Bingka Ubi Kayu Lembut Dan Lemak Manis Yang Sangat Sedap



Sebelum kita masuk bab resepi dan masakan, saya ingin kongsikan sedikit berkenaan kehidupan di dunia yang memang sementara. Walaupun semua tahu akan hakikat ini tapi kita jarang mengingati saat kita akan menjalani kehidupan yang kekal di akhirat. 
Bagi yang sakit akan mengharapkan kesembuhan, hatta terlantar di hospital juga akan mengingatkan kesembuhan, sedikit sahaja yang mengingati kematian dengan berzikir dan beristighfar di katil hospital. 
Kisahnya sehari sebelum menjelang tahun baru, sahabat baik kami sejak dari universiti telah meninggal secara tiba tiba ketika mendapat rawatan di klinik kesihatan. Hubby yang bergegas ke sana sebaik mendapat perkhabaran ada kongsikan kesedihan beliau melihat arwah terbaring keseorangan tat kala isteri arwah menguruskan urusan report dan sebagainya. 

Arwah adalah sahabat baik yang menjadi pengapit Hubby ketika majlis pernikahan dan perkahwinan kami dahulu. Kali terakhir Hubby bercakap dengan arwah ialah ketika untuk menjemput ke majlis akikah cucunda kami. 
Bukan kematian arwah yang ingin saya coretkan di sini hari ini. Tetapi bila kami dalam group Whats App rakan rakan kolej amat terasa kesedihannya. Apabila dikongsikan gambar kubur di mana arwah disemadikan, saya sangat terkesan dengan apa yang ditulis oleh salah seorang sahabat iaitu "Kesudahan Sebuah Cerita, Al Fatihah". 
Ya hidup di dunia ibarat perkisahan satu cerita yang bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di antara keduanya terdapat  pelbagai drama dalam kehidupan. Yang berpangkat dan kaya dengan drama kuasa dan harta, yang miskin dengan drama kedaifan dan sebagainya. Drama berakhir dengan kesudahan sebuah cerita. Tiada lagi cerita selepas watak pelakonnya dimatikan. Itulah yang kita semua akan tempuhi tanpa mengira siapa kita pada hari ini. Jadi ingatlah bila berbicara, bila membuat keputusan kerana semuanya akan ada pertanggungjawaban di akhirat. Peringatan buat diri saya juga.


Resepi Kuih Bingka Ubi Kayu ini saya ambil dari blog Masam Masam Manis di SINI. Tertarik dengan apa yang ditulis sebagai bingka ubi yang lembut dan lemak manis menyebabkan saya terus mencari ubi kayu. Caranya pun mudah. Ubi kayu yang siap diparut, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau rata dan terus masuk ke dalam loyang. 

Ubi kayu parut tak perlu ditapis atau dimasukkan apa apa tepung kerana ubi kayu ni dah berkanji. Loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan. 
Jika resepi Bingka Ubi saya sebelum ini di SINI, saya tapis dan biarkan air perahan tadi dalam 10 - 15 minit untuk mendapatkan sagu ubi yang mendak. Buang airnya dan ambil sagu tadi dan masukkan kembali ke dalam ubi parut. Tapi kaedah hari ini, tak perlu perah. 


Rasa kuih bingka ini sangat sedap. Nyum nyum yummy gitu. Lembut lembut manja sangat, rasanya pula lemak lemak dan secukup jer kemanisannya. Yang paling saya suka, keraknya yang garing. Wallaa 5 potong sekali jalan jer. 

Memang a keeper recipe. Anda boleh guna resepi ini. Kalau buat berniaga pun, boleh ni. Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi resepi ini sebelumnya.
Jom layan resepi yang saya olah sedikit untuk memudahkan pemahamannya di bawah ini. Jangan lupa, video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...



Bingka Ubi Kayu Yang SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan: 4 cawan ubi kayu parut2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa 1 cawan gula pasir1/2 sudu kecil garamSedikit pewarna kuning
Cara cara:Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius menggunakan api atas dan bawah tanpa kipas. 
Parut ubi kayu dan sukat. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata sehingga gula hancur. 






Tuang ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci dan ratakan permukaannya. Nota: saya  guna loyang 8x8 inci. 

Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. 

Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar api oven pada fungsi grill (api atas saja dan tanpa kipas) bila kuih telah masak. Bakar untuk 5 - 8 minit lagi atau mengikut tahap garing yang dikehendaki. Nota: Saya tak buat seperti ini, sebaliknya bakar lebih 2 jam.   

Setelah masak, keluarkan dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang. Kuih akan lekang dari tin pembakar apabila ia berada pada suhu bilik.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/01/bingka-ubi-lembut-dan-lemak-manis-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa Memang Umpph

Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa Memang Umpph

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 793 hits
Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap Dahlah ringkas bahannya mudah pula membuatnya Esok hujung minggu beli santan lebih sedikit Boleh buat 5 dessert Melayu tradisional yang menceriakan hari minggu anda sekeluarg...
Buat Sendiri Susu Pekat Manis Mudah Sedap

Buat Sendiri Susu Pekat Manis Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 758 hits
Tiap hari kita suka minum teh tarik atau kopi susu Kan Apa kata kita buat sendiri susu pekat manis tu Senang je sebenarnya nak buat susu pekat manis Rasa pun sama je dengan yang dibeli Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan ...
Kek Pandan Lembut Dan Gebu Inshaallah Sedap Punya

Kek Pandan Lembut Dan Gebu Inshaallah Sedap Punya

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 593 hits
Kek pandan lembut dan gebu InshaAllah sedap punya Assalamualaikum wbt Resepi kek lagi Jom tengok bahan bahan dulu Resepi kek pandan mudah Bahan A 2 1 2 tepung gandum 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder Secubit garam Bahan B ...
Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap Dan Senang Untuk Dimasak

Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap Dan Senang Untuk Dimasak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 979 hits
Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap dan Senang Untuk Dimasak Assalamualaikum Selamat pagi Dah lama tak menulis tentang masak masak di blog sendiri Eh dah jarang sangat masak ke ni hihi Sebut sahaja udang Ramai yang sukakannya Antara...
Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis Terlajak Mudah

Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis Terlajak Mudah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 400 hits
Anak anak kadang kala susah sangat kalau nak makan roti Tak ada selera katanya kalau roti sandwic putih tanpa rasa Jadi anda mungkin boleh cuba hasilkan roti goreng resipi perkongsian saudari Ratna Sari Zain Ringkas dan rasanya pun sedap Ka...
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 4223 hits
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap Ikan tenggiri merupakan sejenis dengan ikan tuna tongkol makerel dan kembung Tenggiri banyak disukai orang dijual dalam bentuk segar ikan kering atau diolah menjadi keropok Bila bab masak l...
Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pegaga Sedap Hingga Menjilat Siku

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pegaga Sedap Hingga Menjilat Siku

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 1189 hits
Tak jemu jemu en suami aku dengan masak lemak cili api ini Kali ini gandingan masak lemak cili api ikan tenggiri campur pegaga pula Semenjak dua menjak ini suka pula dia membeli anak ikan tenggiri untuk di masak Harganya tak semahal potonga...
5 Cara Buat Kacang Salut Tepung Yang Sedap Mudah Sangat Boleh Cuba Ni

5 Cara Buat Kacang Salut Tepung Yang Sedap Mudah Sangat Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 1415 hits
Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran Pun begitu ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ra...
Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

Kari Ayam Kapitan Nyonya Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 813 hits
Entah kenapa airmata bergenang dan hati menjadi sangat sebak bila melihat gambar gambar kami sekeluarga yang diambik sepanjang pembinaan rumah kami selama 4 tahun Rumah kami bukan hanya dibina dengan wang tetapi airmata dan keringat Kenapa ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities