Bila Ringgit Malaysia Jatuh
Bismillah
Minyak naik beban buat rakyat. Manakan tidak minyak adalah ibu kepada bahan keperluan. Jadi bila minyak naik, barangan lain akan turut naik juga dan kita pula akan naik minyak! Sampai keluar asap kat telinga.. Kekeke.
Tambahan lagi bila duit kita jatuh (biasanya orang buat perbandingan dengan US Dollar) beban buat rakyat bertambah parah. Nak ke luar negeri pun terasa bila membuat pertukaran matawang. Habis tu ada tak caranya untuk kita ke luar negara? Ada. Solusinya ialah dengan membawa jongkong emas... Hehehe
Saya taknak cerita pasal jongkong emas, bagaimana nak save duit untuk melancong ke apa.. Sekarang saya nak berikan tips bagaimana kita boleh dapat wang dan lebih membawa keuntungan.
Bila Ringgit Malaysia jatuh, yang pertama kita kena berniaga. Bagi yang dah berniaga tu ok. Yang kedua adalah ceburi bidang perniagaan internet atau bisnes online. Itu salah satu solusinya. Dan yang ketiga, kita nak untung lebih banyak adalah berniaga dengan orang putih. Iaitu contohnya ialah dengan menggunakan matawang US Dollar
Bagaimana
Saya bagi contoh dan beberapa idea
Apa produk keluaran Malaysia? Salah satunya adalah baju batik. So, anda jual baju batik, scarf batik ke, tai batik ke apa-apalah ikut idea anda. Kemudian. Anda buat satu blog yang percuma seperti blogger blogspot ni atau model blog jenis shopping cart. Sebab apa blogspot? Sebab ia pecuma. Tapi yang lebih baik adalah membeli domain dan hosting dan dapatkan templat khusus seperti opencart.
Templat blogspot ada saya sediakan di www.j-reka.com. Bila kita pasarkan sesuatu produk yang tidak ada dipasaran antarabangsa dan produk itu menarik dan lain dari yang lain, omputih akan cukup suka. Kita dapat jual kat mereka, kita dapat keuntungan yang lebih bagus kerana kita berurusan dengan mereka dari negara luar yang mempunyai nilai matawang lebih tinggi berbanding matawang kita. Betul tak
Selain dari menjual di blog, kat mana lagi yang boleh kita menjual produk kita kepada orang luar negara
Banyak lagi medium untuk kita menjual produk kita. Takpe kalau english kita kurang bagus. Yang penting mereka faham maksud kita. Kalau ada modal, kita upah orang untuk translate bahasa kita ke bahasa inggeris jika kita buat website atau blog jualan antarabangsa. Elakkan dari menggunakan Google Translate melainkan kalau sudah terpaksa dan berasa yakin dengan penggunaaan ayat darinya.
Jadi kita boleh menjual di laman sosial seperti facebook, di forum online antarabangsa, di medium khusus jualan seperti di ebay dan kalau produk kita nilainya dalam anggaran tidak lebih RM30 kita boleh menjual contohnya di fiverr
Walau bagaimanapun sebelum menjual kita perlu ada ilmu berkenaan tempat-tempat yang saya beritahu tadi. Sebab yang pertama mereka ada peraturan-peraturan tertentu yang mesti kita ikut. Yang kedua adab kita. Macam kita berkunjung ke rumah orang lain, ada ke kita terus masuk tanpa ketuk pintu ke, tanpa memberi salam ke, lepas tu terus-terus je masuk. Nak kena terajang apa? hehe.
So, kena belajar dulu semua tu. Tak lama pun untuk kita faham dan dapat terus menjual. Apa-apa hal pun setakat itu sahajalah dulu tips dari saya semoga ia bermanfaat..
Adios
JOM! BELAJAR TEKNIK BISNES KEJAYAAN
Jika anda berminat untuk membuat bisnes atau anda pernah GAGAL dalam bisnes anda, saya rekomen anda untuk belajar dengan saya melalui Personal Coaching secara online atau offline. Lebih pantas untuk anda mencapai kejayaan anda In sha Allah.
>>KLIK DI SINI<<
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2015/07/bila-ringgit-malaysia-jatuh.html