Bila Allah Menduga Mengapa Tiada Seorang Pun Yang Memahami Kita Rileks Media


Kekadang tu kita rasa: ‘Argh! kenapa tiada seorang pun yang boleh memahami aku??’, Kenapa aku dilabel dan terlabel? Kenapa aku itu..kenapa aku ini?
Lantas kita tak senang duduk, giat mencari sumber ‘pengaduan’. kita mengadu sana sini perihal ujian dan dugaan yang melanda kita pada orang lain. Mungkin mengharap sedikit pemahaman, sedikit simpati dan empati, serta sedikit nasihat.
Bahkan kita tidak berhenti disitu, kita teruskan usaha mencari pelbagai alternatif untuk menenangkan hati, fikiran dan mungkin sebagai wasilah untuk melupakan apa yang kita hadapi. Itu normal. Manusia la katakan.
BILA ALLAH MENDUGA KITA,

Yes. Bagaikan berada di bazar ramadhan!! Namun bezanya disini, kita berhadapan dengan pelbagai rasa yang hendak dipilih dan dibeli. Namun sedar tak sedar kita sudahpun asyik membelai diri dengan prasangka-prasangka, marah, gelisah, resah, tidak tenang, ragu-ragu, dan 1001 lagi rasa-rasa negatif yang kita cuba pancing masuk dalam fikiran dan diri kita. Betul tak?
BILA ALLAH MENDUGA KITA
Bukan kita tidak sedar. Malahan kita memang tahu. Abad yang kita hidup ni, bermacam juadah yang dihidangkan dunia, bezanya wasilah(cara) yang kita pilih itu boleh jadi samaada ianya mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah sahaja. Itu bezanya!
Sekarang ada pelbagai jenis games, pelbagai jenis movies, pelbagai jenis hiburan, pelbagai jenis muzik, pelbagai jenis fesyen pakaian, pelbagai jenis tempat, dan kita jangan lupa pelbagai juga jenis manusia yang ada di dunia ini.
Tidak salah untuk semua itu dengan syarat kita jangan lemas dan dilemaskan. KITA, andai solat sampai tinggal, ibadah lain sampai lalai, tanggunggjawab lain terabai, badan jadi ekstra malas dan longlai. Say babai saja pada ‘cara’ yang kita anggap dapat menenangkan atau melupakan masalah kita itu.
KITA, Mungkin ada suatu ketika ujian itu hadir dalam bentuk yang unik dan yang kita tidak sangka iaitu dilabel, terlabel dan kadang-kala kita pandai juga melabel, ingatlah pesan ini, semoga ada manfaatnya bersama.
Orang ni menilai, orang tu menilai, orang mengenali menilai, orang tidak mengenali menilai, banyak penilai-penilai. Beringatlah, semua yang kita nilai itu akan diminta pertanggungjawabkan.
When someone judge you, ambil yang boleh membina diri dan pandang nilaian seseorang tu dengan matang, skop yang luas, positif dan muhasabah balik diri, jangan ambil dari sisi yang boleh menjatuhkan diri (fikiran negatif), jalan untuk berubah ke arah kebaikan tidak hari-hari ditaburi bunga dan dibentangkan karpet merah.
Selamanya, penilai dan hakim yang terbaik itu Allah. Banyak indikator yang harus diperhati sebenarnya, menilai memang hak individu itu (mulut orang kita mana boleh tutup, kita bukan mesin pemuas hati semua, lumrah jika ada yang suka dan ada yang tidak suka).
Kita tak minta pun, orang tetap nilai kita baik di depan atau dibelakang, namun cara menilai tu harus sama-sama kita muhasabah, kena guna ilmu, bukan emosi. Kan.
KITA, Ada juga suatu ketika, BILA ALLAH MENDUGA KITA DENGAN UJIAN ITU.
Akhirnya kita tetap tidak merasa apa-apa dari pengaduan kita pada si dia, dia, dan dia. Akhirnya kita tetap tidak merasa apa-apa dari pelbagai cara yang kita try and error itu. Susah hendak di explain . Kosong!
Macam ada yang tak kena pada hati. Kita rasa kita sudah meluah segala pada dia, dia, dan dia. Tapi, hati terasa seakan banyak lagi yang tidak terluah. Banyak lagi yang masih dipendam. Hati tidak puas. Hati rasa ‘berat’.
Ha..Begitu lah yang kita rasa. Nak kata tak solat, kita solat. Nak kata tak berzikir, Kita berzikir. Nak kata tak berdoa, Kita berdoa.
Nak kata tak mengaji, Kita mengaji. Kita dah lakukan pun solat, zikir, doa, mengaji dan mungkin bermacam-macam lagi. Dimana lagi silapnya?
BILA ALLAH MENDUGA KITA
Kesungguhan. Ya. Kesungguhan inilah yang kita perlukan. Kesungguhan yang sebenar-benarnya. Kesungguhan yang berkobar-kobar. Kesungguhan yang istiqamah.
Bukan yang ala kadar Bukan juga kesungguhan yang hanya melepas batuk ditangga. Ada beza orang yang benar-benar bersungguh dengan orang yang bersungguh biasa-biasa.
Saya menulis disini bukan hendak menilai dan meragui kesungguhan anda. Itu urusan kita masing-masing dengan Allah. Sebab kita sendiri tahu bagaimana kita bersungguh. Dan Sungguh Allah Maha Mengetahui kesungguhan kita.
Benar. Kita sudah bersungguh. Namun ingatlah mungkin kesungguhan kita belum berada di level yang boleh dikatakan benar-benar bersungguh.
Mungkin bersungguh kita untuk satu-satu tempoh masa sahaja atau sesuatu perkara sahaja. Lepas itu, kita kurang kesungguhan. Cuba kita fikirkan bersama, ada kita pernah kisah tentang beza berdoa dengan feel dengan berdoa yang kita tak rasa pun feel itu?
Yakinlah feel itu yang selama ini kita perlu. Hendak rasa feel itu. Kita kena dekatkan diri pada Allah. IMAN bagi mantap, dan perbaiki. Recheck!
Dalam hendak buat segala sesuatu, niat kena lillahitaala. Doa dan terus doa. Buat dan terus buat. Jangan pula ditinggal terus. Andai kita bersungguh tapi tak dapat, bersungguh lagi, namun masih tak dapat, bersungguh lagi teru dan terus sampailah habis nyawa kita.
Ya, kita solat, berzikir, berdoa, mengaji dan segalanya. Allah lihat, Allah nilai. Itu sudah tentu. Namun sebagai hamba yang terlalu banyak menerima nikmat dari Allah, harus kita sering muhasabah diri, contohnya dalam berdoa. Kekadang tu kita berdoa hanya sekadar berdoa.
Lebih banyak mungkin masa kita berdoa itu yang dalam keadaan terkejar-kejar daripada berdoa yang kita duduk lama, serius, menghayati, dan mungkin menangis dalam berdoa.
Kita tak hadirkan sekali rasa bersungguh tu, rasa hamba itu. Di situ bezanya. Ingatlah, Kita meminta pada yang Maha Besar, Maha Memberi, Maha mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sampai hati kita meminta dengan sambil lewa? Bukankah masa itu juga milikNya?
Ditambah lagi, kekadang tu mungkin diluar solat kita ragui dan persoalkan pula doa-doa kita tentang kenapa Allah tak jawab dan tak kabulkan doa kita.
Jika kita boleh khusyuk tengok movies, bak kata orang ‘faham benar konsep ceritanya’ sampai boleh buat kita ketawa atau mungkin ada part yang juga boleh buat kita sedih tapi kenapa tidak dalam berdoa, solat, berzikir dan sebagainya?
Ironinya, bukankah kesungguhan kita dalam memahami movies itu membuatkan kita rasa ingin ketawa dan menangis? Tepuk Dada, Tanya Iman. Renung-renungkan.
Bila Allah menduga kita,Ingatlah bahawa, Ada amanah yang kita galas, Mungkin kita nampak satu dua yang menonjol, Namun sebenarnya, setiap apa yang kita ada, dipinjamkan, dan apa yang kita pilih, ada amanah didalamnya, akan diminta dipertanggungjawabkan.
Ketahuilah, selamanya sebaik-baik tempat mengadu adalah Allah s.w.t, no one knows our pain more than Allah and no matter how much someone knows, no one cares as much as Him.
Sama sekali tak salah hendak mengadu dan bercerita dengan orang lain. Mungkin dari situ kita beroleh nasihat yang berguna yang membina diri dan mendekatkan kita pada Allah.
Yang penting kita jangan lupa bergantung sepenuhnya pada Allah. Mengadu sungguh-sungguh yang sungguh ekstrim melebihi kita mengadu pada orang lain masalah kita itu pada Allah. Itu baru awesome!
Untuk kita yang diuji, semua orang ada bahagian ujian-Nya yang memang khas untuk dia. Sabar. Yakinlah, Allah Maha Adil. Allah uji, Allah sayang.
Andai kau rasa dunia dan seisinya seakan-akan tidak memahamimu, ketahuilah ada Allah yang sentiasa sudi, sentiasa memahami, sentiasa menguatkan, sentiasa menolong, sentiasa menenangkan, dan sentiasa mendengarmu.
Yakinlah, janji Allah pasti benar. Kita perlu lebih sabar dan lebih syukur. Jom sama-sama kita membina diri, dan cari redha Allah.
“Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat…” – ( Al-Baqarah 2: ayat 45)
“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang yang fasik.” – ( Surah al-Hadid 57:16)

Mengapa Allah Menguji Kita? Yang Muslim Wajib Tahu!
Source link
The post Bila Allah Menduga, Mengapa Tiada Seorang pun Yang Memahami Kita? – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/bila-allah-menduga-mengapa-tiada-seorang-pun-yang-memahami-kita-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan Manusia Yang Mendapat Pertolongan Allah Di Akhirat Kelak Rileks Media

Golongan Manusia Yang Mendapat Pertolongan Allah Di Akhirat Kelak Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 368 hits
Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya Untuk siapa saja yang menikah den...
Inilah Sebab Mengapa Puasa Dan Solat Sunat Nabi Daud Paling Disukai Allah Rileks Media

Inilah Sebab Mengapa Puasa Dan Solat Sunat Nabi Daud Paling Disukai Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 458 hits
Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash Rasulullah SAW bersabda Puasa yang paling disukai disisi Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud Beliau biasa tidur dipertengahan malam dan bangun pada seperti...
In Sha Allah Setiap Makhluk Akan Mendoakan Keampunan Anda Baca Zikir Ini 3 Kali Selepas Subuh Rileks Media

In Sha Allah Setiap Makhluk Akan Mendoakan Keampunan Anda Baca Zikir Ini 3 Kali Selepas Subuh Rileks Media

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 604 hits
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad Daripada dari Qabishah bin al Mukhariq beliau berkata Aku datang menemui Rasulullah sallahu alaihi wasallam lalu baginda bertanya kepadaku Wahai Qobishah apa yang membuatkan kamu datang kesini ...
Ramai Yang Sudah Cuba Petua Untuk Buang Lemak Degil Ini Resepi Berkesan Dari Seorang Wanita Cina Rileks Media

Ramai Yang Sudah Cuba Petua Untuk Buang Lemak Degil Ini Resepi Berkesan Dari Seorang Wanita Cina Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 462 hits
Sebolehnya kebanyakan wanita nak cantik dan kurus dengan cara yang mudah tetapi berkesan Namun kalau nak cantik mestilah kena jaga luar dan dalam Tak perlu ambil pil pil yang belum tentu berkesan sebab anda boleh cuba petua tradisional yang...
Inilah 8 Punca Amalan Kita Ditolak Oleh Allah Swt Rileks Media

Inilah 8 Punca Amalan Kita Ditolak Oleh Allah Swt Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 358 hits
Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT Jadi semua ibadah yang dikerjakan mestilah berlandaskan kepada iman iaitu percaya bahawa hanya Allah sebagai penjamin hidup kita di dunia dan akhirat Namun tidak se...
Allah Beri Dugaan Kecil Supaya Kita Terselamat Dari Dugaan Lebih Besar Pesanan Ustaz Ebit Lew Rileks Media

Allah Beri Dugaan Kecil Supaya Kita Terselamat Dari Dugaan Lebih Besar Pesanan Ustaz Ebit Lew Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 360 hits
Kita sering mengeluh apabila apa yang dirancang tidak menjadi Hakikatnya tanpa kita sedari semua yang berlaku itu ada hikmahnya Kebiasaannya hanya selepas sesuatu perkara itu berlaku barulah kita menyedari mengapa sesuatu yang kita rancang ...
Kerap Beri Makan Kucing Jalanan Di Makkah Dan Madinah Allah Bantu Dapatkan Tempat Solat Subhanallah Rileks Media

Kerap Beri Makan Kucing Jalanan Di Makkah Dan Madinah Allah Bantu Dapatkan Tempat Solat Subhanallah Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 459 hits
Dalam sejarah Islam kucing memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa Baginda Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya seperti menyayangi keluarga sendiri Sesungguhnya kucing adalah makhluk yang man...
Kisah Seorang Wanita Dipanjangkan Umurnya Hanya Kerana Sikap Rendah Hati Rileks Media

Kisah Seorang Wanita Dipanjangkan Umurnya Hanya Kerana Sikap Rendah Hati Rileks Media

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 375 hits
Suatu hari semasa Tina hendak menyelesaikan tugasan harian dia masuk ke bilik daging sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging akan tetapi nasib nya tidak baik tiba tiba pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam t...
Pasang Niat Ingin Berumahtangga Ini Cara Kumpul Duit Kahwin Rm57k Dan Beli Rumah 200k Rileks Media

Pasang Niat Ingin Berumahtangga Ini Cara Kumpul Duit Kahwin Rm57k Dan Beli Rumah 200k Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 929 hits
Zaman sekarang ni kalau gaji dalam RM4k pun boleh katakan cukup cukup makan je Nak bayar sewa rumah bil telefon bil api air barang dapur Eh macam macam lagi lah Tu belum masuk lagi bahagian nak belanja girlfriend semua Ada juga sesetengah o...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut