Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 8 Akhir Oleh Hassan Karim


BAHAGIAN 8

Secara ikhlas, aku akui. Ada beberapa perkara yang aku menyokong Mahathir.Antaranya ialah sikap beliau terhadap institusi raja.Aku percaya bahawa Mahathir  pada asasnya menghormati institusi Raja-raja di Malaysia.Aku menyokong Mahathir apabila dengan berani beliau meminda Perlembagaan Malaysia yang bertujuan memansuhkan imuniti raja-raja sama ada dalam bidang undang-undang sivil dan juga jenayah.Sebagai seorang peguam, aku angkat tabik terhadap Mahathir.Apa yang Mahathir lakukan itu hampir mendekati tafsiran Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu Kesamarataan. Perkara 8(1) menyatakan bahawa ‘’ Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.’’

Satu lagi isu di mana aku berpihak kepada Mahathir ialah isu antarabangsa.Sokongan kuat dan tegas Mahathir terhadap hak dan perjuangan rakyat Palestin, Bosnia dan pergerakan negara-negara berkecuali sangat progresif.Aku menyokong Mahathir dalam isu-isu tersebut.

BAHAGIAN 9

Kembali kepada isu dalam negeri.Mula-mula aku lihat, Mahathir hanya ingin menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak sahaja.Mahathir ketika awal itu, masih ingin menyelamatkan Umno.

Hubungan Mahathir dengan Umno ini sangat beranika warna.Mahathir datang dari generasi yang menubuhkan Umno.Dia pernah jadi pemimpin muda Umno, ahli parlimen dari Umno.Mahathir juga pernah dipecat dari Umno. Mahathir juga pernah bawa Umno ke Mahkamah sehingga Umno diharamkan. Mahathir tubuh Umno Baru, hidupkan Umno semula. Kemudian keluar Umno zaman Abdullah Badawi.Kemudian masuk Umno semula zaman Najib.kemudian keluar semula dari Umno zaman Najib kerana isu 1MDB.Sebagai seorang bukan ahli Umno, aku melihat dari luar gelanggang.

Kemudian aku lihat terdapat perubahan kualitatif di pihak Mahathir terhadap Umno.Pada suatu ketika, Mahathir telah membuat penilaian bahawa Umno di bawah Najib sudah tidak boleh diselamatkan.Bukan sahaja Najib, tetapi Umno juga mesti ditumbangkan sekali.Itu logik Mahathir.

Lalu Mahathir, Muhyiddin dan PPBM mulai bergerak dengan sasaran yang lebih jelas.Langkah pertama mereka ialah bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu dianggotai tiga buah parti iaitu PKR,DAP dan Amanah. Kini PPBM menyertai PH dan menjadi anggota komponen yang keempat.Kerjasama Mahathir dan Anwar,walaupun Anwar masih di dalam penjara telah membentuk satu snergi yang memperkasakan PH sebagai satu gabungan politik nasional yang boleh memberi cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib.

BAHAGIAN 10

PH secara beransur-ansur telah mencapai satu kesepakatan atau consensus setelah berjaya membentuk struktur kepimpinan dan organisasinya.Satu majlis Presiden Pakatan Harapan telah berjaya dibentuk.Satu pengumuman telah dibuat di dalam Konvensyen PH di Shah Alam, Selangor di mana dimasyhurkan bahawa Dr. Wan Azizah (Presiden PKR) dinobatkan sebagai Presiden PH.Manakala Mahathir diangkat menjadi Pengerusi PH dan Anwar Ibrahim (yang menjadi simbol perjuangan rakyat ketika itu,yang berada di penjara Sungai Buloh) dipilih menjadi Ketua Umum PH.Aku hadir di dalam Konvesyen PH tersebut.

Sebagai pencatat sejarah, aku merekodkan di sini, bahawa di dalam konvensyen PH itu telah dipersetujui oleh Majlis Presiden PH untuk mengangkat Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranyaa PH berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke-14. Majlis Presiden PH juga bersetuju mengangkat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan, selepas Mahathir Perdana Menteri Ketujuh berundur sebaik sahaja Anwar Ibrahim diberi pengampunan diraja, dibebaskan dari penjara, dan memenangi suatu pilihanraya kecil untuk jadi seorang ahli Dewan Rakyat dan layak memegang jawatan Perdana Menteri.Begitulah janji PH dan Mahathir sebelum PRU-14 yang bersejarah itu.

Konvensyen PH di Shah Alam itu amat berjaya.Ia memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Najib dan BN boleh dikalahkan.Kerajaan baru boleh ditubuhkan.

BAHAGIAN 11

Di dalam sasaran yang optimis itu, di mana Mahathir yang ketika itu berusia 92 tahun, akan kembali memimpin dengan berganding bahu bersama musuh ketatnya selama ini, Anwar Ibrahim, demi rakyat dan negara.Rakyat rasa teruja.Termasuk aku juga.

Tetapi PPBM parti baru yang diterajui oleh Mahathir dan Muhyiddin menghadapi ancaman daripada Najib  yang berhasrat untuk membatalkan pendaftaran parti politik dengan logo sekuntum bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia.Pada peringkat awal, PPBM digelar oleh orang awam biasa sebagai parti bunga.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) atas arahan Perdana Menteri ketika itu juga cuba menekan PH. Permohonan PH supaya logo PH didaftarkan telah ditolak oleh ROS.Mahathir dengan ditemani para pemimpin PH telah berkunjung ke Ibupejabat ROS memohon supaya logo PH segera didaftarkan.Pilihanraya umum, tarikhnya sudah semakin hampir.Jika PH mempunyai satu logo yang sama, seperti BN mempunyai satu simbol sahaja iaitu ‘’dacing’’ akan menjadi lebih mudah dan berkesan kepada PH.Tetapi permohonan PH itu ditolak oleh ROS.

Najib dan Kerajaan BN ketika itu faham kenapa gabungan parti-parti pembangkang dalam pilihanraya umum 1999, 2004, 2008 dan 2013 tewas ditangan BN? Satu antara sebabnya ialah kerana parti-parti pembangkang itu, walaupun telah berjaya membentuk persefahaman pilihanraya atau satu fron pembangkang,tetapi gabungan pembangkang yang menamakan diri mereka Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif atau Pakatan Rakyat telah bertanding atas logo atau simbol parti masing-masing.Ini yang Mahathir nampak dan dia ingin membuat perubahan, kalau PH di bawah pimpinanya ingin menang.

Sebagai seorang ahli siasah yang kenal strategi politik, Mahathir berjaya meyakinkan keempat-empat parti supaya bersetuju menggunakan  satu simbol atau logo yang sama dalam Pilihanraya Umum ke-14.

BAHAGIAN 12

Tetapi ROS enggan meluluskan logo PH yang dipohon.Jadi bagaimana? Simbol yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ialah simbol yang telah diluluskan oleh ROS.Majlis Presiden PH telah berbincang dan mencapai satu persetujuan.Simbol atau logo salah satu daripada empat parti komponen PH itu akan digunakan sebagai simbol bersama PH dalam PRU-14 itu nanti.Simbol parti yang mana satu? Ia suatu rahsia ketika itu yang ditungu-tunggu.

Pada 9 April 2018, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Parlimen Malaysia yang ke-13 dibubarkan. Dan pada malam itu juga, PH mengadakan perhimpunan yang besar di Taman Bukit Dahlia di Pasir Gudang.

Pada malam itu, pemimpin-pemimpin utama PH telah berhimpun di Pasir Gudang, satu kawasan perindustrian di selatan Johor yang banyak kilang dan ramai pekerja. Mahathir, Dr Wan Azizah, Mohamad Sabu,Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin semuanya hadir.Hishamuddin Rais pun hadir.Sebuah trak besar yang panjang yang telah diubahsuai sebagai sebuah pentas ceramah bergerak telah bersiap sedia untuk dijadikana pentas ceramah mega itu.Beribu orang hadir untuk mendengar ceramah PH.Pilihanraya umum sudah begitu dekat.Parlimen telahpun bubar...

Pada malam 9 April itu, betul sebulan sebelum hari mengundi, aku turut berada di dalam perhimpunan itu.Aku hadir sebagai Pengerusi PKR negeri Johor dan besar kemungkinan sebagai bakal calon PH (PKR) di Parlimen Pasir Gudang itu.

Pada malam itu, Mahathir  naik di atas trak besar itu. Dia menyampaikan ucapan dengan penuh yakin dan bersemangat.Di atas trak di Pasir Gudang, pada malam itu, Mahathir selaku Pengerusi PH membuat suatu pengumuman penting.Mahathir memberitahu ribuan rakyat yang hadir bahawa keempat-empat parti dalam gabungan PH telah bersetuju untuk menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat sebagai simbol PH dalam PRU ke-14.

Pengumuman Mahathir itu telah mendapat sokongan hebat para hadirin di ceramah tersebut.Mereka bertepuk tangan dan bersorak kegirangan.Dr Wan Azizah, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Muhyiddin Yassin semuanya naik ke atas trak besar itu untuk menyertai Mahathir mengibarkan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebagai bakal calon PH (PKR) bagi parlimen Pasir Gudang aku secara jujur mengakui kehebatan Mahathir.Pertama aku rasa terhutang budi kerana beliau telah hadir di ceramah besar di Pasir Gudang itu.Kedua aku nampak kebijaksanaan Mahathir sehingga dapat memujuk parti-parti lain, khususnya DAP supaya menerima satu logo yang sama untuk PH dalam PRU-14 iaitu logo PKR. Inilah kali pertama dalam sejarah DAP, parti itu meninggalkan logo  roketnya di dalam pilihanraya.

Sehari selepas kemenangan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, aku telah naik ke Hotel Sheraton di Petaling Jaya. Aku ke sana untuk menandatangani satu surat seperti Akuan Berkanun menyatakan bahawa aku seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih dari kawasan Pasir Gudang dari Parti Keadilan Rakyat menyokong Mahathir menjadi Perdana Menteri yang ketujuh.Surat itu ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Surat yang akan kutandatangani itu disediakan oleh IbuPejabat Parti Keadilan Rakyat. PKR berpegang pada janjinya untuk menyokong Mahathir menjadi Perdana Menteri apabila PH menang pilihanraya.

Apabila aku sampai kira-kira pada jam 8.30 malam di Hotel Sheraton Petaling Jaya itu, Muhammad Saedi, Setiausaha Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP) dari Ibupejabat PKR telah menunggu aku dengan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk aku tandatangani. Lalu, aku pun menandatangani surat tersebut.Ini adalah suatu sejarah kepadaku.Buat pertama kali aku telah menurunkan tandatanganku untuk menyokong Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Dengan sokongan majoriti yang selesa, jauh melebihi 112 kerusi ahli parlimen (yang menjadi syarat majoriti mudah membentuk kerajaan), Mahathir telah dilantik menjadi Perdana Menteri oleh yang di-Pertuan Agong.

Pada suku terakhir tahun 2019 keadaan politik Malaysia mulai bergelora.Jika kerajaan PH dianggap sebagai sebuah bahtera atau kapal, maka bahtera itu mula dipukul badai, dari depan dan belakang; dari kiri dan kanan.

Kerajaan PH diserang dengan isu-isu perkauman dan keagaman yang sempit dan memecahbelahkan rakyat.Keadaan kehidupan rakyat tidak semakin baik seperti yang dijanjikan dan yang diharapkan.Kos hidup semakin tinggi.Rakyat golongan bawahan B40 dan juga kelas menengah M40 mula gelisah dan resah.

Dalam keadaan demikian, satu demi satu pilihanraya kecil yang diadakan, berkesudahan dengan PH mengalami kegagalan. Bermula kalah di Cameron Highland, kemudian Semenyih, kemudian Rantau dan akhir sekali kalah teruk di Tanjong Piai.

Dalam masa yang sama isu peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Mahathir kepada Anwar Ibrahim seperti yang djanjikan, kelihatan semakin sukar untuk menjadi kenyataan. Mahathir nampak berdalih dengan bermacam alasan.Sekejap dia kata dua tahun akan berundur.Kemudian jadi tiga tahun.Sekejap lagi Mahathir kata dia akan turun selepas Persidangan APEC pada bulan November 2020.

Aku berasa tertipu oleh Mahathir. Sebagai seorang ahli parlimen, aku perlu bersuara.Dalam tempoh dari akhir 2019 hingga awal tahun 2020, aku telah mengeluarkan dua kenyataan media yang keras mendesak Mahathir berundur. Pertama, ketika isu perkauman dan keagamaan yang ekstrim diperalatkan oleh parti-parti pembangkang Umno dan PAS untuk menyerang kerajaan PH.Ternyata waktu itu kerajaan PH hilang punca.Mahathir tidak bersuara apa-apa.Lantas aku mendesak Mahathir turun sebagai Perdana Menteri.Kedua, apabila PH kalah teruk dengan majoriti yang besar di Pilihanraya kecil Tanjong Piai di Johor.Sekali lagi aku bersuara minta Mahathir letak jawatan.Azmin Ali penyokong tegar Mahathir mengkritik hebat terhadapku.Kemudian Setiausaha Agung PKR sendiri Saifudin Naustion juga menegurku.Aku rasa ketika itu, cukuplah setakat itu desakanku supaya Mahathir berundur.Yang penting aku telah lakukan sesuatu.Aku pun sedar, aku hanya seorang ahli parlimen biasa, bukan menteri bukan pegang apa-apa jawatan penting dalam parti, sama ada PKR ataupun PH.Aku hanya berharap dan bersangka baik sahaja, bahawa Mahathir akan mengkotakan janjinya.

Tetapi sampai kesudahannya pun Mahathir tidak menunaikan janjinya kepada Anwar Ibrahim, kepada PH dan kepada rakyat  Malaysia yang telah mengundi PH pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu.Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020. Segala janji peralihan kuasa dari Mahathir kepada Anwar Ibrahim terkubur sama.Bukan itu sahaja kesannya.Kerajaan PH juga turut tumbang apabila Muhyiddin Yassin menarik Parti Bersatu keluar dari gabungan PH dan bergabung dengan parti-parti lain seperti Umno, PAS, MCA,MIC, GPS, serta puak Azmin Ali yang meninggalkan PKR membentuk kerajaan baru yang digelar Perikatan Nasional.

Dengan kesudahan Kerajaan PH yang tragik itu, penuh intrik dan pengkhianatan, maka berakhirlah dilemmaku terhadap Mahathir.

TAMAT

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Isnin 27 April 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/dilemmaku-terhadap-mahathir-siri-8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 2 Oleh Hassan Karim

Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 2 Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 264 hits
BAHAGIAN 2Hal ini berlaku pada akhir tahun 2017 sebelum Pilihanraya Umum ke 14 Persoalannya yang perlu aku putuskan Hendak bekerjasama dengan Mahathir atau tidak Pada malam Forum di JB itu aku teringat semula 20 tahun yang lalu iaitu pada 1...
Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 1 Oleh Hassan Karim

Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 1 Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 213 hits
DILEMMAKU TERHADAP MAHATHIROleh Hassan Abdul KarimPENDAHULUANApabila Parlimen Malaysia bersidang pada 18 Mei 2020 nanti kita akan dapat melihat Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Parti BERSATU duduk di blok pembangkang...
Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 6 7 Oleh Hassan Karim

Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 6 7 Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 270 hits
BAHAGIAN 6Sejarah seperti pita rakaman kita boleh paksa ia bergerak kedepan dengan cepat Maka tidak lama kemudian Mahathir bersama Muhyiddin Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah parti politik mereka sendiri yang diberi nama Parti Pribumi ...
Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 3 Oleh Hassan Karim

Dilemmaku Terhadap Mahathir Siri 3 Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 296 hits
BAHAGIAN 3Tetapi keesokannya pada 20 haribulan September 1998 Isyam turun juga ke jalanraya menyertai himpunan reformasi di Mesjid Negara dan di Dataran Merdeka Dia hadir lebih sebagai pemerhati pada ketika itu Kehidupan politik juga kadang...
Panggil Mesyuarat Negeri Negeri Tentukan Longgar Pkp Hassan Karim

Panggil Mesyuarat Negeri Negeri Tentukan Longgar Pkp Hassan Karim

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 301 hits
Ahli parlimen Pasir Gudang Hasan Abdul Karim menggesa Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional mengadakan mesyuarat bersama 13 Kerajaan Negeri di Malaysia sebelum membuka semula sektor ekonomi dan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan Hal...
Pendirian Umno Tidak Bersama Bersatu Umpama Sokongan Terhadap Mahathir

Pendirian Umno Tidak Bersama Bersatu Umpama Sokongan Terhadap Mahathir

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 273 hits
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang mengesahkan parti itu akan meninggalkan Perikatan Nasional sebaik Parlimen dibubarkan dan hanya akan bersama Pas dalam Muafakat Nasional untuk menghadapi PRU15 akan datang tidak ubah umpam...
Dr M Hantar Notis Usul Tak Percaya Terhadap Pm Dan Shafie Afdal Hantar Notis Percaya Terhadap Dr Mahathir

Dr M Hantar Notis Usul Tak Percaya Terhadap Pm Dan Shafie Afdal Hantar Notis Percaya Terhadap Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 402 hits
B Nantha Kumar Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Surat kepada speaker telah dihantar Usul berkenaan telah ...
Jokowi Yakin Corona Usai Di Akhir 2020 Mbah Amien Ini Bukan Republik Dukun Harus Berdasar Riset

Jokowi Yakin Corona Usai Di Akhir 2020 Mbah Amien Ini Bukan Republik Dukun Harus Berdasar Riset

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 187 hits
Presiden Joko Widodo meyakini masa masa sulit akibat pandemi Covid 19 akan berakhir pada akhir tahun Sehingga ia optimis sektor pariwisata akan kembali menggeliat pada tahun depan atau 2021 Hal itu dikatakan Jokowi dalam rapat terbatas meng...
Do A Agar Dianugerahi Lailatul Qadar Oleh Allah Swt Ramadhan Ini

Do A Agar Dianugerahi Lailatul Qadar Oleh Allah Swt Ramadhan Ini

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 544 hits
Semua orang tentu pengin bisa menemui malam Lailatul Qodar Malam seribu bulan Sebab pada malam itu amalan yang kita lakukan dilipatgandakan pahalanya seperti 1000 bulan bahkan lebih Karena dalam surat al qodar disebutkan bahwa lailatul qoda...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities