Anak Menangis Ada Yang Kata Jangan Angkat Nanti Manja Asyik Nak Berdukung Je


Anak menangis ada yang kata jangan angkat, nanti manja, asyik nak berdukung je. Pernahkah anda mendengar nasihat seperti ini: “Jangan angkat bayi yang menangis. Nanti dia jadi manja dan asyik nak berdukung sahaja.”?
Anak Menangis Ada Yang Kata Jangan Angkat  Bagi sesetengah orang, kata-kata ini kedengaran logik. Namun, adakah betul untuk membiarkan bayi menangis tanpa perhatian?
Kenyataannya, nasihat ini tidak berasas dan bertentangan dengan naluri seorang ibu, sains, serta nilai keibubapaan yang penyayang. Bayi menangis bukan kerana mahu dimanjakan, tetapi kerana mereka mempunyai keperluan yang perlu kita penuhi.

Nanti Manja, Asyik Nak Berdukung Je Berikut perkongsian daripada Pun Wawa Shauqi, seorang penulis buku yang berkisar tentang ilmu keibubapaan.
Beberapa tahun lalu, saya pernah ditegur oleh seorang wanita di Klinik Kesihatan. Katanya, “Jangan angkat bayi yang menangis. Nanti dia jadi manja dan asyik nak berdukung sahaja.” Kata-kata itu membuatkan saya berkerut. Biar betul?
Adakah kita perlu membiarkan bayi menangis sehingga berhenti sendiri? Wanita itu menerangkan lagi, “Lama-kelamaan bayi akan faham, walau menangis macam mana sekalipun, dia takkan dilayan.”
Namun, apabila saya mendalami ilmu daripada pakar seperti Puan Amizamzuri N Uswatun, seorang pakar tidur dan tangisan bayi, saya temui jawapan yang tepat. Dalam bukunya, beliau menegaskan bahawa:
“Nasihat seperti ini adalah nasihat paling teruk, tidak berasas, kejam, dan bertentangan dengan nilai kemuliaan agama.”
Mengapa Nasihat Ini Tidak Boleh Diikuti? Mari kita fahami mengapa pendekatan membiarkan bayi menangis, juga dikenali sebagai teknik “Cry It Out”, perlu dielakkan.
1. Tangisan Adalah Refleks Semula Jadi Bayi Bayi yang baru lahir dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 75 jenis refleks, dan tangisan adalah salah satu daripadanya. Refleks ini adalah tindak balas automatik untuk memastikan kelangsungan hidup.
Sepanjang tiga bulan pertama, tangisan bayi adalah cara mereka berkomunikasi. Mereka menangis untuk menyatakan rasa lapar, tidak selesa, letih, atau sakit.
Pada tahap ini, bayi tidak menangis secara sengaja atau “berlakon”.
2. Melawan Fitrah Ibu Dan Bayi Allah telah mencipta ibu dengan naluri yang kuat untuk bertindak balas apabila mendengar tangisan bayi.
Apabila bayi menangis, tubuh ibu secara automatik menghasilkan hormon:
Oxytocin: Merangsang ibu untuk mendukung dan menenangkan bayi.
Prolaktin: Menggalakkan pengeluaran susu untuk menyusukan bayi.
Jika kita membiarkan bayi menangis tanpa bertindak, kita melawan fitrah semula jadi ini.
3. Kegagalan Teknik “Cry It Out” Berdasarkan Sains Ada yang mendakwa bahawa membiarkan bayi menangis akan membuatkan mereka berhenti. Namun, bayi yang berhenti menangis bukan kerana mereka faham, tetapi kerana keletihan melampau.

Kesan negatifnya: Hormon Kortisol (Hormon Stres): Meningkat ketika bayi menangis terlalu lama, mengganggu perkembangan fizikal dan emosi mereka.
Sikap Bayi: Mereka mungkin menjadi lebih kuat menangis (kerana sedar hanya tangisan yang kuat akan menarik perhatian) atau “shut down” (tidak menangis lagi kerana sudah tiada harapan untuk dipedulikan).
Pentingnya Secure Attachment Tindak balas ibu bapa terhadap tangisan bayi sangat penting untuk membentuk Secure Attachment – rasa aman dalam diri anak.
Bayi yang mendapat perhatian dan respons positif: Membesar dengan keupayaan untuk mengurus emosi dan menghadapi tekanan.
Lebih tahan terhadap cabaran, trauma, atau krisis pada masa dewasa.
Sebaliknya, bayi yang dibiarkan menangis tanpa perhatian mungkin kurang berkeyakinan, sukar mempercayai orang lain, atau menghadapi masalah emosi.
Nasihat untuk membiarkan bayi menangis tanpa diendahkan bukan sahaja tidak berasas, tetapi juga bertentangan dengan naluri keibuan, sains, dan nilai agama. Setiap tangisan bayi membawa mesej, dan sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk mendengar dan bertindak.
Jika ada yang memberi nasihat seperti ini lagi, senyum sahaja. Kemudian, teruskan dengan cara yang anda yakini dapat memberikan yang terbaik untuk anak anda. Kerana setiap bayi berhak rasa disayangi dan dilindungi.
Sumber: Wawa Sauqi
Baca artikel lain juga: Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung, Mak Ayah Boleh Cara Ini
Anak Menangis Bila Bangun Tidur Walaupun Dah Tidur Lama? Perkara Ini Mungkin Jadi Penyebab
Anak Asyik Minta Dukung, Bila Letak Merengek, Bukan Manja Tapi Ada Sebab Mama & Papa Kena Faham
 
 

 
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
 
 
 
 
 
The post Anak Menangis Ada Yang Kata Jangan Angkat, Nanti Manja, Asyik Nak Berdukung Je appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-menangis-ada-yang-kata-jangan-angkat-nanti-manja-asyik-nak-berdukung-je/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Rangsang Potensi Anak Jangan Tengking

Nak Rangsang Potensi Anak Jangan Tengking

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 189 hits
Kadang kadang kita rasa kita tegas tapi sebenarnya kita tengah menengking Perasan tak anak anak ni sebenarnya perlukan emosi yang stabil untuk mereka membesar dengan sihat Dalam perkongsian Abu Hannah ni beliau tekankan betapa pentingnya el...
Ramai Puji Idea Balang Solat Diana Danielle Anak Makin Semangat Nak Solat

Ramai Puji Idea Balang Solat Diana Danielle Anak Makin Semangat Nak Solat

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 179 hits
Lain orang lain caranya Idea pelakon cantik jelita Diana Danielle bagi menggalakkan kedua anaknya menunaikan ibadah solat dipuji ramai Mana tidaknya menerusi beberapa perkongsiannya di Insta Story anak perempuannya Aurora dilihat sedang gig...
Anak Pak Lah Beritahu Anak Saya Kini Giliran Kami Mencuri Kata Dr Mahathir

Anak Pak Lah Beritahu Anak Saya Kini Giliran Kami Mencuri Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 217 hits
Malaysiakini nbsp Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perbualan yang didakwanya pernah berlaku antara anaknya dan anak Abdullah Ahmad Badawi yang menyebut anak perdana menteri kelima negara itu dikatakan menyatakan niat untuk menggunakan kedudu...
Tip Redakan Anak Suka Merajuk Yang Penting Jangan Terus Pujuk

Tip Redakan Anak Suka Merajuk Yang Penting Jangan Terus Pujuk

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 139 hits
Berdepan dengan anak yang kerap merajuk memang memeningkan kepala Nak biarkan sahaja anak bimbang tangisannya lama Nak dipujuk bimbang anak makin menjadi jadi sikapnya Buntu Jadi apa yang seharusnya mak ayah lakukan bila anak kerap kali mer...
Nak Anak Senang Belajar Di Tadika Baca 8 Rahsia Ini

Nak Anak Senang Belajar Di Tadika Baca 8 Rahsia Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 177 hits
Setiap ibu bapa inginkan anak anak yang cemerlang dan cerdas belajar terutama di tadika Lazimnya pada usia lima tahun si manja akan mengikuti pendidikan awal kanak kanak di tadika Pelbagai aktiviti pembelajaran diterima di sini Ia termasukl...
Selalu Kena Ejek Anak Kerap Menangis Minta Tukar Nama Ibu Tak Sangka Jadi Isu

Selalu Kena Ejek Anak Kerap Menangis Minta Tukar Nama Ibu Tak Sangka Jadi Isu

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 216 hits
Seorang ibu tidak pernah menyangka nama indah yang diberikan kepada anak perempuannya Awan tujuh tahun lalu kini menjadi punca tekanan buat si kecil Menginjak usia persekolahan murid darjah satu itu kerap menangis kerana diejek oleh rakan r...
Mommy Akan Rasa Lebih Baik Anak Kecil Fattah Amin Beri Kata Kata Semangat Buat Fazura

Mommy Akan Rasa Lebih Baik Anak Kecil Fattah Amin Beri Kata Kata Semangat Buat Fazura

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 200 hits
Mommy akan rasa lebih baik Kata kata ini mungkin datang daripada anak kecil berusia empat tahun tapi percayalah ia cukup kuat untuk memberi semangat kepada ibu seperti Nur Fazura yang baru sahaja melalui fasa perpisahan yang berat Dalam sat...
Anak Menteri Nikah Di Negara Jiran Kata Kpn

Anak Menteri Nikah Di Negara Jiran Kata Kpn

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 305 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas pasangan itu berkahwin di negara jiran pada September lalu kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain Sebelum ini tular di laman sosial kes anak seorang me...
Satu Jam Lepas Subuh Jangan Tidur Ini Aktiviti Wajib Ajarkan Pada Anak

Satu Jam Lepas Subuh Jangan Tidur Ini Aktiviti Wajib Ajarkan Pada Anak

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 202 hits
Mendidik anak anak dengan aturan hidup yang sihat semestinya menjadi tanggungjawab mak dan ayah Salah satu yang perlu diajarkan pada anak adalah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak an...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan