Bila Mahathir Mahu Undur Nampaknya Ramai Yang Menggelupur



Semalam, Tun Mahathir Mohamad tanpa berselindung menyatakan kesediaannya untuk berundur dengan serta-merta jika itu yang dikehendaki oleh Majlis Presiden PH.
Kata beliau, kedudukannya adalah ditentukan oleh empat parti dalam PH dan beliau akur dengan apa jua ketetapan Majlis Presiden mengenai dirinya.
“Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur,” katanya.
Pendirian itu dinyatakan oleh Tun Mahathir di ketika desakan semakin kuat menderu agar beliau menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim pada Mei 2020 ini.
Dalam pada itu, rata-rata orangramai mengalu-alukan kenyataan Tun Mahathir mahu berundur itu kerana ia dianggap langkah terpuji olehnya bagi memastikan PH terus stabil dan tidak berpecah.
Kata mereka, memandangkan Tun Mahathir sudah berusia 94 tahun dan beliau pun menjadi Perdana Menteri untuk kali yang kedua, keinginannya untuk berundur itu adalah tindakan tepat ke arah memastikan peralihan kuasa kepada Anwar berjalan dengan aman, tertib serta teratur.
Begitu pun, tidak kurang yang melihat kesediaan mahu berundur itu kerana Tun Mahathir dikatakan akhirnya lebih memilih jalan damai dalam meniti sisa-sisa hujung usianya dan untuk memastikan nama serta legasinya terus terpelihara, disanjung dan dihormati selepas ketiadaannya nanti.
Siapa pun seseorang itu, lebih-lebih lagi bagi yang beragama Islam, memilih jalan yang membolehkan namanya lebih dihormati sebelum menemui detik kematian dan untuk meninggalkan nama yang baik adalah sesuatu yang normal dan biasa sebenarnya.
Seboleh mungkin, semenangnya semua orang mahu mengakhiri kehidupan masing-masing dalam zon kemaafan dan namanya boleh dikenang dengan baik oleh kawan-kawan, saudara-mara serta kenalan di sepanjang zaman.
Begitu juga dengan Tun Mahathir, beliau ketika ini boleh dianggap menghirup udara kehidupan dalam usia bonus tambahan yang jarang dinikmati oleh insan-insan lain.
Meskipun ajal maut di tangan Tuhan, mustahil dalam usianya sekarang Tun Mahathir lebih memilih jalan gaduh dan berkelahi, walhal jalan aman serta damai yang membolehkan nama, legasi dan keluarganya hidup sejahtera selepas ketiadaannya lebih terbentang luas untuk dijadikan pilihan.
Lantaran itu, bagi mereka yang normal, keinginan Tun Mahathir mahu berundur itu semestinya dipuji dan disokong kerana ia adalah pilihan terbaik bagi dirinya.
Bagaimanapun, sejak semalam, pendirian terbaru Tun Mahathir itu membuatkan segelintir pihak tertentu yang kebanyakannya merupakan pentaksub dan pengampunya tiba-tiba jadi menggelupur tak tentu hala.
Turut jadi resah dan tak keruan ialah daripada kalangan Bersatu sendiri yang seolah-olah berkehendakan Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sampai mati.
Terdapat juga di kalangan mereka yang berlagak bagaikan pakar politik dan tak semena-mena menitipkan pelbagai idea serta keperluan untuk dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum pengundurannya dengan harapan beliau sedia memikir semula keinginannya untuk berundur itu.
Semua mereka ini kelihatan tiba-tiba jadi panik, tak keruan, mengecam dan menyalahkan sana sini serta merasakan seperti dunia akan kiamat dengan ketiadaan Tun Mahathir di kerusi Perdana Menteri.
Sebenarnya inilah masalahnya bila terlalu taksub dan fanatik kepada batang tubuh seseorang, bukan kepada sesuatu perjuangan.
Seharusnya mereka sedar, yang lebih penting dipertahankan ialah perjuangan PH itu sendiri dan kedudukannya sebagai kerajaan berbanding menumpahkan ketaksuban kepada mana-mana individu.
Dalam konteks ini, keinginan terhadap Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir tidak sesekali disebabkan kerana taksub kepada batang tubuhnya, tetapi kerana perjuangan dan asas reformasi yang dinyalakannya sejak 1998 lagi.
Tanpa reformasi yang dimulakan oleh Anwar, perubahan kerajaan dan menumbangkan BN boleh dikata mustahil dapat dilakukan.
Lantaran itu, jangan taksub kepada Anwar, tetapi taksublah kepada asas perjuangan dan pengorbanan yang telah dibinanya.
Lagi pula, terlalu taksub kepada Tun Mahathir dan menolak Anwar sebagai pengganti Perdana Menteri selepasnya hanya akan memberi ruang semula kepada perpecahan PH, seterusnya membuka laluan kepada UMNO dan BN yang sudah kenyang selama 60 tahun dan kemudian lapar selama 5 tahun, untuk kembali semula melanun kuasa dalam PRU15 akan datang.
Meski Anwar sudah dinamakan sebagai pengganti Perdana Menteri dan jika beliau dapat lebih awal menduduki kerusi itu, yang penting di sini ialah kerajaan yang mentadbir negara masih lagi merupakan kerajaan PH yang didalamnya ada PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta juga Warisan.
Atas semangat perkongsian kuasa PH, sebagaimana Tun Mahathir diterima sebagai Perdana Menteri, apakah bezanya menerima Anwar sebagai penggantinya, melainkan di dalam hati tersimpan daulah terpendam mahukan BN berkuasa semula? (ShahbudinHusin 15/01/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/bila-mahathir-mahu-undur-nampaknya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Mahathir Utus Surat Minta Maszlee Undur

Laporan Mahathir Utus Surat Minta Maszlee Undur

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 355 hits
BERITATiga hari selepas mengembalikan semula jawatan menteri pendidikan kepada Dr Mahathir Mohamad muncul laporan mendakwa langkah diambil Dr Maszlee Malik itu berpunca daripada kehendak perdana menteri Tindakan tersebut lapor portal The Ma...
Ketua Pemuda Pkr Gesa Mahathir Undur

Ketua Pemuda Pkr Gesa Mahathir Undur

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 523 hits
Pemuda PKR gesa peralihan kuasa PM contohi pengunduran Maszlee Osman Pemuda PKR berkata peralihan kuasa bagi jawatan perdana menteri ke 8 kepada Presidennya Anwar Ibrahim boleh berlaku dengan harmoni seperti yang ditunjukkan dalam kes mente...
Dr Mahathir Adalah Perdana Menteri Lame Duck

Dr Mahathir Adalah Perdana Menteri Lame Duck

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 222 hits
Dahulu Barisan Nasional mempunyai lebih dari dua pertiga kerusi di Parlimen dan Umno yang juga parti kepada Perdana Menteri mempunyai lebih kurang 100 dari kerusi itu Sekarang ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa bergantung ...
Sering Ingkar Arahan Punca Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet

Sering Ingkar Arahan Punca Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 550 hits
Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik didakwa disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet Menurut laporan The Malaysian Insight sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Perdana Menteri Tun Dr Maha...
Many Aspects Of Vision 2020 Have Been Achieved Says Mahathir

Many Aspects Of Vision 2020 Have Been Achieved Says Mahathir

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 245 hits
Although Vision 2020 did not fully achieve what was planned Malaysia has made a lot of progress following the launch of the vision in 1991 Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said Although we did not fully realise the vision we have to a cer...
Jangan Trial And Error Ganti Anwar Dengan Mahathir

Jangan Trial And Error Ganti Anwar Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 219 hits
Jangan buat testing testing anwar jadi PM ni ok ke tidak Seperti kata macai sebelah sana jangan kena dua kali kencing Yang ada jawatan membisu yang tak ada jawatan mengeletek hari hari ikhlas ke atau sebab sendiri tak ada jawatan
Dr Maszlee Malik Percaturan Politik Dr Mahathir

Dr Maszlee Malik Percaturan Politik Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 313 hits
1 Sekarang saya boleh dedahkan beberapa perkara penting yang saya rahsiakan selama ini susulan peletakan jawatan YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik semalam 2 Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kembali menulis dan menegur dasar das...
Debaran Menanti Pengumuman Dr Mahathir

Debaran Menanti Pengumuman Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 230 hits
SUSUPAN MALAMSAAT saya menukil catatan ini mungkin Dr Mahathir Mohamad sudah pun ada nama yang hendak diumumkan esok sebagai pengganti Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan Maszlee telah meletak jawatan pada 2 Januari lepas Dr Mahathir m...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri