Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Kuatkan iman, pupuk kesabaran dan mantapkan keyakinan dalam menghadapi kesedihan ini.
Masalah adalah asam garam dalam kehidupan. Ia akan sentiasa datang dan pergi. Hidup sememangnya untuk diuji dengan masalah. Akhirnya, masalah inilah yang kana menjadikan kita kuat dari hari ke hari.
Kita perlu sedar, Tuhan tidak menguji hambanya kecuali sesuai dengan kemampuannya. Kita perlu ingat, semua orang ada masalah. Bezanya cuma jenis dan caranya sahaja.
Analoginya, umpama kita mengambil sacubit garam dan masukkannya ke dalam air dalam gelas, sudah pasti air itu akan menjadi masin. Namun, bagaimana pula jika kita masukkan secubit garam ke dalam kolah yang besar, air tidak akan terasa masin.
Tidak logik dalam kehidupan ini, kita tidak ada masalah. Bezanya cuma kecil atau besar dan mampu atau tidak kita hadapinya. Bukan masalah yang perlu diambil perhatian. Namun, apa yang lebih penting ialah bagaimana kita hadapi masalah tersebut.
Ujian itu hadiah dari Tuhan. Cuba tukar perkataan ‘masalah’ kepada ‘ujian atau cabaran’. Ia juga mungkin satu peringatan daripada Tuhan agar kita sentiasa mengingat pada-Nya. Apabila kita ingat Allah, Allah akan saya ng kepada kita.
Berdoalah dengan tuhan agar kesusahan kita di akhirat kelak akan diringankan. Anggap sahaja kesedihan masalah yang menimpa itu merupakan ujian yang mampu mengurangkan dosa-dosa kecil kita.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |