Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2021
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021 ini merupakan biasiswa ijazah sarjana muda terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia. Permohonan ini dibuka sehingga 12 April 2021 pada jam 11:59 malam.
Program biasiswa ini menekankan pengembangan diri secara holistik dan berdasarkan nilai-nilai murni. Oleh itu, penerima-penerima biasiswa akan menjalani program kepimpinan selama dua tahun untuk menghasilkan impak positif kepada masyarakat pada masa kini dan juga masa hadapan.
Program Kepimpinan BTAR
Mentorship
Scholar akan menerima bimbingan oleh para profesional dan juga Alumni Tunku Scholar tentang kerjaya dan perkembangan diri.
Peluang Pembangunan
Scholar akan menghadiri bengkel dan kem sepanjang 2 tahun untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.
Projek Kemasyarakatan
Sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kepimpinan diri, setiap Scholar perlu mengurus dan menjalankan sebuah projek kemasyarakatan di bawah bimbingan Yayasan ini.
Bantuan Kewangan BTAR
Berikut merupakan bentuk bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pemohon yang layak:
Yuran Universiti
Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang
diiktiraf oleh MQA.
Elaun Bulanan
Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.
Elaun Tahunan
Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap Scholar. Dana ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan. Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.
Elaun Sekali Sepanjang Biasiswa
Bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).
Kriteria Kelayakan BTAR
Berikut merupakan senarai kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan biasiswa ini, antaranya ialah:
Warganegara Malaysia
Umur Tidak Melebihi 25 Tahun Pada Tarikh Tutup Permohonan
Tergolong dalam Salah Satu Kategori Tersebut
Pelajar ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun.
Penerima surat tawaran yang akan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta bermula tahun 2021.
Pelajar yang sedan memohon kemasukan program ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta pada tahun 2021.*
*NOTA: Pemohon yang berjaya bagi kategori ini hanya akan dianugerahkan surat tawaran bersyarat sehingga mereka menerima surat pengajian yang rasmi daripada universiti tempatan (awam atau swasta) yang diiktiraf oleh MQA.
Kriteria Pemilihan BTAR
Pihak Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) menggalakkan semua rakyat Malaysia dalam semua bidang pengajian untuk memohon kerana setiap permohonan akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pasukan YTAR. Antara kriteria pemilihan yang dicari dalam proses pemilihan ialah:
Ketabahan
Keupayaan untuk mengatasi cabaran dan tabah dalam menetapkan dan mencapai matlamat peribadi, tanpa mengira kegagalan.
Kepimpinan
Mempunyai pengalaman kepimpinan (dalam kelab atau persatuan dan mempunyai matlamat untuk mempengaruhi orang lain secara positif dan memacu perubahan di Malaysia dalam keupayaan tersendiri (di dalam dan di luar Malaysia)
Semangat untuk belajar
Kami meraikan pelajar dengan minda yang sangat dahaga dan naluri ingin tahu intelek untuk meneroka bidang pengajian mereka dan melampauinya.
Keupayaan Akademik
Keupayaan akademik yang dipasangkan dengan minat pembangunan diri melalui penyertaan aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum. Pihak YTAR mempertimbangkan:
PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAU
BBB untuk A-level
NOTA: Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih digalakkan untuk memohon.
Keperluan Kewangan
Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang berada dalam kategori berikuti:
Latar belakang keluarga yang berkeperluan tinggi dan berpendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawah.
Pertama dalam keluarga yang menyambung pengajian ke universiti.
Pernah atau sedang melalui cabaran hidup yang sukar.
Berada dalam apa-apa keadaan yang sukar dan unik seperti pelajar yang kurang upaya atau berasal dari kawasan luar bandar di Malaysia.
Pihak YTAR sangat menggalakkan penyertaan surat perakuan oleh guru / pengetua / dekan atau mana-mana pihak berkuasa lain di institusi pendidikan anda untuk menyokong permohonan anda.
Cara Permohonan BTAR
Permohonan bagi biasiswa ini boleh dilakukan secara dalam talian. Individu yang berkelayakan boleh membuat permohonan menerusi pautan di bawah ini.
Permohonan BTAR 2021 telah dibuka.
Maklumat Lanjut BTAR
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini, anda boleh hubungi:
Talian: +603 2283 6063
e-mel:
[email protected]
Diharapkan perkongsian Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021 ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar peringkat pengajian ijazah sarjana muda yang sedang mencari tajaan biasiswa pelajaran. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat biasiswa ini kepada sesiapa sahaja yang layak memohon.
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa MyBrainSc 2021 , Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara 2021, ataupun Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021.
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021
Noorazlin Abu Bakar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/03/biasiswa-tunku-abdul-rahman-btar-2021.html