Bila Tun M Bersuara
Kebelakangan ini semakin menjadi-jadi Tun 'M' mengkritik Perdana Menteri. Jikalaulah ianya sebuah lautan, pastinya ia tidak akan bertepi. Setiap tindakan DS Najib segalanya dipandang buruk. Semuanya salah belaka
Pada peringkat awal, saya menyangka ianya umpama teguran seorang ayah terhadap anaknya, bagaikan pepatah melayu; sayangkan anak, tangan-tangankan. Namun semakin lama ianya kelihatan semakin kasar bahkan, bapa tiripun tidak melayan anak tirinya sekasar ini
Keadaan dihangatkan lagi oleh juak-juaknya yang digelar 'blogger elite' yang setiap hari membawa berita yang memberi kesan buruk kepada DS Najib. Kita tidak usah tanya kenapa mereka beria-ia benar menghentam DS Najib kerana pasti ada sesuatu yang akan mereka dapati kelak. Mana lagi ada perjuangan yang benar-benar ikhlas selain dari mengharapkan balasan atau ini adalah kerana membalas jasa atau mengenang budi. Membayar kembali apa yang sudah diterima dahulu
Tidak peduli apa alasan sekalipun, apa yang Tun 'M' lakukan ini bukan setakat merosakkan DS Najib sahaja bahkan ianya akan memusnahkan UMNO itu sendiri. Soalnya kenapakah Tun 'M' sanggup melakukan demikian untuk memberi tekanan supaya DS Najib berundur
Apakah agenda sebenar Tun 'M' yang kita semua tidak ketahui? Apakah hanya dengan berundurnya DS Najib UMNO dan kerajaan akan kekal dan stabil? Begitu saja tanpa perlu melakukan apa-apa selain itu? Apakah sedemikian mudah membaiki segala kerosakan yang telah dilakukan selama ini
Tiada siapa yang dapat melihat dan memastikan masa depan...apa yang akan terjadi nanti, hatta 'Nujum Pak Belalang' pun tidak dapat meneka apa 'didalam tangan' Tun 'M'. Bagaimanapun, apabila Tun 'M' sudah bersuara, DAP dan pembangkang pun bolehlah menari dan bergembira kerana segala tugas-tugas mereka akan dilakukan oleh Tun 'M'
Mungkin Tun 'M' mudah lupa dan sudah lupa bahawa musuh kita tidak pernah leka dan akan mengambil kesempatan pada bila-bila masa saja. Politikus yang jadi tikus
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://braveheart-blogger.blogspot.com/2015/05/bila-tun-m-bersuara.html