Sumber : keluarga.my
Sumber : Instagram @iamwatie
Biodata Talitha/ Dekta, Anak Shuib
Nama Penuh : Dzahira Talita Zahra binti Shahmira
Fakta Menarik dan Perkembangan Terkini Talita
Shuib dan arwah Siti Sarah memilih nama Dzahira Talita Zahra yang membawa maksud ‘gadis yang berzikir bagai bunga’.
Gaya, cara percakapan dan perwatakan anak Tunggal Shuib dan Siti Sarah ini dikatakan mirip seperti arwah ibunya.
Akaun Instagram baharu Thalita berjaya mencapai lebih 37,000 pengikut hanya dalam tempoh 2 hari!
Talita sememangnya bercita-cita untuk menjadi penyanyi sejak berusia lima tahun, namun dia tidak pernah menunjukkan bakat nyanyiannya di hadapan orang ramai kecuali keluarga terdekat.
Sumber : MStar
Seperti yang viral baru-baru ini, Talitha berjaya menyentuh hati ramai penonton selepas membuat persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur di bawah program Radio Era pada awal tahun ini.
Atas potensinya dalam bidang nyanyian, Thalita telah diundang untuk menjayakan Konsert by Ajai & Mega Friends yang bakal berlangsung pada 10 Mei akan datang.
Shuib kini menghantar Thalita mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafi dan turut mendapat nasihat daripada komposer Ajai dan Aidit Alfian bagi membincangkan hala tuju anak gadisnya. Dua komposer ini juga merupakan individu penting yang membangunkan karier nyanyian arwah Siti Sarah.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Talitha dan sama-sama kita nantikan persembahan yang lebih mantap daripadanya pada masa yang akan datang.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |