Bila Anak Jatuh Keluar Darah Mama Tentu Panik Bapa Ini Kongsi Cara Nak Pastikan Keadaan Anak Ok Ke Tak


Memang seriau bila tiba-tiba anak jatuh terluka dan seterusnya berdarah. Boleh mengundang ‘panic attack’ lah. Tapi benda kalau nak jadi anak yang kita pantau depan mata pun boleh jatuh dan terluka. Paling penting mama papa jangan panik dan cuba gunakan ilmu yang ada untuk membantu melegakan dan menenangkan si kecil yang pastinya ketakutan dan kesakitan.
Kalau perlu cepat-cepat bawa ke hospital,  bukan apa budak-budak ni mereka lebih ‘fragile’ jadi sebaiknya lakukan pemeriksaan menyeluruh jika dirasakan perlu bila terdapat kecederaan pada anak-anak. Kecederaan yang dialami mungkin tidak terlalu ketara pada bahagian luar, risau ada kecederaan dalam yang serius berlaku, jadi langkah pencegahan perlu diambil segera bagi mengelakkan perkara yang tidak kita jangka.
Gambar hiasan Menerusi satu perkongsian oleh Nadzmi Suhaimi seorang bapa kepada dua orang anak yang comel. Ketika salah seorang anak lelakinya terjatuh dari kereta miliknya, darah yang mengalir memang banyak dan akhirnya dia membawa anaknya it uke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Beberapa hari lepas, semasa selesai saya dan wife beli barang-barang pantri ofis bumsnbums, anak saya yusuf jatuh dari triton, kepala dulu pergi, terhantuk dekat tar.
“Waktu tu wife saya sedang bayar parking, yusuf dalam dalam kereta, saya buka pintu dari luar, sekali menjerit budak tu jatuh.
“Saya angkat dia, saya nampak darah mengalir dari kepala. Cepat-cepat saya tekan dengan tangan tempat luka tu untuk kawal darah keluar. Yusuf menangis kuat.
“Dalam 9 saat macam tu, saya nampak wife saya berjalan ke arah kereta. Saya pun lambai sambil jerit “awak cepat awak”. Wife saya pun berlari anak kearah kereta.
“Yusuf jatuh awak, darah banyak”
Saya angkat tangan yang tutup kepala yusuf tu, darah penuh dekat tapak tangan.
“Ada kain tak?” Saya tanya wife saya.
“Ada tadi baru beli kain untuk lap, dalam plastik” wife saya jawab.
“Saya ambil kain tu, saya pun bagi wife saya, tekap kepala, untuk kawal pendarahan.
“Masuk kereta, terus ke hospital putrajaya. Dalam kereta wife saya bagi yusuf minum air. Dalam 20 minit, kami sampai di hospital putrajaya, wife saya turun dan daftar di kecemasan, saya pun pergi cari parking. 
“Dapat parking (triton ni panjang, susah sikit nak park tempat sesak), saya ke bahagian kecemasan. Tengok no giliran ada 16 orang lagi. 
“Yusuf time tu dah tak menangis. Darah pun dah berhenti. Anggaran separuh kain yang basah.
gambar hiasan “Saya cakap kat yusuf, “tengok jari papa” (saya letak jari telunjuk macam 1 depan muka dia dan gerakkan perlahan-lahan, nak tengok mata dia ikut tak jari saya).
“Mata dia ikut, so ok. Pupillary reflex pun ada bila kena cahaya.
“Saya test lagi, saya minta dia pegang jari saya, dia pegang. Kemudian saya gerakkan jari saya dan minta dia pegang lagi. Alhamdulillah, ok, maknanya koordinasi ada lagi.
“Saya minta dia genggam kuat sikit, dia genggam. So ok. Lepas tu wife saya lap kesan darah kat muka dan kepala yusuf dengan kain yang saya basahkan di bilik air depan tempat menunggu.
“Lepas 10 minit, yusuf kembali aktif, panjat kerusi dan berlari di tempat menunggu.
Saya dah yakin budak ni takde apa-apa. Lagi 13 orang nak sampai giliran. Saya dah nak ajak balik dah.
Wife saya cakap, “tunggu dlu, kalau retak kepala cane?”
“Tapi usaha saya ajak balik tak berhasil. lepas 1jam 45min tunggu sampai giliran kami.
“Doktor pun tanya soalan-soalan ni:
– lepas jatuh ada nampak macam sawan tak?
– ada bagi makan tak? Ada muntah lepas tu?
“Selesai doktor buat checkup, yusuf hanya di cuci luka (dressing) dan boleh balik. Sama macam pendapat saya.
“Budak yusuf tu masih tak berubah, kekal buas dalam kereta pun tak diam.
Tip Daripada Nadzmi Suhaimi jika anak anda jatuh dan berdarah dikepala, jangan takut dan tergamam, buat ini:
Kawal pendarahan, ambil kain yang serap darah, letak dikawasan luka, tekan lembut-lembut manja. Perhatikan mangsa tu, ada tak macam sawan, mata naik kelangit ke, kira berapa lama sawan. Waktu sawan tu boleh bernafas tak? Jangan kita pulak buat cuak ala-ala sawan Kalau tak sawan, belai belai budak tu supaya tak menangis. Bagi air yang sedap untuk dia minum. Lagi baik bagi ais krim, sure tak tolak dan dia akan berhenti nangis. Cek mata dia bergerak ikut respon tak. Lepas makan ada muntah tak Pendarahan berhenti berapa lama. Berapa bahagian kain yang basah dengan darah (nak anggar blood loss). Lepas jatuh tu makin lemah atau kembali aktif. Terus ke hospital berdekatan. Atleast kalau dah yakin ok baru balik rumah. Jangan nampak melarat baru nak ke hospital. Sampai hospital kalau lambat jangan meroyan. Staff hospital tahu mana kes perlu layanan segera. Sumber: Nadzmi Suhaimi
 
 
The post Bila Anak Jatuh Keluar Darah Mama Tentu Panik, Bapa Ini Kongsi Cara Nak Pastikan Keadaan Anak Ok Ke Tak? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-anak-jatuh-keluar-darah-mama-tentu-panik-bapa-ini-kongsi-cara-nak-pastikan-keadaan-anak-ok-ke-tak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Semestinya Cara Formal Nak Ajar Anak Bercakap Sambil Main Buat Aktiviti Pun Boleh

Tak Semestinya Cara Formal Nak Ajar Anak Bercakap Sambil Main Buat Aktiviti Pun Boleh

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 609 hits
Anak anak kecil kita sememangnya perlu dirangsang untuk memulakan percakapan Bukan mereka tidak tahu tetapi mereka tidak tahu caranya untuk memulakan interaksi dengan mak ayah Dalam hal ini mak ayah berperanan lebih untuk merangsang anak an...
Selagi Tak Jadi Ibu Takkan Pernah Tahu Banyak Dugaan Nak Pastikan Jadi Yang Sempurna Untuk Anak

Selagi Tak Jadi Ibu Takkan Pernah Tahu Banyak Dugaan Nak Pastikan Jadi Yang Sempurna Untuk Anak

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 357 hits
Ketika dijemput ke program TV Mingguan Wanita untuk bercerita tentang topik Kerana Ibu Kuturutkan pelakon cantik Elfira Loy dan ibunya Filzah Yusoff saling berkongsi perasaan tentang hubungan mereka anak beranak Kata Elfira dahulu jika terp...
Anak Menghidap Sel Darah Pecah Bapa Ini Perlukan Rm720 000 Untuk Kos Rawatan

Anak Menghidap Sel Darah Pecah Bapa Ini Perlukan Rm720 000 Untuk Kos Rawatan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 272 hits
Sebelum ini isterinya disahkan mengidap Hemolytic Uremic Sindrome atau sel darah pecah Kali ini Mohd Nizrul Abdul Khair 33 sekali lagi diduga apabila anak tunggalnya Nur Rasysha Adellia tiga tahun turut mengalami penyakit yang sama Dalam La...
Nak Tengok Anak Berbakti Kepada Ibu Bapa Sila Pergi Hospital Klinik

Nak Tengok Anak Berbakti Kepada Ibu Bapa Sila Pergi Hospital Klinik

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 483 hits
Nak Tengok Anak Berbakti Kepada Ibu Bapa Sila Pergi Hospital Klinik Lumrah hidup adakalanya kita tak mampu menjaga ibu bapa Mungkin kerana kita lupa pengorbanan ibu bapa Dan mungkin juga kita tak layak leka mengejar harta dunia dan kekayaan...
Fouziah Gous Ajar Magic Words Pada Anak Cara Positif Nak Bentuk Akhlak Mulia Si Kecil

Fouziah Gous Ajar Magic Words Pada Anak Cara Positif Nak Bentuk Akhlak Mulia Si Kecil

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 385 hits
Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelakon pengacara dan juga usahawan ibu kepada Zeeshan Yusuf 4 tahun dan Zaheen Yusof 2 tahun Datin Hajah Fouziah Gous tidak menjadikan itu alasan untuk mengabaikan keluarga tersayang Kalau...
Cara Mudah Nak Menghafaz Al Quran Perkongsian Daripada Guru Cemerlang Tahfiz

Cara Mudah Nak Menghafaz Al Quran Perkongsian Daripada Guru Cemerlang Tahfiz

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 366 hits
Bila sebut tentang hafazan atau menghafal ayat ayat Suci Al Quran pasti ramai yang takut dan ada yang mengalah awal Mungkin bagi mereka ia sukar walaupun setiap hari kita membacanya Bukan apa cuma takut salah sebut yang akan mengakibatkan s...
Cara Nak Buat Bisnes Online Jana Rm1juta Dengan Affiliate

Cara Nak Buat Bisnes Online Jana Rm1juta Dengan Affiliate

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 657 hits
Sayang masih ramai yang tak faham dan tak nampak potensi jana pendapatan dengan Bisnes shopee bagus Bisnes barang China bagus Bisnes dropship bagus Semua boleh buat untung TAPI Nak dapat untung BERSIH 4 5 angka sebulan SEORANG DIRI bukan mu...
Syukurlah Anak Menangis Sekurangnya Ada Perasaan Dia Nak Sampaikan Pada Mak Ayah

Syukurlah Anak Menangis Sekurangnya Ada Perasaan Dia Nak Sampaikan Pada Mak Ayah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 491 hits
Menangis ialah cara anak berkomunikasi Bayi menangis sebab lapar tak selesa mahukan belaian mahu didukung atau sakit Semakin umur anak membesar motif menangis juga boleh jadi bertambah banyak Mahukan perhatian merajuk mahukan sesuatu yang t...
Mengamuk Tak Kira Tempat Berguling Di Pasaraya Begini Cara Nak Atasinya

Mengamuk Tak Kira Tempat Berguling Di Pasaraya Begini Cara Nak Atasinya

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 289 hits
Pada usia anak tiga tahun dan ke atas anak sudah mula menunjukkan emosinya secara terang terangan kepada mak ayah Mereka sudah mula mengekpersikan ketidakpuasan hati mereka pada mak ayah Mengamuk antara salah satu emosi menunjukkan rasa tid...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii