Biodata Zurinah Hassan


Di sertakan Biodata Zurinah Hassan untuk para pelajar dan pengkaji yang memerlukan.


BIODATA ZURINAH HASSAN


ZURINAH HASSAN dilahirkan di tengah bandar iaitu Alor Setar tetapi dibesarkan di dalam kampung terpencil bernama Tikam Batu, Kedah. Beliau yang dilahirkan pada 13 Jun 1949 dipelihara oleh ibu saudara dan neneknya kerana ayahnya meninggal dunia ketika beliau berumur enam bulan dan ibunya meneruskan kerjaya sebagai seorang jururawat.
Zurinah mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Tikam Batu, kemudian memasuki Sekolah Inggeris Sungai Layar melalui Special Malay Class. Di peringkat menengah Zurinah bersekolah di Sekolah Convent Sungai Petani dan kemudian berpindah ke Sekolah Sultanah Asma Alor Setar. Pada tahun 1971 beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1974.
Sebagai anak gadis Melayu yang dibesarkan di kampung, Zurinah merasa kurang  beruntung kerana tidak berpeluang bergerak aktif di luar rumah.  Dia juga merasa cemburu kepada orang-orang yang tinggal di bandar yang mempunyai bekalan elektrik terutama untuk membaca . Lalu apa yang dapat dibuat ialah mengisi waktunya dengan mendengar radio. Dari radio beliau mendengar lagu-lagu yang pada masa itu biasanya mempunyai senikata yang indah penuh bermakna. Dari senikata lagu beliau belajar untuk berseni dengan kata-kata. Beliau mengenali pantun  dari lagu Melayu Asli seperti Siti Payung, Mas Merah, Gunung Banang, Seri Mersing, Bunga Tanjung dan sebagainya. Selain pantun, Zurinah mula menggemari syair yang didengar melalui rancangan Bangsawan Di Udara yang disiarkan dari Radio Malaya yang bersiaran dari Singapura.
Radio jugalah yang membuka ruang pertama untuk menghantar karya. Pada tahun 60han itu terdapat Rancangan radio yang bernama Taman Kanak-kanak . Rancangan ini mengajak murid-murid sekolah untuk menghantar karya yang berupa puisi dan cerita-cerita. Puisi-puisi karangannya mula mendapat tempat di rancangan tersebut. Selepas radio Zurinah menghantar sajak-sajak ke Ruangan Pelajar Berita Harian.  Mulai tahun 1967 karya Zurinah mula disiarkan di akhbar-akhbar mingguan dan majalah bulanan seperti Utusan Zaman, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Masyarakat, Mastika dan sebagainya.
Apabila Zurinah memulakan pengajiannya di Universiti Pulau Pinang (sekarang Universiti Sains Malaysia),  beliau bertemu Naib Canselor yang prihatin iaitu Allahyarham Hamzah Sendut  dan Shahnon Ahmad yang berusaha membukukan sajak-sajak beliau. Pada tahun 1974 terbitlah  kumpulan sajak Sesayup Jalan. Yang melakar sejarah sebagai  kumpulan puisi wanita yang pertama.
Zurinah melanjutkan pengajian pasca ijazah tetapi gagal. Setelah impian untuk menjadi Pensyarah tidak kesampaian, Zurinah membuka lembaran baru sebagai Pegawai Kerajaan. Zurinah berkhidmat selama 15 tahun sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. Beliau bekerja sambil memilih untuk bersara bagi menumpukan masa di bidang penulisan. Sehingga itu beliau telah menerbitkan beberapa buah kumpulan puisi dan cerpen. Setelah bersara Zurinah menyambung semula kerja yang terbengkalai iaitu melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia dan ijazah kedoktoran di Universiti Malaya. PSajak telah banyak tersiar pen Dari sinilah saya terutama lagu-lagu Melayu Asli yang menggunakan diialah Sasterawan Negara Malaysia yang ke 13 dan sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran tersebut.  Selain itu beliau menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award ) pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN) pada 2013. Selain menulis, Zurinah giat dalam aktiviti membaca syair dan pernah mempersembahkan syair di India, Jepun, Thailand, Indonesia dan Brunei.
Zurinah menulis dalam pelbagai genre dan hingga kini menghasilkan kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Walaupun lebih dikenali sebagai Penyair, Zurinah juga pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Buku Perpustakaan Negara untuk cerpen dan memoir.  Karyanya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, misalnya bukunya Menghadap ke Pelabuhan telah terbit dengan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Spanish, Bahasa Russia dan Peranchis. 
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Penerangan, menjadi tenaga Pengajar di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia selain Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zurinah memperolehi ijazah Sarjana dari UPM dan Ph.D dari Universiti Malaya. Beliau dianugerahi Bintang Kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah pada 2013 membawa gelaran Dato’.
Pengalaman Menulis:
Zurinah mula menulis sejak kecil. Penulisannya boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama bermula sejak masih di bangku sekolah rendah lagi.  dengan mengirim  pantun dan sajak ke rancangan Taman Kanak-kanak Radio Malaya terbitan Siti Hawa Zain. Dari sini beliau beralih ke ruangan Pelajar Berita Harian yang terbit setiap hari Rabu dan menyediakan ruangan untuk pelajar dari seluruh negara menghantar karya termasuk ruangan khas sajak-sajak pelajar.  Zurinah menjadi penyumbang tetap  Ruangan ini.
Peringkat kedua bermula pada tahun 1967 bila Zurinah tidak lagi berkarya di ruangan khas untuk kanak-kanak dan pelajar. Beliau mula berusaha gigih untuk menyiarkan karya di ruangan untuk penyair-penyair dewasa. Pada awal tahun 1967 sajak pertama (untuk ruangan peringkat dewasa) tersiar di akhbar Warta Mingguan bertajuk Tujuh Gunung Tidak Terdaki diikuti seminggu kemudian dengan sajak “perutusan’ di akhbar Utusan Zaman. Sejak itu Zurinah terus aktif berkarya dan menyiarkan puisi di akhbar-akhbar mingguan seperti Utusan Zaman, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia di samping majalah bulanan terutama Mastika Dewan Masyarakat, Dewan Sastera. Cerpen pertama lahir pada tahun 1972.
Pada tahun 1971, Zurinah memulakan pengajian di Universiti Sains Malaysia (yang ketika itu dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang).   Tulisan2 beliau  menarik perhatian Naib Cnselor Tan Sri Hamzah Sendut lalu menyarankan sajak-sajak beliau diterbitkan oleh USM Press.  Hasil dari itu  terbitlah  kumpulan puisi beliau yang pertama, iaitu Sesayup Jalan. Penerbitan ini adalah satu sejarah di dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden kerana buku tersebut merupakan antologi sajak penyair wanita yang pertama di Malaysia. Walaupun sebelum ini nama-nama penyair Salmi Manja dan Anis Sabirin telah muncul terlebih dahulu mereka hanya berpeluang membukukan puisi dalam antologi bersama penyair-penyair lain.
   

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh , didalam bukunya, An Anthology of Contemporary Malaysia Literature, dbp. 1988 : 362, .  “the really vocal and individual woman poet is a rare person.  Her poems not only show that she is a different woman from other woman writers but also a person who finds in poetry the opportunity to speak out her innermost soul without the decorum of the past literary practices”
Mana Sikana meletakkan Zurinah Hassan sebagai di antara empat orang penyair yang terbaik di Malaysia di samping Muhammad Haji Salleh, Kemala dan Baha Zain Menurut Mana Sikana Muhammad Haji Salleh  adalah di antara penyair terbaik Malaysia. Ini diikuti         dengan Kemala, Baha Zain dan Zurinah Hassan. ZurinahHassan sebagai penyair terbaik, justeru di kalangan penyair wanita dialah yang paling terkemuka dan puisi-puisinya menjadi lambang kelembutan wanita Melayu.  Mana Sikana “Penyair-Penyair Terkemuka Malaysia: Analisis Puitika Tekstual, Perisa (Jurnal Puisi Melayu)  Bil. 3.1995:56)
Shafie Abu Bakar memberi pandangan bahawa Zurinah Hassan sesungguhnya mempunyai kedudukan yang kukuh di dalam perpuisian tanah air, bukan sahaja sebagai penyair wanita terbaik di dalam persajakan moden, tetapi salah seorang penyair terkemuka tanah air sebaris bersama Usman Awang, Kassim Ahmad, Latiff Mohidin, Muhammad Haji Salleh dan Kemala. (Shafie Abu Bakar, “Perjalanan Kualiti Persajakan Melayu dalam  Peradaban Melayu (1997:163-166)
Sasterawan Negara Usman Awang  menganggap Zurinah penyair wanita berbakat besar yang lahir selepas Anis Sabirin. ( Usman Awang, Ismail Ahmad Titian Zaman, Dewan Bahasa dan Pustaka: 97). Akhbar The Star, melaporkan: “Literary Laureate Usman Awang says “Zurinah has made a significant contribution to Malay literary development. She brings meaning to the Malay language, breathes life into her words. Her use of language is captivating, poetic and harmonious “.(The Star, 30 Jun 1988).

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad berpendapat “Zurinah Hassan adalah penyair wanita yang besar bakatnya. Nada dan irama puisi-puisi Zurinah amat lembut dan manis terutama puisi puisi sepinya. Ini disebabkan pemilihan kata-katanya yang amat sesuai dengan gerakan sumber alam yang menjadi imej puisi-puisinya.  ( hahnon Ahmad “Sastera sebagai Seismograf Kehidupan”, Dewan Bahasa dan Pustaka 1993: 226).

Arbak Othman menegaskan bahawa kekuatan karya puisi ZH diukur berdasarkan dua faktor, iaitu nilai estetik yang tinggi dan kualiti yang mengangkat puisi-puisinya sebagai genre puitik yang meningkatkan kesan pada aras kesedaran pembaca. Puisi-puisi yang  beliau cipta berhasil mengekalkan kesatuan fikiran dalam sifatnya yang indah.  Idea-idea yang diungkapkan kelihatan tersusun, menyentuh perasaan dan logik.  Kata-kata dalam diksi dibentuk dalam susunan yang berseni.  Unsur rasa dan emosi paling kuat memberikan sifat kepada puisi yang dicipta.  Puisi dibentuk dengan menggunakan gaya yang tersendiri dengan kata-kata yang sesuai dan relevan dengan mesej yang disampaikan. Kebanyakan puisi beliau berhasil membentuk mesej yang berkesan.  Kata-kata yang digunakan menyentuh perasaan dan akal budi.(“Idealisma Budaya dan Jatidiri Bangsa yang Tercalar” kertaskerja Seminar Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, UKM. 23 Nov.2011)

Rahman Shaari menulis untuk blurb buku Puisi Melayu Tradisional: Pantun, Syair, Gurindam, Nazam, Seloka , Pekan Ilmu Publication 2012 “ Zurinah Hassan ialah penyair Malaysia yang telah mencapai kecemerlangan. Beliau juga merupakan sarjana Kesusasteraan yang berwibawa.”

Kuali Hitam yang cemerlang
Sajak Kuali Hitam dianggap salah sebuah daripada beberapa sajak ZH yang cemerlang. Sajak ini telah dipilih untuk antologi “ASEAN 20thCentury Literatures” yang merupakan satu Projek ASEAN COMMITTEE ON CULTURE AND INFORMATION (COCI), pada tahun 2013 . Sajak ini tebal dengan nilai moral. Zurinah Hassan sebagai penyair telah menghadiahkan sajak yang cukup baik untuk menjadi sempadan kepada penderhakaan.
Senarai Karya (Buku)
1.   Sesayup Jalan.  Minden:  Universiti Sains Malaysia Press, 1974. (kumpulan puisi)
2.   Di sini Tiada Perhentian.  Kuala Lumpur:  Penerbitan Pewarna, 1977. (kumpulan puisi)
3.   Keberangkatan.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985 (kumpulan puisi)
4.   Sasterawan Negara Usman Awang, Dewan Bahasa dan Pustaka 1986 (Kajian Sastera)
5.   Meneruskan Perjalanan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989 (kumpulan cerpen)
6.   Hatimu Aishah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991 (novel remaja)
7.   Nota Waktu, Kuala Lumpur, Citra Publishing,2000 (kumpulan puisi bersama Lim Swee Tin).
8.   Menjelang Pemilihan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004 (antologi cerpen)
9.   Salasilah,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005 (kumpulan puisi)
10.  Unsur  Alam  Dalam  Puisi  Melayu Moden.  Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010 (kajian sastera)
11.                Menghadap ke Pelabuhan/ Facing the Harbour, (kumpulan puisi  dengan terjemahan  Bahasa Inggeris), 2010. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia
12.                Puisi Melayu Tradisional- Pantun, Syair, Gurindam, Seloka , 2012, Kuala Lumpur. Penerbit Pekan Ilmu .
13.                Menghadap ke Pelabuhan/Frente el Puerto 2012 Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia (kumpulan puisi dengan terjemahan  Bahasa Sepanyol)
14.                Menghadap ke Pelabuhan/(terjemahan B.Russia), ITBM 2013 Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia (kumpulan puisi dengan terjemahan  Bahasa Russia)
15.                Cerita Dalam Cerita,ITBM 2014 (Kumpulan Puisi)
16.                Menghadap ke Pelabuhan, (dan terjemahan ke Bahasa Jepun),  2016 ITBM Kuala Lumpur.
17.                 Murka Lautan, Kuala Lumpur, 2016, ITBM (kumpulan cerpen)
18.                Mestika Pantun (buku panduan menulis pantun), 2018, Shah             Alam, Kuali Hitam.
19.                A Journey Through Prose and Poetry, 2018 Kuala Lumpur, IIUM Press dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

1993, short story  “Nenek” (Grandmother) in Antologi Cerpen Penulis Wanita Malaysia, Xiandai Publication, China, (translation into Mandarin)

2014, cerpen “Kerongsang Berlian Wan Tempawan” (Wan Tempawan Diamond Brooch) in  Antologi Cerpen: Malaysia-Taiwan, Malaysian Institute of Translations and Books  and  Taipei Chinese Centre Pen International (translation into Mandarin ).

2016 Poetry  “Puisi Cinta yang Lain” , Anthology  in conjunction with India-Malaysia Writers Meet, 2016 (translated into Tamil)

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (diterjemah oleh Patricia Vazquez Marin)
Kurniaan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/05/biodata-zurinah-hassan-diperbaiki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zurinah Hassan Apa Kata Orang Lain

Zurinah Hassan Apa Kata Orang Lain

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 365 hits
APA KATA MEREKA TENTANG ZURINAHSasterawan Negara Muhammad Haji Salleh didalam bukunya An Anthology of Contemporary Malaysia Literature DBP 1988 362 the really vocal and individual woman poet is a rare person Her poems not only show that she...
Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 6 7 Oleh Hassan Karim

Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 6 7 Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 266 hits
BAHAGIAN 6Sejarah seperti pita rakaman kita boleh paksa ia bergerak kedepan dengan cepat Maka tidak lama kemudian Mahathir bersama Muhyiddin Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah parti politik mereka sendiri yang diberi nama Parti Pribumi ...
A Rahman Hassan Feat Azizah Mohammad Syurga Idaman Chord

A Rahman Hassan Feat Azizah Mohammad Syurga Idaman Chord

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 559 hits
Dm Dm ADm CKatakan padaku rahsia di hatimuDm A A7Janganlah kekanda membisuGm DmKatakan kau cinta atau pun tiadaA A Dm APada hamba dagang melaraDm Pimpinilah daku Cke jalan bahagiaDm A A7Agar cinta kita berjayaGm Lupakanlah kanda Dmsengketa ...
Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 8 Akhir Oleh Hassan Karim

Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 8 Akhir Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 247 hits
BAHAGIAN 8Secara ikhlas aku akui Ada beberapa perkara yang aku menyokong Mahathir Antaranya ialah sikap beliau terhadap institusi raja Aku percaya bahawa Mahathir pada asasnya menghormati institusi Raja raja di Malaysia Aku menyokong Mahath...
Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 3 Oleh Hassan Karim

Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 3 Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 294 hits
BAHAGIAN 3Tetapi keesokannya pada 20 haribulan September 1998 Isyam turun juga ke jalanraya menyertai himpunan reformasi di Mesjid Negara dan di Dataran Merdeka Dia hadir lebih sebagai pemerhati pada ketika itu Kehidupan politik juga kadang...
Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 1 Oleh Hassan Karim

Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 1 Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 210 hits
DILEMMAKU TERHADAP MAHATHIROleh Hassan Abdul KarimPENDAHULUANApabila Parlimen Malaysia bersidang pada 18 Mei 2020 nanti kita akan dapat melihat Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Parti BERSATU duduk di blok pembangkang...
Salamiah Hassan Gelombang Chord

Salamiah Hassan Gelombang Chord

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 401 hits
Intro Dm Gm Dm Gm Dm DmNasib ku dirundung malang BbSederas gelombang GmMenghempas dipantai ASemalam aku ternodaDalam sinar cahaya DmDijendela CTiada esok lagi DmGelap masa depan BbCemar hidup ini ATiada erti DmHidup ku seperti badai BbTak h...
Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 2 Oleh Hassan Karim

Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 2 Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 261 hits
BAHAGIAN 2Hal ini berlaku pada akhir tahun 2017 sebelum Pilihanraya Umum ke 14 Persoalannya yang perlu aku putuskan Hendak bekerjasama dengan Mahathir atau tidak Pada malam Forum di JB itu aku teringat semula 20 tahun yang lalu iaitu pada 1...
Panggil Mesyuarat Negeri Negeri Tentukan Longgar Pkp Hassan Karim

Panggil Mesyuarat Negeri Negeri Tentukan Longgar Pkp Hassan Karim

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 296 hits
Ahli parlimen Pasir Gudang Hasan Abdul Karim menggesa Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional mengadakan mesyuarat bersama 13 Kerajaan Negeri di Malaysia sebelum membuka semula sektor ekonomi dan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan Hal...
Two Tales By Ministers Over Dnb

Jika China Serang Taiwan Ini Kemungkinan Nasib Menimpa Rakyat Malaysia

Mungkin Bangkai Pesawat Mh370

Finding Hidden Passwords Saved In Your Browsers

Mh370 Bukti Mossad Dan Cia Terlibat

Hyde Hotel Bodrum By Ye Im Kozanl Architecture Interior Design

Maklum Balas Dari Menteri Kewangan Sabah Berkenaan Video Whistleblower Yang Tular

Yacht Outing Was Afternoon Tea Not 1mdb Embezzlement Plot Najib


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Sandwich

Buku Biografi Syed Hamid Albar Kumpulan Sikh Bimbang Kontroversi Allah Sebab Kitab Suci Diharam

Kelantan Ini Puncanya Air Banjir Bertukar Seperti Darah

Family Camping Journey Musim Panas Nie Jom Bercamping Kat Singgah Riverside Campsite Ulu Yam

Mixue Kiwi Jasmine Tea

Jungle Girls Raih 7 4 Juta Jualan Dalam Masa 28 Hari