Agong Zahir Kebimbangan Titah Rakyat Bantu Kkm Tangani Covid19


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan rakyat Malaysia untuk memainkan peranan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 di negara ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata Seri Paduka turut menzahirkan kebimbangan berikutan pengesanan 28 kes baharu jangkitan COVID-19 semalam.


Justeru, Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat memberi kerjasama sepenuhnya kepada KKM bagi proses siasatan dan mengenal pasti kontak rapat pesakit baharu tersebut agar jangkitan COVID-19 dibendung dengan segera dan berkesan.


“Seri Paduka bertitah rakyat turut digesa untuk menghubungi Khidmat Nasihat Kesihatan Dalam Talian atau Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara CPRC), melalui laman sesawang KKM untuk sebarang keraguan dan pertanyaan serta maklumat,” katanya.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong turut menasihatkan rakyat supaya patuh kepada panduan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan KKM untuk mengelak penularan COVID-19.


Katanya, Yang di-Pertuan Agong turut menasihatkan penganjur-penganjur majlis menjalankan saringan gejala dan sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari kebelakangan dari tarikh program terhadap peserta selain menyediakan hand sanitiser (cecair pembasmi kuman) yang mencukupi bagi kegunaan peserta.

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas tindakan segera, rawatan dan pemantauan berterusan oleh KKM serta agensi berkaitan dalam usaha memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksana secara berkesan.

“Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas usaha KKM dalam menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat bagi mengenal pasti punca di mana kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan tersebut.

“Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat untuk bersama-sama baginda berdoa memohon ihsan Allah SWT supaya Malaysia dan dunia dilindungi daripada wabak berkenaan serta memudahkan pihak berkuasa tempatan dan di kawasan terjejas menangani gejala wabak ini,” katanya.


Semalam, KKM mengesahkan penambahan 28 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus itu di Malaysia sebanyak 83 kes.

— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/agong-zahir-kebimbangan-titah-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Positif Covid 19 Meningkat Kepada 83 Agong Titahkan Rakyat Bantu Penularan Wabak

Kes Positif Covid 19 Meningkat Kepada 83 Agong Titahkan Rakyat Bantu Penularan Wabak

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 589 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia untuk memainkan peranan membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani penularan COVID 19 di negara ini Datuk Pengelola Bijaya Diraja Is...
Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 443 hits
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menzahirkan dalam kenyataan rasmi dari Istana Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari Istana Negara melant...
Agong Setuju Dewan Rakyat Untuk Tidak Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Depan

Agong Setuju Dewan Rakyat Untuk Tidak Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Depan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 303 hits
Yang di Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang ahli Dewan Rakyat yang kepercayaan majoriti dalam Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu Pihak Istana Negara akan berhubung dengan ketua ketua pimpinan parti polit...
Saya Mohon Rakyat Malaysia Terima Keputusan Ydp Agong Muhyiddin

Saya Mohon Rakyat Malaysia Terima Keputusan Ydp Agong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 395 hits
Susulan keputusan dari Istana Negara yang mana Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Muhyiddin yang member...
Bersyukur Muhyiddin Mohon Seluruh Rakyat Terima Baik Keputusan Agong

Bersyukur Muhyiddin Mohon Seluruh Rakyat Terima Baik Keputusan Agong

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 497 hits
Menzahirkan kesyukuran atas perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah melantiknya sebagai Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan y...
Bantu Rakyat Rm1j Permulaan Tabung Covid 19 Pm

Bantu Rakyat Rm1j Permulaan Tabung Covid 19 Pm

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 308 hits
Tubuh Tabung Covid 19 bantu rakyat PMPUTRAJAYA Kerajaan Perikatan Nasional telah menubuhkan Tabung Covid 19 untuk membantu rakyat yang tidak dapat bekerja disebabkan terjejas selepas dikuarantinkan angkara wabak Covid 19 Menurut Perdana Men...
Taati Perkenan Dan Titah Yang Di Pertuan Agong

Taati Perkenan Dan Titah Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 357 hits
Istana Negara Petang ini setelah koflik berkaitan pelantikan Perdana Menteri berlarutan selama lebih kurang seminggu perkenan KBDYMM SPB Yang di Pertuan Agong untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri telah menghentikan...
Umum Tiada Sidang Rakyat Agong Panggil Speaker Menghadap

Umum Tiada Sidang Rakyat Agong Panggil Speaker Menghadap

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 312 hits
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dilaporkan dipanggil sekali lagi ke Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Ini berikutan Mohamad Ariff dalam satu kenyataan berkata persidangan khas Dewan Rakyat itu t...
Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 313 hits
Pakatan Harapan menolak cadangan Perdana Menteri Sementara Tun Mahathir untuk memanggil sidang Dewan Rakyat bagi melantik Perdana Menteri Dalam kenyataan medianya Majlis Presiden PH berkata Mahathir tidak wajar mendahului titah Yang di Pert...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sehijau Warna Itu

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

Resepi Kek Lapis Dendam Aurora

Sir Ni Blippi Malaysia Kan Teknik Chant Cikgu Ini Buat Anak Mudah Ingat Ejaan

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading