Dr Maszlee Malik Percaturan Politik Dr Mahathir




1. Sekarang saya boleh dedahkan beberapa perkara penting yang saya rahsiakan selama ini susulan peletakan jawatan YB Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik semalam. 

2. Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kembali menulis dan menegur dasar-dasar kerajaan selepas diarahkan untuk tidak lagi menulis isu politik yang sensitif pada tahun lepas. 

3. Jika ada yang masih ingat, saya diberi arahan sedemikian selepas menegur tindakan kerajaan Pakatan dalam isu penjualan aset negara secara besar-besaran tanpa digantikan dengan sebarang pelaburan pembelian aset baru yang kredibel (hingga ke hari ini).

4. Selama ini saya mengambil pendirian untuk tidak mengampu atau memuji-muji kerajaan Pakatan sama sekali kerana pertimbangan konflik kepentingan – terutama sekali Dr. Maszlee Malik kerana beliau adalah dikira sebagai merangkap ‘bos’ saya selaku Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  

5. Sebaliknya, saya memilih untuk menegur kerajaan dengan tegas – dengan harapan supaya kepentingan Islam, negara, dan rakyat dipelihara semaksimum yang mungkin oleh para Menteri dan seluruh ahli Kabinet – termasuklah Dr. Maszlee sendiri.

6. Tentulah saya tidak sangka selepas 10 tahun berkhidmat di UKM akhirnya saya dikenakan larangan sedemikian rupa – hanya semata-mata kerana tekanan oleh segelintir ‘Penasihat’ yang cukup berpengaruh.  Saya tidak akan lupa bagaimana para Ulama seperti Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Idris Ahmad dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tampil membela saya ketika itu.

7. Namun begitu, arahan larangan ke atas saya daripada menulis isu politik yang sensitif itu kemudiannya telah terbatal dengan pendirian Dr. Maszlee Malik yang menegaskan kebebasan kami para ahli akademik. 

8. Malah, Dr. Maszlee ketika itu menegaskan tentang usaha beliau dan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan pindaan terhadap Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605.

9. Di sebalik tekanan daripada ‘Penasihat’ tertentu, beliau tetap mempertahankan saya – bahkan hingga ke dalam Mesyuarat Kabinet.

10. Dr. Maszlee juga bersama-sama pentadbiran UKM telah bertindak untuk memastikan bahawa saya tidak dikenakan sebarang tindakan semata-mata kerana teguran saya ketika itu.

11. Jasa Dr. Maszlee ini – dengan doa sokongan rakan-rakan dan para ulama seperti Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Idris Ahmad – telah membolehkan saya untuk kembali menulis dengan kritis tentang isu-isu politik semasa – sesuai dengan posisi saya sebagai Pensyarah Program Sains Politik.

12. Berkenaan isu terkini, saya juga dihujani pertanyaan yang tidak henti-henti sejak semalam tentang keputusan Dr. Maszlee Malik memulangkan semula jawatan Menteri Pendidikan selepas dinasihati YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

13. Keputusan ini tentulah mengejutkan dan mengecewakan jutaan pelajar, guru, dan ibu bapa di seluruh negara kerana faktanya jelas bahawa Dr. Maszlee Malik merupakan Menteri yang terbaik dalam kerajaan hari ini.

14. Data dan fakta jelas menunjukkan bahawa dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Dr. Maszlee benar-benar memberi impak langsung kepada golongan berpendapatan pertengahan dan rendah, menyediakan anak-anak kita untuk persaingan di pentas global pada masa hadapan, di samping tegas dalam isu Melayu-Islam sebagai teras pembangunan negara bangsa kita.  

15. Anak-anak kita dilengkapi kemahiran belajar ‘coding’ dan ‘programming’, tiada lagi pemisahan ekstrem aliran Sains dan Sastera, pemerkasaan sekolah agama dan tahfiz, TVET, berpeluang untuk menikmati sarapan percuma, penyamarataan peluang kepada anak-anak B40, pembebasan tekanan murid darjah 1 hingga 3 daripada peperiksaan, dan sebagainya.  

16. Itu belum lagi keringanan beban para guru seperti penghapusan pengisian kehadiran manual dan pertukaran guru secara suka sama suka.  Semua ini beliau lakukan dalam keadaan terpaksa berhadapan dengan tekanan ekstremis yang berpengaruh di dalam dan di luar kerajaan.

17. Tentulah ramai yang mempersoalkan mengapa Dr. Maszlee Malik yang ‘dinasihati’ (baca: dipecat) oleh Tun Mahathir?  Bukankah ada ramai lagi menteri lain yang jauh lebih buruk dari segi pencapaian berbanding beliau?  

18. Dan mengapa pula beliau akur menuruti ‘nasihat’ Tun Mahathir itu?  Mengapa Dr. Maszlee tetap setia dengan ‘Ayahanda Tun’ dan ‘Parti Bersatu’?  Mengapa tidak beliau melawan, pertahankan kedudukan selaku Menteri Pendidikan dan lancarkan gerakan ‘Reformasi’ seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim lakukan dahulu?

19. Jawapannya tidak lain tidak bukan: kerana kuasa politik.  Tun Mahathir tidak perlukan seorang Menteri Pendidikan yang tidak mampu untuk dikawal.  Dr. Maszlee bebas daripada sebarang prestasi buruk ketika memegang jawatan apatah lagi rekod anasir rasuah mahu pun salah laku – sekali gus menjadikan beliau tidak mudah dikawal.  

20. Akibatnya, Dr. Maszlee tidak mudah tunduk pada desakan rakan Pakatan yang tidak berkongsi aspirasi beliau dan juga orientasi Melayu-Islam.  Contohnya seperti dalam isu Jawi mahu pun dalam isu kontrak projek 1Bestarinet dari YTL Communications yang berjumlah keseluruhan RM4 bilion yang ditukar kepada Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad, dan Maxis Broadband Sdn Bhd.  Kesemua isu ini disebut sendiri oleh Dr. Maszlee ketika sidang media khas semalam.

21. Dr. Maszlee juga jelas berusaha menempatkan rakan-rakan beliau dari IKRAM – yang juga meski pun layak dari segi kepakaran – ke posisi yang strategik untuk jangka panjang.  Langkah sebegini menimbulkan kebimbangan yang amat sangat kepada para ‘hulubalang’ parti Bersatu yang bukan IKRAM.  

22. Tambahan pula, langkah ini menimbulkan kecurigaan dari segi kesetiaan Dr. Maszlee kepada Tun Mahathir – adakah beliau akan menyokong Tun Mahathir atau Datuk Seri Anwar Ibrahim jika pertembungan meletus kembali antara dua seteru lama itu?  Dalam keadaan Dr. Maszlee tiada tekanan rekod rasuah dan berimej Islamik, kemungkinan beliau tidak akan terikat untuk memberi sokongan kepada Tun Mahathir dan berpotensi untuk menyokong peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

23. Pada sisi yang lain, Kementerian Pendidikan merupakan kementerian yang memiliki peruntukan kewangan yang terbesar – Dr. Maszlee boleh diganti oleh Tun Mahathir dengan mana-mana pemimpin Bersatu bekas ahli UMNO.  

24. Langkah ini akan memberi isyarat ‘menarik’ kepada ahli-ahli Parlimen UMNO-BN sekiranya mereka bersedia untuk memberi sokongan kepada Tun Mahathir dalam pertembungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.  

25. Sasaran utama isyarat ini pastilah kepada 21 ahli Parlimen UMNO-BN yang menghadiri pertemuan sulit bersama Datuk Seri Azmin Ali di kediaman beliau tahun lalu.  Begitu juga buat para ahli parlimen PKR yang tidak semestinya setia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

26. Begitu juga tindakan Tun Mahathir ini memberi isyarat bahawa beliau tidak teragak-agak untuk memecat mana-mana ahli kabinet saat ini yang tidak setia dengan beliau.

27. Pastinya, sebagai seorang manusia biasa, Dr. Maszlee Malik tidak maksum.  Namun begitu, tugas yang telah beliau laksanakan benar-benar memberi impak yang positif buat berjuta warga pendidik di seluruh negara sepanjang 600 hari yang lalu.  Terima kasih Dr. Maszlee.

Semoga Allah peliharakan Dr. Maszlee Malik sekeluarga. 

Semoga Allah peliharakan sistem pendidikan kita.

Semoga Allah peliharakan kestabilan politik negara kita.

Amin Ya Rabb.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/dr-maszlee-malik-percaturan-politik-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 719 hits
MENTERI Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik sebentar tadi membuat pengumuman rasmi meletak jawatan berkuatkuasa 3 Januari 2020 Dalam pengumuman sidang media khas yang dihadiri oleh ramai wartawan itu Dr Maszlee memberitahu keputusan itu di...
Sering Ingkar Arahan Punca Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet

Sering Ingkar Arahan Punca Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 556 hits
Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik didakwa disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet Menurut laporan The Malaysian Insight sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Perdana Menteri Tun Dr Maha...
Berhentilah Berbohong Maszlee Malik Kau Memang Dipecat Dan Dihina Oleh Mahathir Serta Parti Kau Sendiri

Berhentilah Berbohong Maszlee Malik Kau Memang Dipecat Dan Dihina Oleh Mahathir Serta Parti Kau Sendiri

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 1396 hits
Para penyokong Maszlee Malik terus melakukan propaganda untuk memuliakan Maszlee Malik Atau dalam bahasa yang lebih mulus untuk mensucikan Maszlee Malik selepas bekas Menteri Pendidikan itu dimalukan kerana dipaksa meletak jawatan oleh Dr M...
Usik Kepentingan Dan Keuntungan Kroni Mahathir Padahlah Jawabnya Itu Yang Maszlee Malik Terima

Usik Kepentingan Dan Keuntungan Kroni Mahathir Padahlah Jawabnya Itu Yang Maszlee Malik Terima

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 376 hits
Sekarang ini tular di media sosial tentang petisyen yang meminta agar Maszlee Malik dikekalkan atau Mahathir kembali menyerahkan jawatan Menteri Pendidikan kepada Maszlee Malik yang melepaskan jawatan atas nasihat Perdana Menteri petang sem...
Politik Mahathir Telah Meletakan Maszlee Orang Ketiga Penting Bersatu Selepas Muhyiddin Dan Mukhriz

Politik Mahathir Telah Meletakan Maszlee Orang Ketiga Penting Bersatu Selepas Muhyiddin Dan Mukhriz

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 411 hits
Tiada ramai nampak kebaikannya sebelum letak jawatan tetapi terserlah selepas berundur Mahathir Muhyiddin Mukhriz Maszlee Malaysia POLITIK MAHATHIR TELAH MELETAKAN MASZLEE ORANG KETIGA PENTING BERSATU SELEPAS MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ sekaligus...
Spekulasi Mukhriz Mahathir Ganti Maszlee Malik Tidak Benar Rupanya Mahathir Mohamad Sebagai Pengganti

Spekulasi Mukhriz Mahathir Ganti Maszlee Malik Tidak Benar Rupanya Mahathir Mohamad Sebagai Pengganti

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 373 hits
Sumber gambar dari Astro AwaniInfo terkini yang Ohmedia dapat Tun Mahathir kini memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas jawatan berkenaan kosong ditnggalkan oleh Maszlee Malik Dipetik dari Sinar Harian menurut Pejabat Perdana Menteri pe...
Kenangan Terakhir Maszlee Malik Sebelum Lepaskan Jawatan Menteri Kpm

Kenangan Terakhir Maszlee Malik Sebelum Lepaskan Jawatan Menteri Kpm

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 402 hits
Kenangan Terakhir Maszlee Malik Sebelum Lepaskan Jawatan Menteri KPMKenangan Terakhir Maszlee Malik Sebelum Lepaskan Jawatan Menteri KPM
Dr Maszlee Catur Politik Dr M Menurut Abd Muein

Dr Maszlee Catur Politik Dr M Menurut Abd Muein

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 372 hits
Dr Maszlee Malik dan percaturan politik Tun MSEKARANG saya boleh dedahkan beberapa perkara penting yang saya rahsiakan selama ini susulan peletakan jawatan YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik semalam Ramai yang bertanya bagaimana saya bo...
Rakyat Simpang Renggam Sambut Kepulangan Maszlee Malik

Rakyat Simpang Renggam Sambut Kepulangan Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 441 hits
Bekas Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik hari ini pulang ke tempat asalnya di Simpang Renggam Menerusi satu hantaran di media sosialnya Dr Maszlee mengucapkan terima kasih kepada rakyat Simpang Renggam kerana menyambut kepulangannya hari in...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba