tanpa dibant...
Saat Kamu Mulai Rasakan Hal Ini Relakan Saja Dia Pergi Jangan Kepayahan Berjuang Sendiri

Saat Kamu Mulai Rasakan Hal Ini Relakan Saja Dia Pergi Jangan Kepayahan Berjuang Sendiri

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 362 hits
Lepaskan saja yang memang layaknya dilepaskan apalagi yang tidak bisa buatmu lebih berkembang
Jangan Perbedaan Bangsa Diartikan Untuk Melemahkan

Jangan Perbedaan Bangsa Diartikan Untuk Melemahkan

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 255 hits
Keberagaman di negara ini seharusnya dianggap sebagai suatu kemewahan Jangan karena perbedaan justru menimbulkan permusuhan Sesama anak bangsa harus saling menguatkan demi terwujudnya persatuan
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia