Isteri Jangan Kedekut Doakan Suami Itulah Sumber Utama Rezeki Meriah Hidup Bahagia


Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT. Kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki. Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga. Jika tidak dapat bantu banyak, sekurang-kurangnya bersolatlah. Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki, sebenarnya amalan ini sangat membantu.

Artikel Menarik: [Kentut Depan Isteri, Suami Macam Ni Cukup Sayangkan Keluarganya!]
Lihatlah sendiri, ketika sebelum mendirikan solat dhuha, rezeki suami mencukupi, tetapi tidak lebih. Sekadar yang ada. Ada masanya mungkin berkurangan pula. Tetapi apabila seorang isteri itu mendoakan suaminya ketika dalam solat dhuha, datang pula rezeki lain tanpa diduga. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit tetapi lebih daripada itu. Jika dilihat kebaikan mendirikan solat dhuha, ia rupanya sama seperti memberi 360 sedekah.
“Setiap pagi, setiap anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.” (HR. Muslim).

Betapa besarnya kebaikan mendirikan solat dhuha. Selain hadis itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan janji Allah SWT untuk menambah rezeki seseorang itu jika dia mendirikan solat dhuha.
Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad)
Bukan susah, hanya dengan mendirikan solat dhuha dan mengadu semua hal kepada-Nya, anda dapat membantu suami. Pengorbanan ini tidak perlu dihebah-hebah, cukup sekadara Allah SWT menilai dan menganugerahkan kesenangan kepada anda sekeluarga. Jika tidak sempat untuk solat dhuha hari ini, mula jadikan ia amalan harian mulai esok. Semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kebaikan sentiasa.

Artikel Menarik: [Minta Maaf Lepas Solat Bersama. Buat Suami Isteri Sedar, Saling Memerlukan]
Sebagai seorang isteri, anda boleh mendoakan suami setiap masa dan di mana sahaja. Ia tidak mengambil masa yang lama, tetapi jika dilakukan secara ikhlas untuk kebaikan suami, dengan izin-Nya pasti pintu rezekinya diperluaskan. Berikut senarai doa dari isteri buat suami yang boleh anda pratikkan, mengikut perkongsian dari saudari.com:
Doa 1
Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Doa 2
Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang.
Doa 3
Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
Artikel Menarik: [Suami ‘Ikat Ketat’ Tak Lepas, Kalau 13 Perkara Ni Isteri Buat Untuknya]
Doa 4
Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Doa 5
Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.
Doa 6
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu.
Doa 7
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi buruk (HR. Ibn as-Sani)

Doa 8
Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku.
Doa 9
Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Doa 10
Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
Doa 11
Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang.
Doa 12
Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar.
Doa 13
Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalanMU yang lurus.
Doa 14
Ya Allah Ya Rabb.. Segala Puji bagiMu, yang telah mempertemukan kami dengan RamadhanMu.. Semoga kami bertemu RamadhanMu selanjutnya.
Doa 15
Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu
Doa 16
Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.
 
 
 
The post Isteri Jangan ‘Kedekut’ Doakan Suami. Itulah Sumber Utama Rezeki Meriah, Hidup Bahagia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-jangan-kedekut-doakan-suami-itulah-sumber-utama-rezeki-meriah-hidup-bahagia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Hidup Jadi Berkat Dan Rezeki Sentiasa Mencurah Curah Jangan Suka Suka Sakitkan Hati Isteri

Nak Hidup Jadi Berkat Dan Rezeki Sentiasa Mencurah Curah Jangan Suka Suka Sakitkan Hati Isteri

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 347 hits
Gambar HiasanInsan bernama isteri ini adalah makhluk yang perlu dimuliakan Bukan dengan sengaja untuk menyakitkan hatinya Hidup boleh jadi tak berkat dan tidak dimurahkan rezekinya jika ada niat begitu Ini dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew yang ...
Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 1091 hits
Biasanya lelaki akan memakai cincin kahwin ketika awal awal perkahwinan Namun selepas beberapa bulan tak ramai yang meneruskan pemakaian cincin kahwin kerana rasa kurang selesa Namun tahukah anda dengan memakai cincin kahwin rupanya boleh b...
Guys Tolong Jangan Jadi Seperti Aa Lelaki Ini Beri Teguran Dan Ingatkan Para Suami Hargai Isteri

Guys Tolong Jangan Jadi Seperti Aa Lelaki Ini Beri Teguran Dan Ingatkan Para Suami Hargai Isteri

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 431 hits
Guys tolong jangan jadi macam AA Isteri tengah sakit berpantang dia keluar bersama perempuan lain Bila kantoi ringan pula tangan dia Amboi amboi amboi Cantik perangai kau jantan Telefon yang sebelum ini bersayang sayang dengan isteri hari i...
Jangan Balik Kalau Tak Ada Hasil Isteri Marah Suami Oku Kerana Gagal Mengemis

Jangan Balik Kalau Tak Ada Hasil Isteri Marah Suami Oku Kerana Gagal Mengemis

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 532 hits
The ReporterMalang nasib seorang lelaki orang kurang upaya bukan sahaja dipaksa menjadi pengemis malah dimarahi isterinya apabila dia tidak berjaya memperoleh sebarang hasil Menurut sumber yang memuat naik video dan gambar kejadian pada 23 ...
Lepas Ada Anak Lelaki Suami Bukan Lagi Boyfriend Isteri Jangan Cemburu

Lepas Ada Anak Lelaki Suami Bukan Lagi Boyfriend Isteri Jangan Cemburu

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 399 hits
Suami isteri yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki zuriat sendiri Tidak kisahlah jantina anak asalkan bayi sihat sudah membuatkan kehidupan ibu ayahnya bahagia Kebanyakan pasangan mengharapkan untuk mempunyai anak sulung lela...
Punca Rezeki Datang Mencurah Curah Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

Punca Rezeki Datang Mencurah Curah Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 515 hits
Gambar Sekadar HiasanBila masuk bab suap menyuap ni rasa kita kali terakhir makan suap menyuap adalah sewaktu makan beradab Selepas itu tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan malu Malu orang nampak malu anak ...
Layanlah Isteri Bercakap Jangan Buat Tak Dengar Suami Dengar Je Dah Sejuk Hati

Layanlah Isteri Bercakap Jangan Buat Tak Dengar Suami Dengar Je Dah Sejuk Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 631 hits
Hidup berumah tangga ada pasang surutnya Sesekali kita perlu menerima tetapi ada waktunya kita harus memberi Bukan isteri sahaja bahkan suami pun harus berusaha sama sama untuk mencipta rumah tangga yang harmoni Kenalah saling bekerjasama d...
Hargailah Isteri Yang Selalu Membebel Tanpa Dia Sunyilah Hidup Suami

Hargailah Isteri Yang Selalu Membebel Tanpa Dia Sunyilah Hidup Suami

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 391 hits
Selalunya banyak rungutan diterima oleh suami isteri suka membebel Memang betul bila isteri membebel beri rasa tak senang tapi ingat ya isteri membebel bukan saja saja Ada sebabnya Orang lelaki pun kena faham jika ada sesuatu perkara yang i...
Jangan Biar Isteri Uruskan Semua Hal Suami Pun Kena Take Part

Jangan Biar Isteri Uruskan Semua Hal Suami Pun Kena Take Part

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 521 hits
Suami isteri ditakdirkan untuk menjadi pelengkap antara satu sama lain Sesuatu hubungan yang bahagia tidak perlu dinilai dengan kemewahan material semata mata tetapi jumlah perhatian yang diberikan kepada pasangan kita Sebagai suami contohn...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Reaching Out

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor

Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul