Ketua Pemuda Pkr Gesa Mahathir Undur


Pemuda PKR gesa peralihan kuasa PM contohi pengunduran Maszlee, Osman.

Pemuda PKR berkata peralihan kuasa bagi jawatan perdana menteri ke-8 kepada Presidennya, Anwar Ibrahim boleh berlaku dengan harmoni seperti yang ditunjukkan dalam kes menteri besar Johor dan menteri pendidikan.

“Kita seharusnya berterima kasih dan menghormati keputusan peletakan jawatan menteri pendidikan oleh Maszlee Malik dan sebelum ini jawatan menteri besar Johor oleh Osman Sapian.

“Pengalaman ini menunjukkan bahawa pertukaran boleh berlaku dengan baik dan harmoni dalam pentadbiran Pakatan Harapan,” kata Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir dalam satu kenyataan, hari ini.

Khamis lalu, Maszlee mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri Pendidikan berkuat kuasa semalam.

Katanya, beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, pada pertemuan pada hari yang sama mengumumannya.

Sementara itu, Osman pada April lalu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mahathir kemudian mengesahkan Osman menyerahkan surat peletakan jawatannya berkuat kuasa sehari sebelum pengumuman itu.

Mengulas lanjut, Akmal menggesa Majlis Presiden PH segera menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar pada Mei ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Johor Bahru berkata, PH mencapai persetujuan itu pada 6 Januari 2018 supaya peralihan kuasa berlaku dalam tempoh 2 tahun PH menjadi kerajaan di mana Mei ini genap tempoh tersebut.

“Persetujuan agar peralihan berlaku dalam tempoh 2 tahun PH menjadi kerajaan iaitu sejak Mei 2018 perlu diperincikan bagi menjamin kelangsungan agenda PH.

“Maka saya sarankan Sekretariat PH agar memastikan mesyuarat Majlis Presiden akan datang membuat ketetapan tarikh peralihan kuasa perdana menteri pada Mei 2020,” katanya.

Tarikh peralihan kuasa jawatan Mahathir kepada Anwar terus menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini susulan tempoh 2 tahun yang disebut-sebut sebelum ini hampir tamat.

Namun Anwar sebelum ini berkata beliau dijangka mengambil alih jawatan itu daripada Mahathir pada tahun ini namun tidak pasti tarikh yang tepat.

mykmu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2020/01/ketua-pemuda-pkr-gesa-mahathir-undur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Mahathir Utus Surat Minta Maszlee Undur

Laporan Mahathir Utus Surat Minta Maszlee Undur

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 488 hits
BERITATiga hari selepas mengembalikan semula jawatan menteri pendidikan kepada Dr Mahathir Mohamad muncul laporan mendakwa langkah diambil Dr Maszlee Malik itu berpunca daripada kehendak perdana menteri Tindakan tersebut lapor portal The Ma...
After Dividing Pkr Mahathir Now Divides Umno Again

After Dividing Pkr Mahathir Now Divides Umno Again

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 771 hits
So yes at the end of the day it will all boil down to race and religion But then this is politics and in love and war anything and everything is fair even race and religion politics There is no such thing as rules of the game as DAP has tau...
Hampir Mustahil Anwar Ganti Mahathir

Hampir Mustahil Anwar Ganti Mahathir

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 642 hits
vs Tidak ada perjanjian kata MUKHRIZ Kalau kata ada kenalah tunjuk hitam putih jangan sampai dilabelkan pembohong Konsensus Ok lah JUGA Konsensus demi konsensus dan konsensus terbaharu mampu overuled konsensus awal Secara lisannya Tun dah h...
Usik Kepentingan Dan Keuntungan Kroni Mahathir Padahlah Jawabnya Itu Yang Maszlee Malik Terima

Usik Kepentingan Dan Keuntungan Kroni Mahathir Padahlah Jawabnya Itu Yang Maszlee Malik Terima

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 1004 hits
Sekarang ini tular di media sosial tentang petisyen yang meminta agar Maszlee Malik dikekalkan atau Mahathir kembali menyerahkan jawatan Menteri Pendidikan kepada Maszlee Malik yang melepaskan jawatan atas nasihat Perdana Menteri petang sem...
Mahathir Or Anwar Should Take Over As The New Education Minister

Mahathir Or Anwar Should Take Over As The New Education Minister

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 572 hits
Raja Sara Petra Malaysia s deteriorating education system and bad education policies have always been a bone of contention for most Malaysians Many in fact view education as more important than the economy because this deals with the future...
Anwar Gathers Celeb Muslim Scholars To Counter Dr Mahathir S Kl Summit

Anwar Gathers Celeb Muslim Scholars To Counter Dr Mahathir S Kl Summit

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 440 hits
The institute is believed to be funded by Saudi donors and has long been linked to scholars sympathetic to Ikhwanul Muslimin the pan Arabian Islamist movement seen as the more progressive offshoot of Wahhabism the strand of Islam practised ...
1bestarinet Contoh Terbaik Mahathir Sanggup Berbuat Apa Sahaja Demi Kroninya

1bestarinet Contoh Terbaik Mahathir Sanggup Berbuat Apa Sahaja Demi Kroninya

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 674 hits
Salah satu punca yang dikatakan mengapa Maszlee Malik dipecat adalah kerana 1BestariNet yang dimiliki oleh YTL Isu 1BestariNet milik YTL ini bukan baru baru ini sahaja diperkatakan malahan seawal 2015 lagi 1BestariNet telah dipertikaikan ke...
Berhentilah Berbohong Maszlee Malik Kau Memang Dipecat Dan Dihina Oleh Mahathir Serta Parti Kau Sendiri

Berhentilah Berbohong Maszlee Malik Kau Memang Dipecat Dan Dihina Oleh Mahathir Serta Parti Kau Sendiri

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 2051 hits
Para penyokong Maszlee Malik terus melakukan propaganda untuk memuliakan Maszlee Malik Atau dalam bahasa yang lebih mulus untuk mensucikan Maszlee Malik selepas bekas Menteri Pendidikan itu dimalukan kerana dipaksa meletak jawatan oleh Dr M...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Jatuh Cinta Dengan Osaka

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025