Bijak Tangani Khilaf




oleh Mohd Shahrizal Nasir
PERBEZAAN pandangan sememangnya adalah fitrah manusia. Mereka tidak sentiasa berada pada satu garisan yang sama setiap masa. Allah SWT menjelaskan hal ini menerusi firman-Nya bermaksud: “Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia itu umat yang satu. (Tetapi Dia tidak menjadikan yang demikian) dan kerana itulah mereka sentiasa berselisihan.” (Surah Hud, ayat 118)
Setiap individu Muslim perlu menyedari bahawa perselisihan pandangan satu perkara yang lumrah. Dan ia perlu sentiasa dilihat daripada sudut pandang positif. Sekiranya dilihat secara positif, pastinya perbezaan itu mendatangkan kebaikan untuk umat. Perbezaan pandangan
tidak dilihat sebagai satu
perkara yang mendatangkan perpecahan dan perbalahan.
Ada banyak ayat al-Quran menerangkan bahawa apa juga perbezaan dalam penciptaan makhluk Allah di atas muka bumi, ia memberi gambaran tentang kekuasaan dan kebesaran-Nya. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa dan warna kulit kamu…” (Surah ar-Rum, ayat 22)
Kebanyakan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama Islam berlaku dalam masalah fekah. Hal ini berlaku beberapa sebab antaranya perbezaan ulama membuat tafsiran terhadap nas membabitkan pendalilan
sesuatu hukum. Biasanya, perbezaan pemahaman terhadap nas ini merujuk kepada nas bersifat umum.
Perbezaan juga boleh berlaku disebabkan faktor tempat dan masa. Bagaimanapun, sekiranya perbezaan pendapat
itu dilihat secara positif,
maka ia melahirkan faedah positif. Umar bin ‘Abd ‘Aziz pernah menyebut bahawa beliau melihat fenomena perbezaan pendapat kalangan sahabat Rasulullah SAW sebagai satu yang baik kerana ia memberi rukhsah (keringanan) kepada umat.
Bagaimanapun, tiada istilah perbezaan atau perselisihan dalam bab akidah. Pegangan
Ahli Sunah Wal Jamaah adalah satu pegangan menyatukan seluruh umat Islam di bawah kalimah tauhid. Al-Quran dan Sunnah adalah dua sumber pegangan akidah tanpa
wujudnya kepelbagaian tafsiran daripada kalangan ulama.
Ini menjadi asas keutuhan pegangan akidah umat Islam.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunah) Rasul.” (Surah an-Nisa’, ayat 59)
Kejahilan umat Islam dalam menangani isu khilaf (perbezaan pandangan) menjadikan mereka berkecamuk. Lebih dikhuatiri,
ia bakal menjerumuskan
mereka ke dalam lembah kesesatan. Oleh itu, bagi orang awam, bertanyalah kepada mereka yang berilmu sekiranya berdepan sebarang masalah berkaitan agama. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, ayat 43)
Jika dalam bab agama pun,
kita diajar sentiasa bijak menangani perbezaan
pandangan maka amat wajar sekiranya perkara membabitkan urusan dunia ditangani secara bijaksana. Setiap orang pasti mempunyai pandangan tersendiri dalam urusan
dunia. Hal ini dibuat secara ijtihadi iaitu berdasarkan pemahaman masing-masing
yang tidak sempurna.
Oleh itu, elakkanlah terjebak dalam permusuhan dan perbalahan sesama umat hanya kerana perbezaan dalam bab politik kepartian. Tambahan pula sekarang ini, dapat diperhatikan ramai orang mengulas berkaitan isu semasa berdasarkan maklumat yang mereka peroleh. Mereka sebenarnya hanya tahu maklumat terhad ditambah sumber informasi pula daripada media sosial semata-mata.
Usahlah digadaikan keharmonian hidup bermasyarakat disebabkan perbezaan pandangan dalam bab politik atau seumpamanya. Hormati pandangan orang lain tanpa perlu menggadaikan maruah diri sendiri. Sesungguhnya perbalahan yang mengakibatkan permusuhan sesama sendiri hanya merosakkan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah
dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan;
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)
Penulis adalah pensyarah
Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti
Sultan Zainal Abidin




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/09/bijak-tangani-khilaf/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bijak-tangani-khilaf

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Tangani Stress Dengan Bijak Bestari

Jom Tangani Stress Dengan Bijak Bestari

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 267 hits
Jom tangani stress dengan bijak bestari Memang tak dinafikan semua orang pernah alami stress Agaknya sekarang ni pun ada yang tengah stress kan Hihi Korang tau tak stress ni apa benda sebenarnya Stress ni adalah tindak balas antara fizikal ...
Tak Hanya Rs Sulianti Saroso Kemenkes Ingatkan Rs Rujukan Tangani Corona

Tak Hanya Rs Sulianti Saroso Kemenkes Ingatkan Rs Rujukan Tangani Corona

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 145 hits
Dia juga menjelaskan tidak selamanya ruang isolasi di RSPAD penuh Menurut dia jika pasien yang terinfeksi virus menular sudah penuh akan dipindahkan ke ruangan biasa
Jika Dibutuhkan Pemerintah China Siap Kirim Tim Medis Bantu Tangani Corona

Jika Dibutuhkan Pemerintah China Siap Kirim Tim Medis Bantu Tangani Corona

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 197 hits
Kemarin juga dari Tiongkok sudah tim medis ke luar negeri Misalnya kami mengirim tim medis ke Iran untuk membantu situasi di sana
Agong Zahir Kebimbangan Titah Rakyat Bantu Kkm Tangani Covid19

Agong Zahir Kebimbangan Titah Rakyat Bantu Kkm Tangani Covid19

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 297 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan rakyat Malaysia untuk memainkan peranan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani penularan jangkitan COVID 19 di negara ini Datu...
Nurmansjah Lubis Puji Ide Jokowi Ahok Tangani Banjir Jakarta

Nurmansjah Lubis Puji Ide Jokowi Ahok Tangani Banjir Jakarta

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 209 hits
Dulu jaman Pak Jokowi Ahok ada bagus Namanya cerucuk cerucuk itu dipasang di titik poin tertentu yang ada cekungan kata Cawagub yang akrab disapa Ancah itu di kawasan Tendean Jakarta Jumat
Kpid Dki Apresiasi Langkah Cepat O Channel Tangani Kasus Penyiar Bola

Kpid Dki Apresiasi Langkah Cepat O Channel Tangani Kasus Penyiar Bola

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 255 hits
KPID DKI Jakarta memberikan apresiasi kepada pihak O Channel karena dinilai melakukan langkah cepat untuk mengatasi kasus penyiar sepakbola
7 Cara Tangani Kesedihan

7 Cara Tangani Kesedihan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 298 hits
Dalam menghadapi kehidupan seharian pastinya kita akan sentiasa didatangi dengan pelbagai jenis ujian dan cabaran Kadangkala ia datang dengan ujian hebat yang tidak disangka sangka Ada masanya sampai terduduk kita dibuatnya memikir seolah o...
Tangani Corona Dengan Silent Jokowi Tak Ingin Rakyat Panik Dan Resah

Tangani Corona Dengan Silent Jokowi Tak Ingin Rakyat Panik Dan Resah

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 177 hits
Presiden Joko Widodo menegaskan pemerintah RI telah bekerja keras melakukan penangan terhadap virus corona COVID 19 Bahkan pemerintah juga melibatkan BIN Polri untuk melacak penyebaran virus corona di Tanah Air
Untuk Pertama Kali Iran Ajukan Pinjaman Kepada Imf Untuk Tangani Wabah Virus Corona

Untuk Pertama Kali Iran Ajukan Pinjaman Kepada Imf Untuk Tangani Wabah Virus Corona

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 246 hits
Untuk pertama kalinya selama puluhan tahun Iran meminta bantuan kepada IMF untuk menangani wabah virus corona Iran adalah salah satu negara dengan kasus tertinggi virus corona di luar China
Dimensi Psikologi Dalam Kejadian Kemalangan Jalan Raya Dengan Hidupan Liar

Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

Choosing The Right Mortar Cement For Reliable Masonry Work

Sri Pahang Diharap Tidak Berkubur Terus Dan Hanya Hilang Semusim Sahaja Dari Peta Liga Malaysia

Hukum Mewarnakan Rambut Untuk Lelaki Dalam Islam

Petua Mengurus Konflik Dengan Bijak

Transnusa S Affordable Flight Kuala Lumpur Jakarta What You Need To Know

Ulasan Mad Unicorn Di Netflix Kisah Benar Bangkit Dari Bawah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seni Berdamai Dengan Takdir Refleksi Dari Lagu

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

Segerakan Perkahwinan Anak Bila Ada Yang Meminang

Hinged Lid Box Custom Gabungan Fungsi Gaya Untuk Pembungkusan Eksklusif

Sate Versi Sihat

Why Full Arch Implants Are The Future Of Complete Tooth Replacement