Video Anak Suap Ibu Makan Lepas Tengok Cara Ayah Layan Ibunya Penuh Kasih Sayang
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” — surah al-Nisa’ ayat 19. Dalam agama Islam juga menyuruh para suami melayan isteri dengan cara yang terbaik.
Bila suami melayan isteri dengan baik dan disaksikan oleh anak-anak, pastinya perbuatan tersebut menjadi contoh yang baik buat mereka. Ayah yang hebat akan melahirkan anak-anak yang hebat. Ayah merupakan contoh buat anak-anak maka jadilah ayah yang terbaik.
“Isteri dukung anak, Suami suapkan makanan”
Kita boleh belajar di mana-mana. Allah kalau nak tunjuk suatu pengajaran, ia akan beri walau dengan 1 pandangan.
Baru kejap nie aku pergi makan kedai Pak Long, Ukay Perdana. Tempat biasa aku lepak, makanan sedap harga berpatutan. Macam biasa lepak sorang.
Sedang aku lepak, aku terpandang belakang, tengok sepasang suami isteri bersama 2 anaknya. Si isteri sedang pegang anak keciknya. Yang sweetnya si suami suapkan isterinya makan. Allahu, bagi aku moment yang best sangat. Aku pun trase nak rakam, buat pengajaran dlm diri, time aku rakam, elok pulak anak dia nak suap juga maknya.
Begitulah kehidupan,
1. Jadi suami yang memahami, saling bantu membantu, ambik berat dan tahu main peranan dan bukan penting diri. Sentiasa untuk bahagiakan isteri dan anak-anak.
2. Contoh yang baik dari ayah, anak-anak akan ikut sekejap tu juga. Begitulah juga sebaliknya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
3. Keluarga bahagia nie 1 nikmat yang tidak terbanding dengan semua nilai harta di dunia. Kita yang memilih untuk bahagia atau tidak.
Aku nak doakan kepada semua kawan aku yang dah kawen, ada anak kecil, agar terus tersemai rasa kasih sayang dan membentuk keluarga bahagia.
Terima kasih pasangan suami isteri nie, kerana memberi makna dlm kehidupan hari ini pada aku dan semua.
Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.
kredit : Instagram @sharimi_shaharudin
The post Video Anak Suap Ibu Makan Lepas Tengok Cara Ayah Layan Ibunya Penuh Kasih Sayang appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/video-anak-suap-ibu-makan-lepas-tengok-cara-ayah-layan-ibunya-penuh-kasih-sayang/