Biasiswa Mybrainsc 2021


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Biasiswa MyBrainSc 2021 ini merupakan biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama, ijazah sarjana, dan juga ijazah kedoktoran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Permohonan biasiswa ini dibuka bermula 16 Mac 2021 sehingga 15 April 2021 (jan 11:59 malam).
Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik sama ada di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), atau universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league.
Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
Objektif Program MyBrainSc KPM memperuntukkan penawaran biasiswa MyBrainSc ini dengan berdasarkan beberapa objektif utama, iaitu:
Memastikan bilangan tenaga pengajar di IPTA dalam bidang sains tulen mencukupi. Menggalakkan pelajar-pelajar cemerlang untuk menceburi bidang sains tulen. Menghasilkan rakyat yang dianggap pakar dan layak dianugerahkan penghargaan tertinggi seperti Nobel Laureate bagi mencapai dasar pengajian tinggi negara bertaraf dunia. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang berasaskan sains dan inovasi serta menyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Peringkat Pengajian Program ini boleh di mohon oleh pelajar-pelajar yang sedang mengikut pengajian di salah satu peringkat pengajian di bawah ini:
Kedoktoran (PhD) Sarjana Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana Muda Syarat Permohonan MyBrainSc Syarat permohonan bagi setiap peringkat pengajian adalah berbeza-beza, berikut merupakan senarai syarat yang ditetapkan bagi permohonan program ini.
Peringkat Kedoktoran (PhD) Calon adalah warganegara Malaysia; Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon; Calon mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama; Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini; Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam/swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini; Calon yang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan akan diberi keutamaan dan calon yang berada di semester akhir di peringkat Sarjana juga layak memohon; dan Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan. Peringkat Sarjana Calon adalah warganegara Malaysia; Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon; Calon mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 atau Kelas Pertama bagi program yang tidak menggunakan PNGK; Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini. Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam/swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini; Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen juga layak memohon; Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan. Peringkat Ijazah Pertama Calon adalah warganegara Malaysia; Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon; Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains / Matrikulasi / STPM / Diploma, Skala 1800/2400 dalam SAT, 40/45 dalam (IB) dan 4 A dalam A Level; Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains / Matrikulasi / STPM / Diploma / SAT / IB / A Level juga layak memohon; dan Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja. Perjanjian Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;
Calon diberhentikan oleh institusi pengajian kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian. Cara Permohonan MyBrainSc Permohonan dibuka mulai pada 16 Mac 2021 (jam 6 petang) sehingga 15 April 2021 (jam 11:59 malam) Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD. Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP). Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat. Dapatkan “Panduan Mengimbas Dokumen & Panduan Menukar Format Dokumen” di sini
Di sini admin nak kongsikan beberapa panduan berkenaan mengimbas dokumen dan juga panduan menukar format dokumen. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : 
Panduan Mengimbas Dokumen Sokongan Panduan Menukar Format Dokumen Menggunakan Perisian PDF Creator Dokumen Sokongan yang Diperlukan Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bagi setiap peringkat pengajian juga berbeza-beza, para pemohon dinasihatkan agar peka dengan kategori peringkat pengajian masing-masing bagi mengenal pasti dokumen sokongan yang sepatutnya.
Permohonan Peringkat Kedoktoran (PhD) Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang). Gambar berukuran passport. Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Transkrip penuh Ijazah Pertama. Skrol Ijazah Sarjana. Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia. Surat Tawaran Universiti (jika ada) Walau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan. Permohonan Peringkat Ijazah Sarjana Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang). Gambar berukuran passport. Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Transkrip penuh Ijazah Pertama. Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia. Surat Tawaran Universiti (jika ada) Permohonan Peringkat Ijazah Pertama Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang). Gambar berukuran passport. Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Transkrip penuh Asasi / Matrikulasi / STPM / IB / A-level / Diploma / SAT. Surat Tawaran Universiti (jika ada) Maklumat Lanjut Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini, boleh diajukan menerusi:
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya Talian Utama: 03 – 8870 6000 Faks: 03 – 8870 6839 Diharapkan semoga perkongsian artikel Biasiswa MyBrainSc 2021 ini dapat memberi pendedahan kepada semua lapisan pelajar di institut pengajian tinggi sama ada di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ataupun ijazah kedoktoran dalam mencari tajaan pengajian masing-masing. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini agar dapat dimanfaatkan kepada lebih ramai pelajar terutamanya.
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021 ataupun Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka.
Biasiswa MyBrainSc 2021
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/03/biasiswa-mybrainsc-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2021

Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2021

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 476 hits
Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2021 ini merupakan biasiswa ijazah sarjana muda terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia Permohonan ini dibuka sehingga 12 April 2021 pad...
Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 486 hits
Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka permohonannya bermula pada jam 5 petang 15 Mac sehingga 9 April 2021 Jabatan Perkhidmatan Awam ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di Pertuan Ago...
Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan Ump 2021

Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan Ump 2021

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 426 hits
Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021 kini mula dibuka sehingga 31 Mac 2021 Etiqa General Takaful Berhad telah bersetuju melaksanakan Program kerjasama dengan Yayasan UMP bagi menubuhkan inisiatif penajaan Biasiswa Kecemerla...
Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021

Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 494 hits
Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021 ini dibuka kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat mulai 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 Yayasan Pahang telah membuka permohonan biasiswa sekolah menengah ini bagi sesi persekolah...
Biasiswa Perguruan Persekutuan Ismp 2021

Biasiswa Perguruan Persekutuan Ismp 2021

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 299 hits
Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021 ini ialah tawaran Biasiswa Perguruan Ijazah Sarjana Muda di seluruh Universiti Awam dalam Malaysia bagi tahun 2021 Permohonan ini dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2021 jam 5 petang Permohonan biasi...
Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Semakan Status Warga Emas 2021

Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Semakan Status Warga Emas 2021

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 483 hits
PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA RM500 SEMAKAN STATUS WARGA EMAS 2021 Bantuan Orang Tua ini juga dikenali sebagai Kepada yang layak boleh buat permohonan Bantuan Orang Tua RM500 Bantuan ini telah dinaikan kepada RM500 daripada RM350 bermula 202...
Jawatankuasa Kgs Baharu 2021 2022

Jawatankuasa Kgs Baharu 2021 2022

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 516 hits
JAWATANKUASA KELAB GURU STAF 2021 2022 PENGERUSI Cikgu Hafiz bin Hj Ramli NAIB PENGERUSI Cikgu Muhammad Asyraf bin Johari SETIAUSAHA Puan Nazatul Idayu binti Azman NAIB SETIAUSAHA Cikgu Haslamiah binti Hassan BENDAHARI Cikgu Roziwa binti Ma...
Permohonan Institut Pendidikan Guru Pismp 2021 Dibuka Esok

Permohonan Institut Pendidikan Guru Pismp 2021 Dibuka Esok

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 413 hits
Permohonan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Institut Pendidikan Guru bagi sesi 2021 Permohonan boleh dibuat secara online melalui sistem Permo...
Ini 4 Aturan Bepergian Dengan Pesawat Ke Bali Yang Berlaku Sampai 22 Maret 2021

Ini 4 Aturan Bepergian Dengan Pesawat Ke Bali Yang Berlaku Sampai 22 Maret 2021

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 229 hits
Hal ini tertuang dalam Surat Edaran Gubernur Bali Nomor 6 Tahun 2021 tentang Perpanjangan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Berbasis Desa Kelurahan dalam Tatanan Kehidupan Era Baru di Provinsi Bali
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025