Bicara Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Di Sambung 13 Julai



KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak, akan bersambung selama 31 hari di Mahkamah Tinggi di sini bermula 13 Julai depan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas timbalan pendakwa raya Poh Yih Tinn memaklumkan bahawa pihak-pihak terlibat telah berbincang mengenai tarikh sesuai untuk perbicaraan kes berkenaan.
Tarikh perbicaraan yang ditetapkan ialah 13 sehingga 16 Julai; 3 hingga 6 Ogos; 17 hingga 19 Ogos; 7 hingga 10 Sept; 14 hingga 17 Sept; 5 hingga 8 Okt; 2 hingga 5 Nov dan 16 hingga 19 Nov.
Perkara itu turut disahkan peguam Akberdin Abdul Kadir mewakili Rosmah, yang dikecualikan hadir ke mahkamah hari ini.
Poh berkata, pihak pendakwaan akan memanggil 9 lagi saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu dan 3 lagi penyataan saksi akan diserahkan kepada pihak pembelaan hujung bulan ini.
Setakat ini, 12 saksi pendakwaan memberi keterangan dan apabila perbicaraan bersambung pada 13 Julai, pihak pembelaan akan meneruskan dengan pemeriksaan balas terhadap saksi ke-12, bekas ketua setiausaha Kementerian Pendidikan (MOE) Alias Ahmad.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan 9 hingga 11 Jun, 6 hingga 9 Julai, 13 hingga 16 Julai dan 20 hingga 23 Julai untuk menyambung perbicaraan kes berkenaan.
Rosmah, 68, berdepan 1 pertuduhan meminta RM187.5 juta dan 2 pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantu beliau, Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Rosmah sebelum ini sepatutnya dibicarakan bersama Rizal, yang menghadapi 4 pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak Rosmah berhubung projek berkenaan, namun pada 8 Jan lepas mahkamah melepas dan membebaskan Rizal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/bicara-kes-rasuah-projek-solar-rosmah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Muhyiddin Akan Berlembut Dengan Kes Rasuah Sekarang Dan Sebelumnya

Apakah Muhyiddin Akan Berlembut Dengan Kes Rasuah Sekarang Dan Sebelumnya

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 338 hits
Apakah era PH ada yang dilepaskan akan turut berlaku di era Muhyiddin Whats so special ia tidak akan berlaku Atau kembali ke era Cash Is King dan derma tok arab
Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor

Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 482 hits
Baru baru ini heboh tentang siasatan SPRM mengenai kontrak RM 30 juta Kementerian Kesihatan Malaysia Perkara ini menjadi peluru kepada ahli ahli politik PH menyerang KKM yang sedang bertarung siang dan malam untuk membendung penularan COVID...
Perbicaraan Kes Rasuah Rm2 Juta Tengku Adnan 29 Jun Ini

Perbicaraan Kes Rasuah Rm2 Juta Tengku Adnan 29 Jun Ini

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa menerima rasuah berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan disambung pada 29 Jun ini di Mahkamah Tinggi di sini ...
Kes Riza Belum Bicara Dan Bebas

Kes Riza Belum Bicara Dan Bebas

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 347 hits
Apa kecoh kecoh pasal Riza Aziz bebas ni Dia tak buat salah sebab tu la dia bebas Ye keeeee Ikuti THREAD ringkas ini bagaimana penjenayah seperti Riza Aziz boleh lepas hanya dgn pulangkan duit yang telah dicurinya Cerita dia macam ni Riza A...
Hakim Digugur Daripada Dengar Kes Rasuah Ku Nan Untuk Kekal Keyakinan Awam

Hakim Digugur Daripada Dengar Kes Rasuah Ku Nan Untuk Kekal Keyakinan Awam

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 364 hits
Panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati hakim Mahamah Tinggi boleh bersikap berat sebelah terhadap Tengku Adnan
Bicara Kes Kasuah Pecah Amanah Zahid Bersambung 15 Jun

Bicara Kes Kasuah Pecah Amanah Zahid Bersambung 15 Jun

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 218 hits
KUALA LUMPUR Selepas ditangguh selama dua bulan perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi akan ...
Hanya Tinggal 26 Kes Covid 19 Dirawat Seluruh Sabah

Hanya Tinggal 26 Kes Covid 19 Dirawat Seluruh Sabah

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 450 hits
Tiada kes baharu hari ini tinggal 26 kes dalam rawatan di hospital seluruh Sabah Hanya Tinggal 26 kes COVID 19 seluruh Sabah Kes positif Covid 19 baharu kembali sifar menjadikan jumlah keseluruhan kekal 317 di Sabah Pada masa sama jumlah ke...
Covid 19 Singapura Catat 753 Kes Positif Sahkan Lima Kluster Baru Hari Ini

Covid 19 Singapura Catat 753 Kes Positif Sahkan Lima Kluster Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 321 hits
SINGAPORE 9 Mei Singapura pada Jumaat melaporkan bahawa sejumlah 328 pesakit lagi telah pulih daripada jangkitan COVID 19 namun hari ini mengesahkan 753 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 22 460 Menurut k...
Minggu Minggu Akan Datang Tempoh Kritikal Bagi Kita Jika Kes Meninggkat Pkpd Mungkin Dilaksana Di Kawasan Terjejas Pm

Minggu Minggu Akan Datang Tempoh Kritikal Bagi Kita Jika Kes Meninggkat Pkpd Mungkin Dilaksana Di Kawasan Terjejas Pm

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 318 hits
Beberapa minggu ke hadapan bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini adalah tempoh waktu yang kritikal Halaman Facebook Kementerian Kesihatan memetik ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini b...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord