Bil Elektrik Makin Melambung Setiap Bulan Gunakan Tips Ni Untuk Jimat Tenaga Elektrik


Assalamualaikum salam Syawal, bagaimana dengan bil elektrik selama PKP dan PKPB ni?? Sejak Mac, April dan Mei duduk di rumah stay home kan? Mesti guna elektrik pun banyak dan of course bil elektrik akan naik.

Lihat di media sosial ramai yang share bil elektrik masing-masing yang naik mendadak. Ada bil naik sampai lebih 1k pun ada. Aduh! Kesiannya memang tak pernah dibuat orang, ye la sebab duduk rumah 24 jam. Ada juga tengok dalam berita semalam antara punca bil naik melambung sebab TnB silap kira. Macam ni pun ada, naya juga kita sebagai pengguna bil naik elektrik naik mendadak dengan tak munasabah. Ikuti beberapa tips ni untuk kurangkan bayar bil bulanan dan kurangkan guna tenaga. Harap membantu....

Bil lebih dari 1k?? Gilosss... Sumber gambar rakan fb
Apa peralatan elktrik yang banyak guna tenaga? Kena kenal pasti dulu dan lepas tu boleh elakkan guna secara kerap, guna bila perlu jer. Info menarik yang ramai terlepas pandang bahawa terdapat beberapa peralatan atau perkakas elektrik yang jadi punca bil elektrik  melambung tinggi :
Microwave / Oven/ Airfryer
Pemanas
Komputer.
Seterika
Televisyen
Pengecas telefon
Aircond.
Lampu bukan LED.
Speaker.

Punca bil elektrik rumah yang mahal juga sebenarnya berbalik kepada cara kita guna elektrik dalam kehidupan seharian kita.

Cara jimatkan penggunaan elektrik dan kurangkan bayar bil bulanan:
1 - Guna alat elektrik yang cekap tenaga.

Macam mana nak tahu peralatan elektrik tu jimat tenaga? Jika anda biasa pergi ke kedai yang menjual peralatan elektrik, pasti akan terlihat label cekap tenaga (energy efficiency label) yang ditampal pada sesetengah peralatan elektrik yang dipamerkan

Label cekap tenaga tersebut adalah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, dan merupakan label yang menunjukkan tahap kecekapan penggunaan tenaga elektrik bagi peralatan tersebut.

Kebanyakan alat elektrik di rumah saya 3 bintang je dan alhamdulillah bil bulanan biasa tak lebih rm50. Gunakan peralatan elektrik yang ada label bintang ni guys

Label ini ada ditampal pada tv, kipas rumah, peti sejuk dan aircond, periuk elektrik dll. Gunakan alat elektrik yang ada banyak bintang. Yang ada 3 bintang pun dah jimat apatah lagi yang 5 bintang. Beli yang lebih banyak bintang, ia satu pelaburan jangka masa panjang yang berbaloi

2 - Gunakan peralatan elektrik yang sesuai dengan kemampuan atau speksifikasi rumah kita

Carilah alat elektrik yang paling optimum dan sesuai dengan keperluan dan kediaman. Kalau rumah yang sederhana, guna tv saiz 32 inci berbanding 48 inci. Kalau ruang rumah sederhana, guna cukup guna aircond berkuasa 1.5 hp berbanding 2.0 hp. Biasanya 1.5 hp aircond pun dah cukup sejuk.

Spek makin tinggi, tinggi la kuasa yang diguna. Untuk pastikan tidak berlaku pembaziran elektrik secara berlebihan, pastikan peralatan elektrik yang digunakan adalah sesuai dari segi spesifikasi saiz, kapasiti, kuasa dan penggunaan tenaganya

Kena fikirkan sendiri spesifikasi peralatan elektrik yang sesuai di kediaman anda. kalau  gunakan peti sejuk, guna lah yang sesuai bergantung kepada berapa banyak bahan mentah yang disimpan (biasanya bergantung kepada bilangan anggota isi rumah)

Ingat, peralatan dengan spesifikasi terlalu tinggi akan menyebabkan pembaziran elektrik, manakala spesifikasi terlalu rendah akan menyebabkan beban dan penggunaan elektrik yang tinggi. Jadilah pengguna alat elektrik yang bijak

3 - Tutup suis dan cabut soket
Ni amalan susah nak buat tapi jadi mudah kalau kita biasakannya. Berapa ramai yang tutup suis dan cabut plug lepas tengok tv? Jarang kita lihat kan. Tutup dan cabut suis televisyen apabila tidak ditonton lagi. Tutup suis komputer dan cabut apabila siap kerja. Tutup suis lampu apabila keluar dari bilik atau tandas. Tutup suis periuk nasi dan cabut plug apabila selesai masak nasi. Tutup dan cabut plug kipas lepas digunakan

Pendek cerita, untuk elakkan pembaziran tenaga elektrik, tutup suis apabila peralatan elektrik tidak digunakan dan cabut plug. Kalau letak pada standby atau sleep mode, tenaga elektrik masih digunakan, jadi lebih baik tutup sahaja.

Jadikan amalan mencabut plug dan soket selepas digunakan sebagai rutin harian. Hasilnya memang dapat jimatkan elektrik

Lepas tutup suis, cabut soket daripada plug sebab ada yang mendakwa kalau soket masih terpasang, tenaga elektrik masih mengalir dan tetap dibazirkan. Banyak boleh jimat jika kita amalkan mencabut plug lepas guna peralatan elektrik. Saya sendiri pun jarang sebenarnya cabut soket lepas menggunakannya. Opss.

4 - Guna Penebat (Insulation).
Fungsi penebat haba ini ialah untuk mengurangkan haba memasuki rumah sekaligus menyejukkan dalaman rumah. Kosnya tidaklah terlalu mahal dan bergantung kepada bajet anda.  
Terdapat dua jenis penebat yang anda boleh gunakan iaitu :-
Roofing insulation
Cat insulation.

Memasang roofing insulation atas atap rumah. Sumber gambar : rooftop.com.my

Aluminium foil juga boleh dipasang pada syiling rumah sebagai penebat haba. Rumah akan stay cool je nanti

5 - Guna peralatan elektrik dengan betul
Guna alat elektrik ikut kemampuannya. Sebagai contoh, mesin basuh yang mempunyai kapasiti 10kg, maka pastikanlah berat pakaian yang hendak dibasuh tidak melebihi berat tersebut

Pendingin hawa, jika ditetapkan pada suhu terlalu rendah, akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi. Walhal, jika tetapkan pada suhu 25-27 °C pun sudah memadai

Peti sejuk, jika terlalu kerap dibuka dan ditutup, juga akan menyebabkan pembaziran tenaga. Begitu juga jika peti sejuk tersebut disumbat dengan terlalu banyak barang sehingga hampir penuh, turut akan menyebabkan peningkatan penggunaaan tenaga

Kuncinya, cara jimat elektrik yang efektif adalah dengan menggunakan peralatan elektrik dengan betul

6 - Optimumkan penggunaan aircond. 

Macam saya kata pada point no 5 tadi, guna suhu 25-27 saja dah memadai untuk sejuk dan kurangkan rasa panas. Guna suhu yang paling rendah akan meningkatkan tenaga. Aircond bila suhu dah sejuk dan stabil, tukar daripada cool mode kepada dry mode.

Gunakan aircond yang sesuai dengan saiz sekitar. Seperti yang saya terangkan di atas, ruang yang sederhana cukup pakai 1.5 hp berbanding 2.0 hp. Kalau ruang bilik pula 1.0 hp pun dah cukup.

Kenali saiz ruang dan berapa hp aircond yang sesuai dengan ruang tu

Elakkan on off aircond dengan kerap. Setiap kali on aircond, tenaga akan digunakan dengan banyak untuk memulakan aircond tu. So bila rasa dah terlalu sejuk dan rasa nak guna aircond lagi pada hari tersebut, tukar mode saja. Tukar kepada dry mode atau fan mode.

Baca lebih detail Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Aircond
7- Guna Mentol LED.

Guna mentol lampu yang betul akan jimatkan penggunaan elektrik. Gunakan lampu LED, lampu yang bukan LED memang banyak yang guna tenaga. Sekarang banyak lampu LED di pasaran, gunakan yang berjenama supaya lebih tahan lama.

Perbandingan lampu LED dengan lampu jenis lain. Sangat menjimatkan
Tutuplah lampu bila tak guna elektrik contohnya bila keluar dari bilik tutup lah lampu. Guna bila perlu. Guna lampu LED sangat menjimatkan tenagah elektrik
8 -  Hadkan guna peralatan elektrik
Tetapkan waktu nak guna alat elektrik. Buat peraturan berkenaan tempoh penggunaan peralatan elektrik di kediaman anda

Hadkan masa tontonan televisyen, lebih baik untuk buat aktiviti yang lebih bermanfaat seperti membaca buku dan beriadah. Hadkan juga masa penggunaan pendingin hawa, cukup untuk sekadar hilangkan rasa panas sahaja

Simpan air panas dalam termos, supaya air tidak perlu dipanaskan berulang-ulang kali menggunakan cerek elektrik. Gunakan cahaya matahari semulajadi untuk menerangi rumah pada waktu siang berbanding menggunakan cahaya lampu

Semua ini adalah contoh cara-cara untuk menghadkan penggunaan elektrik. Jadilah pengguna yang bijak, bil jimat poket pun senang hati :)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/06/bil-elektrik-makin-melambung-setiap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jimat Tenaga Menyental Tips Hilangkan Kerak Pada Kuali Sampai Nampak Bersih

Jimat Tenaga Menyental Tips Hilangkan Kerak Pada Kuali Sampai Nampak Bersih

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 774 hits
Secara lazimnya setiap kuali yang terdapat di dapur mempunyai masalah yang sama iaitu bontot kuali berkerak Pelbagai cara telah digunakan untuk menyental bagi menjadikannya bersinar dan tampak seperti baru Pun begitu hasilnya kadang kadang ...
Bil Elektrik Melambung Diskaun 50 Semasa Pkp Dicapati

Bil Elektrik Melambung Diskaun 50 Semasa Pkp Dicapati

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 362 hits
Dalam pengumuman pakej ransangan berjumlah RM250 bilion menghadapi wabak Covid 19 Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rakyat akan menikmati potongan bayaran bil elektrik sehingga 50 sepanjang Perintah Kawalan Perge...
Bil Elektrik Tinggi

Bil Elektrik Tinggi

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 395 hits
BIL ELEKTRIK TINGGI Ramai yang mengeluh dan membuat kritikan tentang bil elektrik melambung tinggi selepas PKP Anda sebagai pengguna yang bijak perlu mengetahui punca dan situasi sebenar tentang bil elektrik ini bagi memastikan anda mendapa...
Tips Menyusu Anak Susu Badan Ketika Bulan Puasa Ramadhan

Tips Menyusu Anak Susu Badan Ketika Bulan Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 493 hits
Tips Menyusu Anak Susu Badan Ketika Bulan Puasa RamadhanTips Menyusu Anak Susu Badan Ketika Bulan Puasa Ramadhan Sebagai ibu yang bekerja merealisasikan impian menyusu anak secara exclusive susu ibu sangat mencabar Saya merupakan ibu kepada...
Kerajaan Bersetuju Bagi Rakyat Malaysia Cuti Hari Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Setiap Tahun

Kerajaan Bersetuju Bagi Rakyat Malaysia Cuti Hari Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 741 hits
Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan media telah memaklumkan tentang pindaan tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI Pindaan tarikh ini tentu memberikan berita gembira dan teruja buat seluruh warga Malay...
Semakan Semula Bil Elektrik Tnb Online

Semakan Semula Bil Elektrik Tnb Online

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 855 hits
SEMAKAN SEMULA BIL ELEKTRIK TNB ONLINE Ramai yang mengeluh dan mengadu Bagaimankah cara TNB mengira jumlah bil elektrik sebenarnya Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari TNB...
Tekong Bawa Masuk 250 Pati Setiap Bulan Terima Rm750 Setiap Seorang

Tekong Bawa Masuk 250 Pati Setiap Bulan Terima Rm750 Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 291 hits
Isu lambakan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin menjadi isu hangat pada saat ini selepas kebanyakan kes positif COVID 19 pada waktu ini banyak datang dari bukan warga negara Pihak kerajaan juga sudah menjalankan operasi besar besaran bagi...
Kerja Hilang Duit Makin Kurang Dan Tak Boleh Bayar Bil Itu Ini Akibat Pkp

Kerja Hilang Duit Makin Kurang Dan Tak Boleh Bayar Bil Itu Ini Akibat Pkp

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 459 hits
Time PKP ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku Kerja hilang duit makin kurang tak boleh bayar itu ini dan jika berlanjutan PKP tak mustahil akan BANKRAP Tahu perasaan bagaimana bila bankrap Usahawan bernama Hafiz Mansor ni dah lalu...
Makin Slim Man Rajalawak Berjaya Hilang 30kg Dalam Masa Tiga Bulan

Makin Slim Man Rajalawak Berjaya Hilang 30kg Dalam Masa Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 392 hits
Berpenampilan sihat dengan memiliki berat badan yang ideal sememangnya menjadi impian setiap orang Lebih lebih lagi insan yang bergelar anak seni kerana penampilan mereka kerap kali menghiasi kaca televisyen Susulan daripada itu beberapa ar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot