Lubuk Rezeki Semasa Pkp Bekal Benih Udang Kara


Oleh Noorazlina Jindeh
KOTA KINABALU, 19 MEI: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu pastinya menyebabkan sesetengah peniaga mahupun individu terjejas kerana terpaksa mengehadkan waktu operasi atau memberhentikan sementara perniagaan masing-masing.
Namun, di sebalik dugaan itu, terselit hikmah yang membawa manfaat yang tidak diduga bagi sesetengah pihak.
Itulah yang dialami pasangan suami isteri, Susanti Aziz, 45, dan suaminya Shahrul Hanif Mohd Hamid, 46, yang mengusahakan penternakan dan pembekalan pembenihan udang kara atau lobster air tawar (LAT) di kampung Kiulu, kira-kira 45km dari sini.
“Dua minggu pertama semasa PKP, memang kurang permintaan (benih udang kara) tetapi selepas itu, hampir setiap hari ada permintaan dan sentiasa bertambah, malah dalam seminggu pendapatan dianggarkan mencecah sebanyak RM2,000,” kata Susanti kepada Bernama, baru-baru ini.
Susanti anak jati Sabah dari Tawau dan suaminya dari Terengganu menjalankan perniagaan membekalkan benih udang kara air tawar cherax quadricarinatus atau redclaw crayfish dari Australia, melalui syarikat Fastharvest Aquaculture Enterprise yang ditubuhkan mereka pada 2008.
Rezeki bertambah
Susanti yang juga pengurus syarikat berkata, dalam tempoh PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) perniagaan membekalkan benih udang kara dibuat melalui tempahan secara dalam talian seperti Facebook atau aplikasi WhatsApps.
Tempahan diterima setiap hari daripada pelanggan di sekitar kawasan ternakan udang termasuk dari Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli dan daerah lain.
“Permintaan terhadap benih meningkat disebabkan pelanggan mahu memanfaatkan waktu berkurung semasa PKP, selain dijadikan hobi baharu dan ramai mula melihat ternakan LAT ini mampu memberikan pulangan lumayan sekiranya dilakukan bersungguh-sungguh,” kata ibu kepada enam cahaya mata ini.
Setiap hari dalam tempoh PKP ini, antara 30 hingga 100 ekor benih udang kara air tawar dalam pelbagai saiz menjadi permintaan pelanggan.
Bagi satu set induk yang mengandungi seekor jantan dan tiga ekor betina, beliau menjualnya pada harga RM350 satu set.
Susanti berkata, harga jualan benih udang ditetapkan berdasar saiz dan kuantiti. Bagi pembelian pukal melebihi 100 ekor harga dikenakan antara RM4 dan RM20 seekor, sementara bagi jumlah bawah 100 ekor, harga antara RM5 hingga RM25 seekor.
“Pelanggan banyak yang membeli benih udang kara bersaiz antara tujuh dan 10 sentimeter (tiga hingga empat inci) kerana dalam tempoh satu atau dua bulan diternak, udang sudah boleh bertelur,” katanya menambah, biasanya suaminya sendiri akan menghantar tempahan.
Selain benih, katanya, terdapat juga pelanggan yang membeli udang kara untuk dijadikan hidangan berbuka puasa sepanjang Ramadan ini. Harga jualan LAT ialah RM120 sekilogram dan jika membeli secara borong, harga ditetapkan antara RM60 dan RM80 sekilogram.
Menurut Susanti, pendapatan hasil jualan benih udang kara itu mampu menampung kos penyelenggaraan kolam termasuk keperluan harian keluarga mereka meskipun pergerakan penghantaran dihadkan semasa tempoh PKP dan PKPB.
“Walaupun dalam tempoh PKP, proses penghantaran tetap lancar kerana kami diberikan surat pelepasan oleh pihak berkuasa,” katanya sambil berterima kasih kepada kerajaan kerana syarikatnya masih dapat beroperasi.
Usahawan ternakan udang kara
Berkongsi cerita penglibatan dalam sektor perikanan ikan air tawar dan perniagaan membekalkan benih udang kara air tawar, Susanti berkata, sebelum ini mereka pernah mengalami kerugian lebih RM180,000, setelah ternakan ikan tilapia dan keli yang diusahakan dalam kolam, di Kiulu, mati kesemuanya pada akhir 2008.
Namun, berbekalkan semangat jitu, pasangan suami-isteri itu tidak berputus-asa malah mula beralih menternak udang kara air tawar kerana percaya jika dilakukan secara bersungguh-sungguh ia mampu membawa pulangan yang lumayan.
“Perusahaan benih LAT ini mempunyai prospek yang lumayan, kurang berisiko dan mudah untuk dikendalikan,” kata Susanti yang pernah mengikuti kursus penternakan ikan air tawar dan udang kara di Jabatan Pertanian Sabah sekitar tahun 2008.
Apa yang membanggakan, Susanti yang merupakan antara usahawan Jabatan Perikanan Sabah, kini mempunyai sebanyak 100,000 ekor udang kara air tawar di empat kolam dan tangki pengasingan bagi pembenihan di Kiulu.
Mengimbau penglibatan dalam perniagaan membekalkan udang kara air tawar, Susanti berkata pada awalnya mereka membeli sebanyak 1,000 benih udang kara dari pembekal di Sarawak.
“Meskipun tidak semua benih itu hidup, namun bermula dari situlah kami membiak dan menternak udang kara dan melakukan kajian terhadap spesies udang kara spesies cherax quadricarinatus di dalam dan luar negara pada tahun 2009,” kata Shahrul Hanif sambil menambah usaha pembenihan secara skala besar hanya bermula pada 2012.
Sharul Hanif dan isterinya yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3 dan layak sebagai penyelia akuakultur berkata menternak udang kara air tawar tidaklah susah sebagaimana menternak ikan air tawar kerana makanan udang kara hanyalah biji-bijian, ubi kentang, pallet, tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran seperti taugeh.
“Bagi udang yang diternak di dalam kolam, ia boleh memakan tumbuhan kolam seperti keladi bunting atau hydrilia,” katanya sambil menambah udang kara betina mampu bertelur empat hingga enam kali setahun.
Setiap kali bertelur, udang kara betina yang berumur enam hingga tujuh bulan mampu bertelur antara 100 hingga 200 telur manakala udang yang berusia lebih setahun mampu menghasilkan antara 800 hingga 1,000 telur, katanya.
Penjagaan udang kara
Berkongsi lanjut mengenai tip mengenali udang kara jantan, Susanti berkata udang kara jantan mempunyai sepit berwarna merah, bersaiz lebih besar manakala udang kara betina mempunyai sepit berwarna biru dan bersaiz agak kecil.
Udang kara air tawar boleh membesar sehingga 50 sentimeter dengan berat antara 500 gram sehingga satu kilogram dan boleh hidup pada suhu optimal antara 23 dan 28 darjah Celsius serta boleh mencapai jangka hayat melebihi lima tahun.
Bagaimanapun, katanya hampir 30 peratus udang kara yang diternak mereka akan mati ketika melalui proses salin kulit (molting) kerana beberapa faktor antaranya ketidakseragaman kadar hormon dalam badan udang berkenaan.
“Antara tanda proses salin kulit berlaku ialah LAT akan menjadi lemah, tidak aktif selama kira-kira enam hingga 24 jam, warna cengkerang bertukar agak gelap, cengkerang kepala mula kelihatan terbuka dan bagi udang kara jantan, warna merah pada sepitnya akan lebih menyerlah (terang),” katanya.
Oleh itu, penggunaan cecair iodin diperlukan bagi membantu proses salin kulit LAT berjalan lancar, tetapi kaedah ini hanya dapat dilakukan untuk ternakan yang berada di dalam tangki sahaja, katanya.
Susanti berkata, udang kara akan mengalami proses penggantian kulit lebih 11 kali sebelum mencapai tahap matang untuk bertelur ataupun mengawan.
Meskipun penjagaan udang kara ini agak mudah kerana bersifat omnivor dan proses pembiakan tidak melalui proses larva namun ia tidak terlepas daripada haiwan pemangsa iaitu belut selain diserang jangkitan seperti patogen (agen yang menyebabkan penyakit, terutamanya organisma seni seperti bakteri dan virus).
Kerjasama kerajaan negeri dan agensi
Mengulas lanjut mengenai perkembangan syarikatnya, Susanti berkata Fastharvest Aquaculture diberi kepercayaan untuk menjadi konsultan selama lima tahun (2020-2025) dalam Program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera Sabah bagi projek Freshwater Lobster Production-Green Aquaponics Parennial System bermula Februari 2020.
Projek berkenaan melibatkan kerjasama antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Universiti Teknologi MARA cawangan Sabah melibatkan nilai RM3.5 juta yang bakal memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan (B40) di enam buah kampung terpilih di Sabah.
“Menerusi program ini, kami akan membantu dan melatih lima usahawan dari setiap kampung terpilih itu untuk mengusahakan aktiviti penternakan sepanjang tempoh berkenaan,” kata Susanti yang juga Setiausaha Persatuan Industri Kecil Sederhana Bumiputera Sabah (IKSNITA).
Selain menganjurkan kursus sejak 2009, syarikat Fastharvest Aquaculture turut menjadi tempat latihan industri bagi beberapa agensi kerajaan dan pelajar dari Pusat Latihan Pertanian Penampang, Kolej Vokasional Lahad Datu dan Politeknik Sandakan.
Kerjasama dalam melakukan kajian ternakan pula pernah dilaksanakan syarikat dengan Universiti Putra Malaysia cawangan Bintulu di Kuching dan Jabatan Veterina Negara Oman (2016-2019).
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/lubuk-rezeki-semasa-pkp-bekal-benih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reka Bentuk Ppr Pengaruhi Tekanan Mental Penghuni Semasa Pkp

Reka Bentuk Ppr Pengaruhi Tekanan Mental Penghuni Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 309 hits
Menikmati pemandangan persekitaran hijau dari tingkap mungkin menjadi sebahagian daripada normal baru akibat pandemik Covid 19 Berdasarkan banyak kajian berkaitan reka bentuk landskap dan aspek psikologi persekitaran memandang persekitaran ...
Tediaa Ditinggalkan 2 Bulan Semasa Pkp Wanita Ini Terkedu Saat Buka Pintu Rumah Tong Gas Pun Mereka Sapu

Tediaa Ditinggalkan 2 Bulan Semasa Pkp Wanita Ini Terkedu Saat Buka Pintu Rumah Tong Gas Pun Mereka Sapu

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 471 hits
Ditinggalkan 2 bulan semasa PKP wanita ini terkedu saat buka pintu rumah ada hikmah dugaan Ramadan Tong gas pun mereka sapu saya langsung tak salahkan jiran jiran Keadaan rumah Nor Hamiza selepas dipecah masuk oleh perompak baru baru ini SE...
Roslin Hashim Jadi Runner Ayam Percik Semasa Pkp

Roslin Hashim Jadi Runner Ayam Percik Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 587 hits
BAGAIKAN hilang kata kata bekas pemain badminton perseorangan lelaki negara Roslin Hashim apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menyekat penularan wabak Covid 19 Disebabkan PKP beliau tidak dapat melatih pemain men...
Garis Panduan Solat Jumaat Semasa Pkp Akan Dibincangkan

Garis Panduan Solat Jumaat Semasa Pkp Akan Dibincangkan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 5 telah diadakan hari ini bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ment...
2 Bulan Masjid Dikunci Akhirnya Hari Ini Solat Jumaat Pertama Kali Diadakan Selepas Pkp

2 Bulan Masjid Dikunci Akhirnya Hari Ini Solat Jumaat Pertama Kali Diadakan Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 720 hits
Setelah hampir dua bulan Malaysia tidak mengadakan solat berjemaah di masjid dan surau selepas daripada Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Hari ini menjadi detik sejarah apabila pihak kerajaan telah membenarkan masjid dan surau dibuka...
Hari Pertama Bertugas Sejak Pkp Dilaksanakan

Hari Pertama Bertugas Sejak Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 277 hits
DAY 58 Hari kedua puluh satu RamadanHari pertama aku kembali bertugas sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Rasa berdebar debar pula nak ke tempat kerja apatah lagi nak memandu kereta Alhamdulillah selamat tiba di tempat kerja 60 k...
Mon Ryanti Selamat Lahirkan Anak Ketiga Jauh Dari Suami Kongsi Pengalaman Bersalin Sendiri Dalam Pkp

Mon Ryanti Selamat Lahirkan Anak Ketiga Jauh Dari Suami Kongsi Pengalaman Bersalin Sendiri Dalam Pkp

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 882 hits
Memang ramai yang pulang ke kampung semasa musim cuti persekolahan yang lepas sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Antara yang terkandas di kampung termasuklah pelakon Mon Ryanti yang ketika itu sedang hamil anak ketiga...
Start Pkp 2

Start Pkp 2

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 471 hits
1 April 2020 PKP 2 bermula 1 April hingga 14 April 2020 Jika keadaan masih tidak pulih Perdana Menteri akan umum PKP 3 pada 10 April 2020 Hari ini kes masih tinggi
Pkp Tiada Kelonggaran Untuk Orang Bujang Rentas Negeri

Pkp Tiada Kelonggaran Untuk Orang Bujang Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 274 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan tiada kelonggaran diberikan kepada individu bujang untuk aktiviti rentas negeriPengecualian tersebut diberikan hanya kepada pasangan suami isteri atas rasa perikemanusiaan memandangka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah