Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan Ump 2021


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021 kini mula dibuka sehingga 31 Mac 2021. Etiqa General Takaful Berhad (Etiqa) telah bersetuju melaksanakan Program kerjasama dengan Yayasan UMP bagi menubuhkan inisiatif penajaan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful.
Tawaran biasiswa ini boleh dimohon oleh para pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda mulai sesi 2020/2021. Biasiswa yang ditawarkan ini adalah terbuka kepada semua bidang pengajian yang berdaftar di Universiti Malaysia Pahang. Selain itu, terdapat juga beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar sebelum membuat permohonan.
Syarat-syarat Permohonan Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi kedua-dua syarat asas dan syarat khusus berikut:
Syarat-syarat Asas Warganegara Malaysia. Umur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh permohonan dibuat. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian UMP (bagi kemasukan Semester 1 sesi 2020/2021. Pelajar yang aktif di dalam Ko-Kurikulum. Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah. Syarat-syarat Khusus Syarat-syarat khusus ini adalah berdasarkan kelayakan akademik pemohon, antaranya ialah:
Keputusan Peperiksaan Semester 1 Sesi 2020/2021 UMP: CGPA 3.50 dan ke atas. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019: CGPA 3.50 dan ke atas. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai SPM: 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan. Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia / UIA / Politeknik / Program Asasi / IPTA / Diploma dan lain-lain: CGPA 3.50 dan ke atas. Calon yang Tidak Layak Memohon Berikut merupakan calon-calon yang tidak layak untuk memohon biasiswa ini, iaitu:
Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat asas dan juga syarat-syarat khusus yang telah ditetapkan. Calon yang telah mendapat tajaan daripada mana-mana badan penaja lain. Pelajar yang sedang mengikuti program atau kursus jarak jauh / program atau kursus separuh masa. Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Dwi Ijazah, Program Luar Kampus, dan Program Jarak Jauh. Cara-cara Permohonan Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapatkan di bawah. Borang permohonan tersebut perlulah dilengkapkan dan kemudian hantar kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di Kampus Gambang atau Pekan melalui salah satu alamat emel berikut:
[email protected] [email protected] atau boleh juga dihantar secara manual ke alamat berikut:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300 Gambang, Kuantan Pahang. Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur. Dapatkan “Borang Permohonan Biasiswa” di sini
Di sini admin nak kongsikan borang permohonan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP Tahun 2021. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : 
Borang Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021 Nota Penting Permohonan perlu dihantar pada atau sebelum 31 Mac 2021 jam 4.30 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan akan dipanggil ditemu duga. Keputusan permohonan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful dijangka akan diumumkan selepas 50 hari dari tarikh tutup permohonan. Maklumat Lanjut Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan ini boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP di talian berikut:
Telefon: 09-5492545 / 09-4245700 Semoga perkongsian Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021 ini dapat membantu para pelajar khususnya penuntut Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaysia Pahang yang masih tercari-cari sebarang tajaan atau biasiswa pendidikan. Para pelajar dinasihatkan agar membaca syarat-syarat permohonan sepebuhnya terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka atau Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021.
Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/03/biasiswa-kecemerlangan-etiqa-takaful-yayasan-ump-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 457 hits
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Untuk makluman anda Yayasan Pahang membuka lagi peluang permohonan biasiswa untuk pelajar sekolah menengah tingkatan 1 dan 4 iaitu Biasiswa Sekolah Menengah Bagaimana caranya untuk buat permohonan Jangan...
Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021

Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 513 hits
Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021 ini dibuka kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat mulai 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 Yayasan Pahang telah membuka permohonan biasiswa sekolah menengah ini bagi sesi persekolah...
Biasiswa Mybrainsc 2021

Biasiswa Mybrainsc 2021

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 359 hits
Biasiswa MyBrainSc 2021 ini merupakan biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama ijazah sarjana dan juga ijazah kedoktoran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Permohonan biasiswa ini dibuka bermula 16 Mac 2021 sehingga ...
Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 460 hits
Musim persekolahan dan mahasiswa sudah mula dengan semester baru Jadi disini kami cuba senaraikan pelbagai bantuan pelajaran yang sesuai untuk anda dalam kategori biasiswa pinjaman zakat dan sebagainya untuk tahun 2021 Bantuan ini pastinya ...
Biasiswa Perguruan Persekutuan Ismp 2021

Biasiswa Perguruan Persekutuan Ismp 2021

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 314 hits
Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021 ini ialah tawaran Biasiswa Perguruan Ijazah Sarjana Muda di seluruh Universiti Awam dalam Malaysia bagi tahun 2021 Permohonan ini dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2021 jam 5 petang Permohonan biasi...
Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 506 hits
Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka permohonannya bermula pada jam 5 petang 15 Mac sehingga 9 April 2021 Jabatan Perkhidmatan Awam ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di Pertuan Ago...
Selamat Menyambut Israk Mikraj 2021

Selamat Menyambut Israk Mikraj 2021

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 619 hits
Selamat Menyambut Israk Mikraj 2021 Esok kita kan menyambut Israk Mikraj untuk tahun 2021 Syukur kita masih lagi berpeluang untuk menyambut Israk Mikraj di tahun The post appeared first on
Penyanyi Malaysia Masuk Bertanding American Idol Tahun 2021

Penyanyi Malaysia Masuk Bertanding American Idol Tahun 2021

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 477 hits
GALAKSI VIRAL Seorang penyanyi berasal daripada Malaysia telah menghadiri ujibakat pertandingan popular American Idol di Amerika Syarikat baru baru ini Nyanyian beliau dihakimi oleh tiga artis nama besar di Hollywood iaitu Katy Perry Lionel...
5461 Aktiviti Aadk Ppim Sumbang Keperluan Asas Kepada Ppr Air Panas Ppim 10 03 2021

5461 Aktiviti Aadk Ppim Sumbang Keperluan Asas Kepada Ppr Air Panas Ppim 10 03 2021

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 343 hits
Serahan sumbangan keperluan asas kepada PPR Air Panas oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia Turut serta Pengarah AADK WPKL Tn Md Razif Wan dan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Joha...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Overcoming The Funding Challenges

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Metamask Security Warning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Kali Ganda Lebih Ramai Isu Kesihatan Mental Kanak Kanak Makin Membimbangkan

Puasa Sunat Enam Syawal

Resepi Kueh Seri Muka

Metamask Security Warning

Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots