Bila Hati Sudah Retak Akibat Salah Memilih




Bila hati sudah retak
ISTILAH taksub dan fanatik dalam politik Malaysia semakin berubah.
Apa yang kelihatan kini, berpolitik lebih bermotif melangsai sentimen peribadi dan menyorot agenda perjuangan kaum-kaum tertentu. Bagaimanapun, rakyat pada umumnya semakin sedar dengan situasi ini. Mereka sedar, dalam suasana semasa, ada banyak perkara yang mereka harapkan terhadap pihak yang pernah memberi ‘harapan’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu sudah melencong jauh.
UMNO dan Pas pantas mengetengahkan manifestasi kesedaran itu kepada umum. Dan semakin ramai pula yang bangkit meluahkan kesedaran serupa. Bersama mereka ada perasaan kesal, kecewa dan marah, mungkin kerana rasa tertipu dan terpedaya.
Lalu, tidak hairanlah jika kerjasama UMNO-Pas menjadi pertaruhan penting khususnya bagi umat Islam dan orang Melayu untuk mengembalikan keyakinan bahawa kesucian Islam dan kedaulatan bangsa kekal teguh tanpa terbuka ruang kepada mana-mana pihak merobek dan mencerobohi-nya.
Kata rakyat, mereka tertipu dengan janji-janji yang tidak ditunaikan. Tiada banyak perubahan dalam perancangan kerajaan untuk memajukan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat. Apa yang dilihat hanya berpolemik dengan hal-hal politik yang tiada penghujung.
Juga kata rakyat, fokus yang sepatutnya menstabilkan politik bagi melicinkan perjalanan tadbir urus negara, masih ‘terbelit’ dengan hal-hal remeh,seperti isu peribadi pemimpin-pemimpin tertentu yang dikaitkan dengan ‘terlondehnya’ nilai moral, akhlak dan integriti.
Isu penggantian jawatan Perdana Menteri sampai masa lantik sahajalah! Buat apa bising-bising? Kerap pula timbul keadaan di mana seseorang menteri Kabinet terpaksa menjelaskan semula sebarang kenyataan ekoran mendapat reaksi negatif daripada rakyat.
Rakyat mahu kehidupan mereka tidak terus tertekan dengan soal-soal yang membebankan. Termasuk aspek kos sara hidup, punca pendapatan, kuasa beli dan keperluan dalam kehidupan harian. Meliputi kemudahan tempat tinggal, sistem pengangkutan awam dan keselamatan.
“Pengangguran itu suatu fenomena biasa?” Belum tentu rakyat boleh terima. Bayangkan pula apa perasaan puluhan ribu kakitangan awam bertaraf kontrak sudah ditamatkan perkhidmatan.
Sementara bagi umat Islam dan orang Melayu, mereka tidak pernah membayangkan kesediaan atau kesanggupan berkompromi sehingga ke peringkat terhakis atau terombak segala hak dan keistimewaan yang sedia dimiliki. Mereka tidak merelakan slogan ‘kesamarataan mutlak untuk semua’ menjadi kenyataan. Tidak mungkin! Memadailah dengan apa yang sudah tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan atas nama hak dan kedudukan sebenar.
Kata orang Melayu, mana-mana entiti atau institusi yang lahir atas ‘roh’ kepentingan Melayu tidak perlu ‘pandai-pandai’ distrukturkan semula, apa lagi mahu dijual kepada pihak asing. Dalam konteks berkaitan, orang Melayu menanyakan, sejauh mana kalangan pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh disandar harapan?
Apa hak rakyat kemukakan atau suarakan segala tuntutan ini? Jawapannya ialah mereka sebenarnya telah membuat pilihan, baik memilih tokoh mahupun parti politik pada PRU-14 lalu untuk menerajui negara. Mereka terpesona dengan janji. Dan mereka terpengaruh dengan segala tuduhan. Menerusi sistem demokrasi berparlimen, mereka telah membuat pilihan.
Dan rakyat pun bertanya: “Bagaimana kami boleh meyakinkan diri kami bahawa kami tidak membuat pilihan yang kurang tepat pada PRU-14 lalu?”
Pesanan dalam bidalan Melayu, beringat-ingatlah sebelum kena, berjimat-jimatlah sebelum habis!
DATUK SAYUTI MUKHTAR
Penganalisis sosiopolitik tanah air.
Utusan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/20/bila-hati-sudah-retak-akibat-salah-memilih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jurulatih Selaman Yang Maut Akibat Bom Ikan Pernah Terima Ugutan Bunuh

Jurulatih Selaman Yang Maut Akibat Bom Ikan Pernah Terima Ugutan Bunuh

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 211 hits
Jurulatih selaman yang maut ketika aktiviti menyelam di Pulau Kalapuan Jumaat lepas sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh Pesuruhjaya Polis Sabah Omar Mammah berkata ekoran itu Zainal Abdun 31 membuat laporan polis pada tahun lepas Loadi...
Lelaki Didakwa Simbah Minyak Petrol Sebelum Bakar Tunangnya Sehingga Maut Akibat Cemburu

Lelaki Didakwa Simbah Minyak Petrol Sebelum Bakar Tunangnya Sehingga Maut Akibat Cemburu

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 338 hits
Seorang wanita berusia 22 tahun telah dijumpai meninggal dunia didakwa dibakar menggunakan petrol oleh tunangnya sendiri dipercayai bermotifkan cemburu buta Suspek dituduh melakukan perbuatan yang keji itu pada 2 Julai lalu di Zaporizhia Se...
Lirik Lagu Itje Trisnawati Sebab Akibat Dangdut Popular Series

Lirik Lagu Itje Trisnawati Sebab Akibat Dangdut Popular Series

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 704 hits
Info Lirik dan Lagu Itje Trisnawati Sebab Akibat Judul lagu Sebab Akibat Artis Penyanyi Itje Trisnawati Penulis Lagu B Makayock Album Sebab Akibat Single Genre Disco Dangdut Lirik Lagu Itje Trisnawati Sebab Akibat Dangdut Popular Series Ver...
Perut Bayi 4 Bulan Membesar Akibat Diberi Makan Nasi Jadi Pelajaran Buat Orangtua

Perut Bayi 4 Bulan Membesar Akibat Diberi Makan Nasi Jadi Pelajaran Buat Orangtua

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 471 hits
Akibat orang tuanya yang lebih memilih menyuapi nasi ke anaknya yang baru berusia 4 bulan bayi tersebut mengalami perut yang membesar Terlihat bayi yang mengalami kejadian tragis itu mengalami perut yang membesar serta usus yang terlihat di...
Pencemaran Teluk Jakarta Disebut Akibat Limbah Industri Dan Rumah Tangga

Pencemaran Teluk Jakarta Disebut Akibat Limbah Industri Dan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 211 hits
Pembangunan kawasan Pantai Bersama hasil reklamasi yang dilanjutkan Pemerintah Provinsi DKI Jakarta dinilai tidak mengganggu keberadaan biota laut termasuk produksi kerang hijau Penurunan produksi kerang hijau di wilayah itu terjadi disebab...
Padah Akibat Nak Sado Tangan Popeye Rusia Mungkin Perlu Dipotong

Padah Akibat Nak Sado Tangan Popeye Rusia Mungkin Perlu Dipotong

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 331 hits
SEORANG lelaki dari Rusia sebelum ini menjadi perbualan ramai kerana memiliki fizikal yang sado persis karakter kartun Popeye Dikenali sebagai Kirill Tereshin 22 dia mengakui ada membuat suntikan untuk mendapatkan bentuk badan sedemikian AK...
Akibat Hamil Jarak Dekat Ibu Muda Meninggal Usai Rahim Pecah

Akibat Hamil Jarak Dekat Ibu Muda Meninggal Usai Rahim Pecah

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 466 hits
Seorang wanita bernama Zhang berusia 23 tahun dikategorikan sebagai wanita yang sangat sukar untuk hamil Namun setelah sekian lama berusaha akhirnya dia bisa hamil Sewaktu kehamilan dia sentiasa berhati hati keluarganya juga menjaganya Sela...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu