Debaran Menanti Pengumuman Dr Mahathir


SUSUPAN MALAM

SAAT saya menukil catatan ini mungkin Dr Mahathir Mohamad sudah pun ada nama yang hendak diumumkan esok sebagai pengganti Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan. Maszlee telah meletak jawatan pada 2 Januari lepas.

Dr Mahathir menerima peletakan jawatan Maszlee itu yang dibuat atas kehendak perdana menteri itu juga. Serentak itu kata Dr Mahathir beliau akan mengumumkan pengganti Maszlee sedikit masa lagi.

Masa yang dimaksudkan itu esok, Isnin. Jadi esok ramai orang menunggu-nunggu pengumuman daripada Dr Mahathir.

Sementara menanti nama pengganti Maszlee diumumkan Dr Mahathir, timbul berbagai spekulasi berupa lobi melobi. Ada beberapa nama disebut sebagai penggantinya. Macam-macam nama dan ulasan diberikan. Tidak perlu disebut ulang di sini nama-nama yang diperkatakan itu.

Apa yang masih menjadi tanda tanya apakah sempena pengumuman nama pengganti Maszlee itu turut sama disebut nama-nama lain atau pun berlaku pertukaran portfolio? Kalau sempena dengan pengumuman nama pengganti Maszlee itu berlaku rombakan kabinet ia sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian esok. Kalau tidak ada, ia perkara biasa sahaja, kes Maszlee itu bak angin lalu sahaja dan ia tidak menarik isu yang menggemparkan.

Bagaimana pun bagi saya, saya percaya esok atau lusa atau dalam masa terdekat Dr Mahathir hanya mengumumkan pengganti Maszlee sahaja. Tidak ada keperluan untuk Dr Mahathir membuat rombakan besar-besaran memandangkan tidak ada keperluan buat dirinya. Jeritan dan permintaan di luar tidak akan dipedulikan.

Melainkan kalau esok belum ada pengumuman ia menampakkan akan ada rombakan kabinet seperti diharapkan. Dr Mahathir boleh tangguh untuk umum nama menteri pendidikan baru dan ia akan dibuat bersama rombakan besar nanti.

Walaupun ada permintaan beliau merombak kabinet ekoran kekalahan calon PH di Tanjung Piai tetapi tidak mudah untuk Dr Mahathir melaksanakan desakan itu. Dr Mahathir suka dengan menteri kabinet yang ada kini kerana mereka boleh diharap menjadi penyambung tali hayatnya dengan kesetiaan masing-masing.

Dr Mahathir tahu para menteri menerima dan menghormati pelantikan mereka sebagai budi daripadanya.

Untuk memahami ini mudah sahaja kenapa Maszlee dikorbankan menjadi menteri pertama di nyahkan kerana ia sedikit menyusahkan perdana menteri itu. Pemecatan Dr Maszlee itu secara tidak langsung isyarat atau amaran kepada mana-mana menteri yang cuba bertindak diluar kehendak perdana menteri.

Dalam kata lain nasib diterima Maszlee itu sebagai notis peringatan daripada Dr Mahathir.

Katalah esok perdana menteri itu bercadang untuk melakukan rombakan kabinet, ada beberapa perkara yang beliau perlu berikan perhatian. Serentak dengan pengumuman pengganti Maszlee itu beliau perlu juga menilai dan memberi perhatian kepada kekosongan satu jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran kematian MP Tanjung Piai Md Fariq Mat Rafik.

Selain mengisi sama kekosongan ditinggalkan Allahyarham Md Fariq itu, kedudukan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Tahir yang kini keuzuran juga perlu diberi perhatian. Mungkin agak kejam untuk meminta Anuar Tahir berundur tetapi dengan keadaan beliau kini wajar kalau kerusi timbalan menteri itu diganti. Jangan bebankan Anuar dengan jawatan itu.

Apa yang penting semua pihak termasuk Dr Mahathir perlu melihat sesuatu jawatan itu bukan untuk individu tetapi untuk kebaikan kerajaan dan rakyat.

Apa dimaksudkan disini, serentak pengunduran Maszlee itu Anuar Tahir juga perlu berundur secara terhormat dan insaf, dan begitu juga mana-mana menteri menyedari keberadaan mereka di jawatan masing-masing yang tidak memberi perubahan kepada rakyat dan negara perlu berundur secara sukarela. Berdosa anda kalau terus memegang jawatan itu tetapi sumbanganya nol.

Kita membenci kepada diktator dan mereka yang berlapuk dengan kuasa tanpa melakukan perubahan, nah anda juga perlu mengambil sikap sama sebelum anda ditolak rakyat.

Jika pun tidak berundur, tetapi ikhlaslah diri dengan meminta Dr Mahathir menukar portfolio atau kementerian masing-masing yang termampu dan munasabah dipikul oleh anda.

Hal ini perlu dilihat sama oleh Dr Mahathir sesuai dengan aspirasi Majlis Presiden PH yang bersidang baru-baru ini yang mahu kabinet dirombak. Apakah Dr Mahathir akan melakukan itu sama, atau pun tidak? Kita tunggu sahaja esok sambil jangan mudah berasakan mustahil dengan apa-apa perubahan dalam politik. Dr Mahathir seorang yang bertindak diluar kotak fikiran umum.

Yang pastinya sebelum Dr Mahathir membuka mulut mengumumkan pengganti Maszlee ada menteri dan juga menteri yang berdebar dada dan tidak nyenyak tidur sejak peristiwa peletakan jawatan secara mengejut oleh Maszlee itu. [wm.kl.10: 43 pm 05/01/20]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/01/debaran-menanti-pengumuman-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2020 Is Here And Malaysians Still Struggling To Be Released From Mahathir S Poisonous Grasp

2020 Is Here And Malaysians Still Struggling To Be Released From Mahathir S Poisonous Grasp

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 275 hits
This old man he played one he played one nation for fools for years I m not sure about the knick knacks and paddy whacks but that nursery rhyme is playing in the back of my mind as I write this because as far as I am concerned Dr Mahathir M...
Dr Mahathir Hands Over Letter Of Appointment To New Chief Secretary To Government

Dr Mahathir Hands Over Letter Of Appointment To New Chief Secretary To Government

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 269 hits
Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad hands over the letter of appointment to the new Chief Secretary to the Government Datuk Seri Mohd Zuki Ali witnessed by former Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ismail Bakar right at Perda
Looking East Mahathir Shares A Cooperative Idea

Looking East Mahathir Shares A Cooperative Idea

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 196 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad 8211 Bernama file photo KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad has floated an idea about a successful cooperative village shop in Japan and said he wonders whether such an idea will work well in Malaysia Posting the st...
Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 713 hits
MENTERI Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik sebentar tadi membuat pengumuman rasmi meletak jawatan berkuatkuasa 3 Januari 2020 Dalam pengumuman sidang media khas yang dihadiri oleh ramai wartawan itu Dr Maszlee memberitahu keputusan itu di...
Vellfire Dan Accord Kontrak Milik Kroni Mahathir Atau Dap

Vellfire Dan Accord Kontrak Milik Kroni Mahathir Atau Dap

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 593 hits
Ramai yg marah bila kerajaan PH mahu guna duit rakyat untuk pakai Vellfire yang mahal lagi mewah dan Accord yang juga mahal dan mewah Lebih lebih lagi di saat kerajaan PH minta rakyat ikat perut jangan malas dan jangan boros sebagainya Tapi...
Dr Mahathir Saya Tidak Pernah Mimpi Lihat Putrajaya Berusia 25 Tahun

Dr Mahathir Saya Tidak Pernah Mimpi Lihat Putrajaya Berusia 25 Tahun

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 471 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah bermimpi untuk menyaksikan Putrajaya mencecah usia 25 tahun pada 2020 selepas melancarkan pusat pentadbiran Persekutuan itu pada 29 Ogos 1995 Berucap pada majlis pelancaran...
Dr Mahathir Tragic Greek Hero With A Flawed Character

Dr Mahathir Tragic Greek Hero With A Flawed Character

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 220 hits
As we head into the final stretch of 2019 the Malaysian news maker that has stolen the the headlines and the limelight for all the wrong reasons is Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad A friend commented as I wrote this article ...
2020 Still Waiting For Post Mahathir Malaysia

2020 Still Waiting For Post Mahathir Malaysia

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 302 hits
This old man he played one he played one nation for fools for years I m not sure about the knick knacks and paddy whacks but that nursery rhyme is playing in the back of my mind as I write this because as far as I am concerned Dr Mahathir M...
Dr Mahathir Hopes 2020 Brings Greater Prosperity To Malaysians

Dr Mahathir Hopes 2020 Brings Greater Prosperity To Malaysians

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 222 hits
Dr Mahathir Mohamad hopes that the year 2020 will bring greater happiness and prosperity to all in the country leaving behind 2019 with a host of bitter and sweet memories The prime minister said although there were concerns that something ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi