Bila Buka Je Dompet Tengok Ada Daun Pemandu Grab Diganggu Makhluk Halus
'Bila buka je dompet, tengok ada daun' - Pemandu Grab diganggu makhluk halus?
Sejak kebelakangan ini, viral di media sosial mengenai kisah pemandu Grab Car diganggu makhluk halus. Ada yang sesat, ada yang ternampak dan macam-macam lagi kejadian aneh yang berlaku terutamanya pada waktu malam.
Dalam kisah terbaru ini, seorang pemandu Grab mendakwa wang tunai yang dibayar oleh penumpangnya bertukar menjadi daun kering dalam kejadian Sabtu lalu.
Kisah itu diceritakan semula oleh isterinya, Farah, di Twitter dan mendapat banyak retweet dari netizen.
Menurut Farah, suaminya menjemput penumpang itu berhampiran Pasar Gunung Rapat, menuju ke Jalan Hoover di Ipoh, Perak.
"Masa dia ambil penumpang tu kira-kira pukul 7 malam, dah Maghrib. Kebetulan kawasan tu dekat dengan rumah kami dan itu trip terakhir, jadi dia terima permintaan penumpang itu
"Dia turunkan penumpang tu dalam pukul 7.10 malam. Wanita tu memang bagi duit tambang RM8 dalam bentuk RM1 sebanyak lapan keping dan suami pun masukkan wang tu dalam dompet dia
"Namun sudah jadi amalan dia akan periksa dompet selepas hantar penumpang sebab dia akan pindahkan duit tersebut ke dalam 'pouch'. Bila buka je dompet, tengok ada daun
"Suami mesej saya dekat WhatsApp mengenai daun tu. Saya tak fikir langsung benda pelik-pelik. Ingatkan suami nak buat lawak sebab dia memang suka bergurau
"Sampai je dekat rumah, bila dia buka cerita tu saya terkedu seketika. Biasalah mesti fikir hantu dulu. Suami pun pelik sebab daun kering dalam dompet dia tu ada lapan helai
"Suami pun terus buang daun tu sebab macam bahaya nak bawa balik benda dia sendiri tak tahu apa. Lagipun kami ada anak kecil
"Suami pun macam tak sedap hati sebab dia kata gaya perempuan tu pun pelik. Dia kata wanita tu suka gelak. Sikit-sikit gelak. Bila langgar lubang pun gelak
"Dari gaya percakapan wanita tu orang Indonesia. Tapi sampai sekarang kami masih lagi tertanya sama ada dia adalah manusia atau sebaliknya.
"Ada juga yang cakap wanita tu mungkin hantu. Ini kerana hantu pun guna duit dekat alam bunian untuk buat sebarang bayaran
"Namun saya lebih suka buat kesimpulan wanita itu adalah manusia sebenar dan dia mengamalkan ilmu tarik duit. Itu lebih logik
"Pelik ada juga orang zaman sekarang ni nak guna ilmu untuk bayar Grab. Dahlah tambang RM8 je, kalau RM800 fahamlah juga
"Jadi kepada pemandu Grab sila berhati-hati. Nasiblah tambang tadi hanya RM8 je. Kalau RM60 ke apa, rugi kena pukau. Tapi saya anggap itu bukan rezeki suami," katanya.
Sumber: mStar Online, @Nadnarcotic
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceberita.blogspot.com/2018/11/bila-buka-je-dompet-tengok-ada-daun.html