Bila Anak Lebih Rapat Dengan Ayah Berbanding Ibu Sedihnya Playing Favourite Petanda Sihat


“Sayang, jom ibu dukung” ujar Lia kepada anaknya Zara. “Tak nak, Zara nak ayah yang dukung!”, jawab si anak. Aduh, sedihnya hati ibu bila menerima jawapan sebegitu. Bagaikan tamparan padu hinggap ke wajah.

Fahami situasi Mesti terkedu dan kecewa jika berdepan dengan situasi di atas, bukan? Keadaan itu merujuk kepada istilah child prefers one parent atau playing favourite di dalam konsep keibubapaan. Di mana anak lebih memilih untuk bersama dan rapat dengan salah seorang, sama ada ibu atau ayah sahaja.
“Anak tak suka aku ke?”,  mesti akan timbul persoalan sebegini apabila di-reject oleh anak. Walau bagaimanapun, ibu atau ayah yang mengalami situasi ini, tidak perlu mengambil hati dengan apa yang berlaku. Ketahuilah ia adalah satu perkara normal yang berlaku kepada ibu bapa lain di luar sana.
Playing favourite Apabila berlaku playing favourite, ia sebenarnya adalah satu petanda sihat dan positif terhadap perkembangan emosi dan kognitif si manja anda. Ini bermakna dia sedang meneroka kebebasan dalam perhubungan serta mempertingkatkan kemahiran untuk membuat pilihan berdasarkan apa yang diingininya. Menguasai kemahiran ini bererti anak anda akan dapat membesar menjadi individu yang lebih berdikari.
Di samping itu, jika permata hati anda lebih memilih si ayah (atau ibu) berbanding anda, ini bermakna dia berasa selamat dengan anda dan yakin bahawa walaupun dia meluangkan masa lebih banyak bersama ayahnya (atau ibu), anda akan tetap menyayangi dan sentiasa ada buat dirinya.
Selain itu, keadaan ini juga berlaku apabila si manja menyedari bahawa mereka akan mendapat lebih perhatian jika bersama salah seorang ibu atau ayah dalam satu-satu masa. Ini logik, bukan? Rasa sebagai individu dewasa pun, sudah tentu kita mahukan perhatian apabila bersama seseorang.
Ubati hati ibu Walau apa pun, sedikit sebanyak jika anda bukan favourite si manja, sudah tentu akan terasa juga. Ya lah, penat mengandung 9 bulan, si ayah juga yang dipilih, sedihnya hati ibu. Jadi berikut Hello Doktor kongsikan beberapa tip yang boleh anda cuba. Moga-moga tidak wujud lagi istilah ‘pilih kasih’ pada si manja anda.
Bertenang Perkara paling penting untuk mengubati hati ibu adalah untuk kekal bertenang dan jangan membiarkan situasi itu menjejaskan anda. Yes! Melakukan tidak semudah untuk melafazkannya. Tetapi anda harus sedar, bahawa ia adalah satu fasa yang bagus untuk perkembangan si manja. bersabar , okay?
Rutin baru Cuba anda lihat rutin harian si manja. Biasanya situasi pilih kasih ini berlaku apabila si kecil lebih banyak menghabiskan masa dengan salah seorang ibu atau ayah. Jadi mungkin anda boleh cuba mengubah rutin harian. Jangan terlalu drastik, lakukan secara perlahan-lahan. Mungkin anda boleh mulakan rutin baru seperti menyediakan sarapan pagi di hujung minggu bersama.
Menyertai si anak Menurut seorang profesor klinik psikiatri kanak-kanak dan kejururawatan di Yale Child Study Center and School of Medicine, di New Haven, Connecticut, Dr Kyle Pruett, “Ketika si comel bermain, cuba untuk meluangkan masa untuk melihat mereka bermain. Kemudian tanyakan sama ada anda boleh turut sama bermain.”
Peluang untuk anda menyertainya bermain akan ada jika anda duduk di lantai bersamanya dan mengikuti arahannya ketika bermain. Jadi mungkin anda boleh mencubanya.
Kerjasama Ketika sedang melakukan tugasan rumah seperti menyapu sampah atau menyiram pokok, cuba untuk mengajak si kecil melakukan bersama anda.
Masa bersama Wujudkan satu tempoh waktu secara berkala untuk melakukan satu aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga. It does not need to be fancy. Sekadar meluangkan masa membaca buku cerita pun sudah mencukupi.
Terus menyayanginya Jika masih tidak berjaya memenangi hati si manja, bersabarlah. Ia bukanlah kayu ukuran yang boleh menilai rasa sayangnya kepada anda. Keadaan ini biasanya hanyalah untuk sementara sahaja.
Walau apa pun, pastikan anda terus mengasihi dan menyayanginya. Hindari daripada melepaskan rasa tidak dihargai itu dengan memarahi si kecil, ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jangan mengalah!
Sumber: Health Group
The post Bila Anak Lebih Rapat Dengan Ayah Berbanding Ibu, Sedihnya! “Playing Favourite” Petanda Sihat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-anak-lebih-rapat-dengan-ayah-berbanding-ibu-sedihnya-playing-favourite-petanda-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Lepas Pegang Tangan Tenung Muka Anak Tak Cakap Tapi Itu Tanda Dia Sayang Ibu Ayah

Tak Lepas Pegang Tangan Tenung Muka Anak Tak Cakap Tapi Itu Tanda Dia Sayang Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 477 hits
Anak yang masih kecil tidak pandai untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu Dalam fasa untuk membesar mereka cenderung untuk mencuba banyak perkara baharu yang kadang kadang membuatkan Mama stres dan marah pada mereka Manalah tidak bising k...
Kisah Ayah Tunggal Dandan Jadi Wanita Agar Anak Bisa Rayakan Hari Ibu

Kisah Ayah Tunggal Dandan Jadi Wanita Agar Anak Bisa Rayakan Hari Ibu

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 371 hits
Bila Hari Ibu di Indonesia dirayakan setiap tanggal 22 Desember di Thailand peringatan ini jatuh pada tanggal 12 Agustus Dalam perayaan Hari Ibu tahun ini ada hal unik yang dilakukan seorang pria asal negeri Gajah Putih Pria yang diketahui ...
Aduh Sakitnya Kepala Anak Anak Selalu Bergaduh Ibu Ayah Amalkan Ini Pasti Mereka Sentiasa Baik

Aduh Sakitnya Kepala Anak Anak Selalu Bergaduh Ibu Ayah Amalkan Ini Pasti Mereka Sentiasa Baik

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 559 hits
Apabila bilangan anak semakin bertambah pasti hubungan keluarga menjadi lebih meriah dengan bunyi pelbagai gelak tawa dan tangisan Bayangkan baru 2 minit sahaja anda meninggalkan anak anak bermain dengan baik dan kemudiannya kedengaran jeri...
Menjadi Anak Kesayangan Ibu Atau Ayah Bukan Satu Kesalahan Ibu Ayah Berusahalah Untuk Berlaku Adil

Menjadi Anak Kesayangan Ibu Atau Ayah Bukan Satu Kesalahan Ibu Ayah Berusahalah Untuk Berlaku Adil

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 491 hits
Sebenarnya isu anak kesayangan ini sememangnya wujud dalam kalangan sesebuah keluarga Ia ditafsirkan sebagai anak yang menjadi kegemaran sama ada ibu atau ayah berbanding anak anak yang lain Namun jika ditanya mengenai perkara ini kepada ma...
Sering Kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

Sering Kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 1037 hits
Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak anak lain Betulkah kenyataan tersebut Menurut Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah anak pertama atau sulung mempunyai karektor yang tenang ...
Kita Nak Anak Hormat Ibu Ayah Bukannya Takut Marah Tak Perlu Menengking

Kita Nak Anak Hormat Ibu Ayah Bukannya Takut Marah Tak Perlu Menengking

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 374 hits
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak anak Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan Jangan Tak Boleh atau No Sebagai ibu atau ayah kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin Apakah...
Video Anak Suap Ibu Makan Lepas Tengok Cara Ayah Layan Ibunya Penuh Kasih Sayang

Video Anak Suap Ibu Makan Lepas Tengok Cara Ayah Layan Ibunya Penuh Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 827 hits
Dan bergaullah kamu dengan mereka dengan cara yang baik surah al Nisa ayat 19 Dalam agama Islam juga menyuruh para suami melayan isteri dengan cara yang terbaik Bila suami melayan isteri dengan baik dan disaksikan oleh anak anak pastinya pe...
Viral Foto Anak Lelaki Berusia 2 Tahun Terus Pandangi Makam Ayah Ibunya Tak Mau Diajak Pulang

Viral Foto Anak Lelaki Berusia 2 Tahun Terus Pandangi Makam Ayah Ibunya Tak Mau Diajak Pulang

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 449 hits
Azuan Shamsudin berbagi cerita tentang seorang anak lelaki yang harus menjadi yatim piatu di usia masih sangat muda Azuan adalah kerabat dari anak bernama Muhammad Arfan Ziqri Orang tua Arfan meninggal dalam peristiwa kecelakaan yang terjad...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal