Bird Sambil Tunjuk Pada Anak Isyarat Tangan Cara Bantu Anak Cepat Bercakap


Walaupun masih belum boleh bercakap lancar, anak pada usia 2 tahun sepatutnya sudah boleh menyambungkan ayat daripada percakapan ibunya. Jika anak masih belum berada di tahap itu dan masih lagi tidak mahu bercakap walau sepatah pun, ada baiknya mama papa mula praktikkan tip ini secara drastik.
Menurut Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa, anak harus dirangsang supaya lebih cepat bercakap dan komunikasi antara ibu bapa adalah salah satu cara anak lebih yakin untuk bercakap.

Tip Wajib Buat
Kanak-kanak belajar melalui bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Jadi ibu bapa wajib duduk dan main sama-sama. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi ialah bertentang mata supaya senang anak hendak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar. Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula. Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain. 5. Gunakan Isyarat Tangan (gesture). Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik. Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
6. Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut  atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
7. Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian.
Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh. Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’,  ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
8. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun.
9. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
10. Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan.
11. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat. Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau..
Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing
Ibu : Aah, kucing comel
12. Ibubapa perlu menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang.
13. Tapi ingat, ibubapa tak perlulah memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat yang anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
14. Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna. 15. Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
 
The post “Bird” Sambil Tunjuk Pada Anak, Isyarat Tangan Cara Bantu Anak Cepat Bercakap appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bird-sambil-tunjuk-pada-anak-isyarat-tangan-cara-bantu-anak-cepat-bercakap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risaunya Anak Lambat Bercakap Ibu Cuba Guna Isyarat Tangan Bagi Merangsang Minda Mereka

Risaunya Anak Lambat Bercakap Ibu Cuba Guna Isyarat Tangan Bagi Merangsang Minda Mereka

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 301 hits
Ketika bayi kesayangan anda memasuki usia 1 tahun dia sepatutnya sudah mampu bercakap walaupun hanya satu patah perkataan sahaja Bagi merangsang proses komunikasi ini ibu ayah hendaklah menggunakan pelbagai teknik bersesuaian antaranya deng...
Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 545 hits
Bila di rumah dialah paling nakal paling kuat menyakat tapi bila dikalangan kawan kawan guru dan orang luar anak jadi pendiam menyendiri dan takut untuk bersuara Apakah ada antara anak anak kita yang bersikap begini Apa yang dinyatakan di a...
Hari Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak

Hari Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 349 hits
Bercakap bukanlah hanya sekadar mengeluarkan suara dan perkataan tetapi ia lebih dari itu Fungsi bercakap adalah bertujuan untuk berkomunikasi dengan orang lain Setiap orang bercakap untuk tujuan yang berbeza seperti meminta sesuatu memberi...
Marker Dab A Dot Bantu Meningkatkan Koordinasi Mata Dan Tangan Serta Mempertajamkan Kemahiran Motor Halus Anak Anak

Marker Dab A Dot Bantu Meningkatkan Koordinasi Mata Dan Tangan Serta Mempertajamkan Kemahiran Motor Halus Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 509 hits
Marker Dab A Dot Bantu Meningkatkan Koordinasi Mata dan Tangan Serta Mempertajamkan Kemahiran Motor Halus Anak AnakHari tu Harraz happy sangat bila unboxing Marker Dab A Dot dari kiddosgear ni Dia memang suka benda benda bewarna warni ni na...
Cara Buat Biskut Susu Alien Hanya Guna 4 Bahan Anak Anak Pasti Suka

Cara Buat Biskut Susu Alien Hanya Guna 4 Bahan Anak Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 777 hits
Biskut susu alien antara biskut yang boleh menarik perhatian anak anak anda kerana bentuknya yang comel dan berwarna warni Tak susah pun nak buatnya hanya guna 4 bahan ini Resipi yang dikongsi oleh Nafsiah Rahim ini ternyata mudah untuk dib...
10 Protokol Royal Yang Didobrak Putri Diana Dari Urusan Pertunangan Nikah Hingga Cara Asuh Anak

10 Protokol Royal Yang Didobrak Putri Diana Dari Urusan Pertunangan Nikah Hingga Cara Asuh Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 272 hits
Nggak cuma cantik dan cerdas mendiang Putri Diana juga dikenal berani mendobrak tradisi kerajaan
Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak Kreatif Dan Berakhlak Mulia

Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak Kreatif Dan Berakhlak Mulia

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 313 hits
Perkongsian artikel ini dikongsikan oleh Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah melalui page Rasmi Facebook beliau berkenaan tentang 8 petua untuk mendidik anak yang bijak kreatif dan berakhlak mulia Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak Kreatif Dan ...
5 Cara Nak Bagi Rambut Panjang Dengan Cepat

5 Cara Nak Bagi Rambut Panjang Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 307 hits
Ada yang suka rambut pendek dan ada yang suka rambut panjang nbsp Ada juga yang botakkan kepala kemudian penat menunggu rambut nak panjang semula Jadi macam mana nak bagi rambut panjang dengan cepat BACA MACAM MANA KEPALA BOLEH BOTAKApa yan...
Malang Tak Berbau Tak Sedar Pun Anak Kena Patuk Ular Cepat Cepat Buat Langkah Ni

Malang Tak Berbau Tak Sedar Pun Anak Kena Patuk Ular Cepat Cepat Buat Langkah Ni

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 316 hits
Kes kanak kanak yang viral dipatuk ular baru baru ini membuatkan kita mula rasa risau membiarkan anak main di luar rumah Hal hal yang tidak dijangka semacam ini berlaku tanpa kita duga Haiwan berbahaya bukan hanya dalam semak kini di luar r...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments