Bilakah Lailatul Qadar Adakah Pada Malam 17 Ramadhan


*Bilakah Lailatul Qadar adakah pada Malam 17 Ramadhan*



Lailatul Qadar atau Malam Qadar pada satu malam di antara malam-malam dalam bulan Ramadan, dikatakan sebagai malam yang paling rahsia sehingga ada setengah pendapat pula mengatakan bahwa para Nabi dan Rasul sendiri pun tidak mengetahui bilakah jatuhnya malam tersebut, inikan pula para wali atau orang awam. Lantaran itu timbullah pelbagai persangkaan, tafsiran dan pendapat, terdengar bermacam-macam cerita pelik dan aneh sama ada benar ataupun tidak terkait dengan peristiwa Lailatul Qadar itu

Qadar bermaksud Kemuliaan. Surah Al-Qadr adalah Surah yang ke 97 di dalam senarai kitab suci Al-Qur'an dan diturunkan di Makkah sebanyak 5 ayat. Di dalam Surah tersebut pada ayat 3, Allah telah berfirman bahwa malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Tentu saja malam kemuliaan itu adalah sangat teristimewa dikurniakan Allah kepada hamba-hamba-NYA yang menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan. Bagi mereka yang sengaja mengingkari perintah syariat berpuasa, sudah pastilah malam qadar itu bukan disediakan buat mereka yang di dalam kerugian dan terputus dari rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 
Malam Qadar adalah malam yang telah lengkap dan sempurna diperturunkan kitab suci Al-Qur'an yang semenjak mulai diperturunkan secara beransur-ansur dari Langit yang dikenali sebagai Nuzul Al-Qur'an. Pada Malam Qadar itu turunlah malaikat Jibril berserta ramai malaikat lainnya dengan izin Allah demi mengatur segala urusan. Sepanjang keberkahan dan kesejahteraan Malam Qadar itu sehinggalah terbit fajar

Bermacam cara dan usaha dilakukan untuk merebut Malam Qadar. Ada yang mencarinya dalam setiap sepuluh malam-malam terakhir Ramadan dengan berbuat amal-ibadah berjaga sepanjang malam tanpa tidur. Ada yang beriktikaf di masjid-masjid menjelang sepuluh malam terakhir Ramadan itu. Ada pula yang beribadah bersendirian di rumah atau di tempat-tempat uzlah yang jauh sunyi dan terasing dari pergaulan orang ramai. Pendek kata, mendapatkan Malam Qadar itu tidak harus dilepaskan peluang kerana tidak sama seperti beribadah di malam-malam yang lain, tetapi beribadah hanya pada satu malam sahaja di Malam Qadar itu telah dinilai oleh Allah beribadah selama seribu bulan. Subhanallah

Ada pandangan ulamak menerangkan bahwa rahsia Lailatul Qadar itu sebenarnya tersirat di dalam Surah Al-Qadr itu sendiri. Jika dihitung satu-persatu jumlah perkataan atau lafazhiyah dalam  Surah tersebut akan terdapat 29 perkataan. Maka kemungkinan Lailatul Qadar itu jatuh pada malam 29 Ramadan. Nabi s.a.w. pernah bersabda agar umatnya mencari rahsia Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam-malam ganjil yang terakhir di bulan Ramadan. 
Asy-Syekh Abul Hasan Asy-Syadzily Rahimahullah, tersebut di dalam kitab manaqibnya, bahwa semenjak berumur baligh hingga akhir hayat beliau, setiap tahun beliau tidak pernah terlewatkan mendapati turunnya Lailatul Qadar. Beliau pernah mengatakan apabila awal Ramadan jatuh pada hari:
Ahad maka Lailatul Qadar akan turun pada tanggal 29Isnin maka Lailatul Qadar akan turun pada tanggal 21Selasa maka Lailatul Qadar akan turun pada tanggal 27Rabu maka Lailatul Qadar akan turun pada tanggal 19Khamis maka Lailatul Qadar akan turun pada tanggal 25Juma'at maka Lailatul Qadar akan turun pada tanggal 17Sabtu maka Lalilatul Qadar akan turun pada tanggal 23
Imam Al-Ghazai R.A. pernah mengatakan bahwa petanda rahsia Lailatul Qadar itu adalah terbukanya Alam Malakut. Alam Malakut ini berada dalam batin manusiawi yang paling terdalam. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bahwa jika hati anak Adam itu tidak dikelilingi oleh syaitan, nescaya ia mampu melihat rahsia-rahsia Kerajaan Langit. Justeru itulah kebanyakan ahli sufi mencari rahsia Lailatul Qadar itu di dalam suasana batin qalbu mereka sendiri. Di dalamnya mereka dapat merasakan ketenangan dalam beribadah kepada Allah tanpa lagi adanya gangguan-gangguan atau terhapus dari segala akwan (gambaran-gambaran) Alam Nasut duniawi ini. Mereka beribadah dengan niat yang seikhlas-ikhlasnya dan tidak bertujuan mencari pahala kecuali keredhaan Allah semata-mata. Apabila mereka dapat mencapai rasa ketenangan yang menyeluruhi suasana batin mereka, itulah petandanya mereka telah berada di Alam Malakut. Di Alam Malakut itu mereka dapat melihat secara batiniyah akan ramainya malaikat yang sibuk menguruskan segala urusan. Mereka melihat roh-roh yang berhimpun, sama ada roh-roh orang yang masih hidup, sudah mati atau yang belum dilahirkan jasadnya. Dari Alam Malakut mereka berpindah ke Alam Jabarut yang menghubungkan Alam Ketuhanan dengan Alam Kemakhlukan. Di Alam Jabarut itulah mereka menerima pelbagai rahsia Ketuhanan yang tidak boleh diceritakan kepada orang awam dan mereka bertemu dengan roh-roh para Nabi dan Rasul serta roh-roh para Auliya'i wassohlihin. Dan seterusnya mereka melalui Alam Bahut, sempadan alam yang memisahkan kemakhlukan dengan Ketuhanan, sehingga yang tinggal pada mereka hanyalah SirulLah (Rahsia Allah), justeru dengan SirulLah itulah mereka menembusi Alam Lahut /Alam Qudsiyyah menyaksikan Allah, hidup dalam Allah dengan Allah tanpa rasa adanya kematian atau kefanaan. Sehingga terbitnya fajar di Alam Nasut, mereka dikembalikan kepada peringkat roh masing-masing yang berada di dalam jasad mereka. Itulah sebenarnya pengalaman dan peristiwa Lailatul Qadar buat ahli sufi

Memahami Malam LailatulQadar yang lebih baik dari 1000 bulan yang pada malamnya diturunkan al Quran. Sebenarnya malam LailatulQadar tidak harus ditunggu tetapi dicari pada diri sendiri. Malam adalah simbolik kegelapan atau kejahilan kerana tidak tahu yang menggerakkan diri kita adalah Allah. Maka, apabila kita terbuka hijab dan tersedar bahawa yang menggerakkan kelopak mata, yang menggerakan tangan, yang memandang adalah Allah, maka itulah LailatulQadar yang di cari-cari dan ia lebih baik dari 1000 bulan. Bulan adalah simbolik datangnya cahaya atau ilmu yang mencerahkan kegelapan dan membawa kepada Kesedaran Ilahi bahawa kita ini lahaulawala... Semoga kita ketemu dan diperingatkan agar kekal dalam LailatulQadar
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?”(Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 2)
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar; Ayat 3)
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”(Surah Ad Dukhan; Ayat 3)
Semoga bermanfaat jika ada salah silap tolong perbetulkan saya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kamenshar.blogspot.com/2020/05/bilakah-lailatul-qadar-adakah-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Amalan Amalan Di Malam Lailatul Qadar

Ini Amalan Amalan Di Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 493 hits
Kita tahu malam Lailatul Qadar adalah malam penuh kemuliaan Bagaimana amalan amalan di dalamnya Posting ditampilkan lebih awal di
Doa Bertemu Malam Lailatul Qadar Serta Amalan Untuk Dilakukan Di 10 Malam Terakhir Ramadan

Doa Bertemu Malam Lailatul Qadar Serta Amalan Untuk Dilakukan Di 10 Malam Terakhir Ramadan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 935 hits
Semoga kita sama sama dapat bertemu malam Lailatuq Qadar small Cover image via Malaysia Dateline small Begitu cepat masa berlalu Sedar atau tidak hanya berbaki 10 hari sahaja lagi untuk umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh ...
Do A Agar Dianugerahi Lailatul Qadar Oleh Allah Swt Ramadhan Ini

Do A Agar Dianugerahi Lailatul Qadar Oleh Allah Swt Ramadhan Ini

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 544 hits
Semua orang tentu pengin bisa menemui malam Lailatul Qodar Malam seribu bulan Sebab pada malam itu amalan yang kita lakukan dilipatgandakan pahalanya seperti 1000 bulan bahkan lebih Karena dalam surat al qodar disebutkan bahwa lailatul qoda...
Doa Yang Diajarkan Rasulullah Pada Malam Lailatul Qadar Dan Kandungannya

Doa Yang Diajarkan Rasulullah Pada Malam Lailatul Qadar Dan Kandungannya

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 522 hits
Bagaimana doa yang diajarkan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pada malam Lailatul Qadar Bagaimana kandungan doa tersebut Posting ditampilkan lebih awal di
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 748 hits
Pejam celik dah masuk ramadhan yang ke 13 dah kita semua Semoga kita semua terus istiqamah dalam menjalani ibadah puasa walaupun raya tahun ni kita semua dok umah jer Raya tetap raya kan cuma dalam keadaan sekarang pikir2kan sendiri cara ba...
Malam Lailatul Qadar 2020 Jatuh Pada Tanggal Ini

Malam Lailatul Qadar 2020 Jatuh Pada Tanggal Ini

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 598 hits
Malam Lailatul Qadar 2020 insya Allah jatuh pada tanggal 20 Mei 2020 atau malam ke 27 Ramadhan Perhitungan tersebut jika mengacu pada pendapat Imam Al Ghazali dan juga ulama ternama lainnya sebagaimana disebutkan dalam kitab I anatut Thalib...
Malam 10 Terakhir Ramadhan Dan Lailatulqadar

Malam 10 Terakhir Ramadhan Dan Lailatulqadar

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 564 hits
Bismillahirrahmanirrahim Lagi beberapa hari kita akan masuk ke 10 hari terakhir Ramadhan Kareem dan yang paling istimewa ialah Anugerah yang Allah SWT sediakan untuk kita iaitu malam Lailatulqadar pada salah satu malam dalam 10 malam terakh...
Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

Salam Nuzul Quran Dan Salam Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 733 hits
Berbahagialah kepada yang meraikannya dengan memenuhi waktu malam tersebut dengan amalan dan ibadah kepada Allah SWT Kami menyedut kiriman doa ini untuk jadi panduan untuk tahun tahun mendatang jika dizinkan Allah insyaaAllah DOA MALAM NUZU...
Hampir Tiba Di Penghujung Ini Amalan Soleh Malam Malam Terakhir Bulan Ramadhan

Hampir Tiba Di Penghujung Ini Amalan Soleh Malam Malam Terakhir Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 402 hits
Menurutr memburu Lailatul Qadr yang merupakan sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan adalah satu perbuatan yang dituntut Memperbanyakkan amalan soleh terutama di malam malam terakhir Ramadan adalah digalakkan untuk kita melakukannya...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator