Bila Dah Nak Dekat Due Bersalin
Bila Dah Nak Dekat Due Bersalin | Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah 35 minggu dah, rasa macam baru je tahu diri ni mengandung lagi. Iyela beza 5 tahun kot. Umur kinah pun dah 30 an dah. Kiranya, beberapa minggu je lagi untuk serah diri. Debarannya kini kian terasa. Allah dah kena prepare dari segi mental dan fizikal ni, untuk sebelum dan selepas bersalin
Kalau sebelum ni macam-macam la yang perlu kinah hadapi masa memgandung kali kedua ni. Antaranya kena refer ke Klinik Medikal sebab nadi laju, ambik darah untuk test ada tiroid ke tidak, kemudian buat ECHO untuk scan jantung, alhamdulillah result ECHO dan tiriod normal je. Pastu kena jumpa pakar di Hospital Selayang, 2 minggu sekali kena check up di Klinik Ibu Anak dan akhir sekali kena jumpa dengan pakar bius in case la kena emergency ceaser. Agak penat jugak la sebab, klinik dan hospital dah jadi destinasi lawatan utama kinah. Tambah pulak dengan musim Covid-19 sekarang ni, kawalan nak masuk klinik dan hospital kena la ikut SOP
Bila dah masuk 8 bulan ni, nurse mula pesan dah boleh dah nak prepare semua barang baby dalam beg. Padahal baru je basuh baju baby tu semua. Rasa macam tak percaya, ehh dah nak bersalin dah. Tengok kawan-kawan semuanya dah selamat. Kinah pulak tunggu cukup bulan je. Genap 38 minggu dah kena serah diri. Sebenarnya, diri ni tengah nervous, iyelah last bersalinkan Thahirah 5 tahun yang lepas. Walaupun pernah bersalin, perasaan takut tu tetap ada. Orang kata, lain anak lain pengalamannya. Harapnya, beranak kali ni normal jugak la dan apa yang jadi masa bersalinkan Thahirah dulu tak berulang
Lepastu, fikir nak bersalin nanti nampaknya Thahirah kena duduk dengan opahnya kejap. Terpaksa jugakla. Lagipun dia dah biasa dengan opah, dengan pakcik dan makcik dia. Mujurlah sekarang ni sekolah tabika, buat sistem giliran. Jadi takla terasa sangat ponteng kelas tu. Harapnya, waktu malam takde la dia sibuk mencari ibu dia ni
Selain tu, kena juga study cara berpantang yang betul, makanan yang sesuai dan bagus semasa berpantang dan pelbagai lagi. Tambah pulak kena berpantang sendiri nanti. Bukan tak nak berpantang dekat rumah mak, tapi kesian dekat mak sebab mak nak jaga ayah dengan opah. Jadi ni satu cabaran lagipun sebelum ni memang berpantang sendiri sebab masa tu takde sapa yang nk jaga. Berbeza pulak pantang kali ni, berpantang ada anak dua pulak, mujurlah Thahirah tu dah boleh diharap dan boleh bila mintak tolong
Mengandung kali ni, kinah punya alahan agak teruk sikit berbanding dulu. Mungkin ada sesetengah orang ni alahan biasa je, tapi tak bagi kinah. Setiap kali berpeluh dan rasa panas, kulit kinah akan naik ruam dan gatal. Masa nak jadi gatal tu, rasa macam ada renjatan elektrik, pedih pun ada rasa. Kemudian bila check tempat gatal tu, merah sana sini. Bukan sikit punya gatal tau. Alahan ni dia on off. Makin menjadi-menjadi ruam tu bila musim panas. Cuaca sekarang ni kan kejap panas, kejap sejuk. Tak selesa betul rasanya
Dah nak penghujung ni, mulalah naik balik ruam tu. Kan sekarang tengah musim panas. Tido pun kerap terjaga sebab berpeluh. Baju tak usah cerita, memang lencun. Kipas kat rumah ni 24 jam berpusing haha. Nak pasang aircond bajet tak keras. Pernah sekali ruam tu naik sampai ke muka. Merenyam dia tak usah cerita. Mujurlah takde kesan parut. Kalau tak jenuh pulak nak hilangkan parut
Selain alami alahan gatal-gatal, dihujung-hujung macam ni la kinah alami sakit di bahagian bawah perut. Bila nak bangun dari baring atau tidur, sakit dia tu tak mampu la nak cerita. Memang sakit sungguh-sungguh. Sakit tu akan menjadi kuasa dua kalau kinah travel agak jauh. Takde la travel jauh mana, setakat balik rumah mak je pun. Masa raya haji aritu memang sakitnya menjadi-menjadi sebab lama sangat dalam kereta. Tambah pulak kalau nak singgah tandas, dan tandas tu pulak, tandas cangkung. Memang terseksa
Dah jalan pun jammed sampai kematu buntut ni rasanya. Nak buat camne kan, dah musim raya. At last masa nak balik rumah sendiri, kinah pakai kain batik je la in case nak singgah tandas nanti, lagipun dah malam haha. Peduli la apa orang kata, yang penting kita selesa
Kinah ada juga maklumkan hal sakit dibawah perut ni pada doktor di hospital, menurutnya apa yang kinah alami sekarang ni adalah normal, kerana berlaku pertambahan berat badan dan kepala baby pun dah mula masuk laluan. Perkara ni akan jadi tak normal bila kita langsung tak boleh bergerak, berjalan dan pelbagai lagi sampai kena admit ward. Benda macam tu kalau boleh memang kinah elak. Sebelum ni ada jugak sakit, tapi takla sakit seperti balik raya aritu. Nak pakai seluar pun nak menangis rasanya.
Sekarang sakit tu dah takde dah. Alhamdulillah, cuma sakit-sakit biasa je la. Lenguh kaki, kaki kramp, sakit pinggang, dah jadi perkara biasa untuk orang mengandung. Tu adalah normal semua tu
Thahirah pulak tak habis-habis tanya bila adik nak keluar. Allah sabar ye kakak, tak lama dah adik nak keluar. Mana yang tanya status jantina baby, sorry tak dapat nak jawab sebab setiap kali nak scan, kawan tu menyorok. Tunggu je la dia lahir nanti. Moga dipermudahkan semuanya nanti. Doakan kinah dan baby ye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apekinah.com/2020/08/bila-dah-nak-dekat-due-bersalin.html