Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka permohonannya bermula pada jam 5 petang 15 Mac sehingga 9 April 2021. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021.
Permohonan BYDPA ini ditujukan khas kepada para penuntut universiti yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam. Penawaran BYDPA ini merangkumi pelajar-pelajar sama ada di institusi pengajian tinggi tempatan ataupun institusi pengajian tinggi terkemuka dunia yang disenaraikan oleh pihak JPA mengikut bidang penajaan.
Syarat-syarat Permohonan BYDPA 2021
Syarat permohonan BYDPA 2021 ini terdiri daripada syarat-syarat umum dan juga syarat-syarat khusus, iaitu:
Syarat-syarat Umum
Warganegara Malaysia
Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2021
Syarat-syarat Khusus
Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
Nota : Calon-calon yang memenuhi syarat permohonan akan disaring lanjut oleh pihak JPA sebelum disenarai pendek untuk menghadiri temuduga. Keutamaan dalam pemilihan calon penerima BYDPA adalah di kalangan mereka yang:
aktif dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan
menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya; dan
mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
Cara Permohonan BYDPA 2021
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (online) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 15 Mac 2021 (Isnin). Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon. Untuk makluman, ruangan perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan hanya perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.
Borang permohonan yang lengkap tersebut hendaklah dikepilkan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
Salinan ijazah pertama atau setaraf. (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan)
Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf. (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D)
Surat tawaran tanpa syarat daripada universiti / institusi pengajian.
Salinan sijil-sijil / surat pengesahan ko-kurikulum yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. (Sila rujuk panduan penulisan pada bahagian muat turun di bawah)
Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan. (dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja)
Dokumen permohonan yang lengkap seperti di atas hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 9 April 2021 (Jumaat) sama ada melalui serahan tangan atau melalui pos ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Dapatkan “Maklumat Tambahan BYDPA 2021” di sini
Di sini admin nak kongsikan beberapa maklumat tambahan BYDPA 2021 di sini. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Panduan Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan bagi Permohonan BYDPA Tahun 2021.
Senarai Institusi Pengajian Tinggi Tempatan mengikut Bidang Pengajian.
Senarai Universiti Terkemuka Dunia mengikut Bidang Pengajian.
Senarai Perincian Bidang Sains dan Teknologi.
Peringatan Bersama
Sebagai peringatan mesra, pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja dan semua pemohon termasuk ibu bapa pemohon adalah tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan.
Pemohon yang memenuhi syarat permohonan dan saringan lanjut oleh pihak JPA sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendek menghadiri temu duga.
Panggilan temu duga akan dimaklumkan melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my/ dan adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk sentiasa menyemak maklumat di portal tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara ini. Pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temu duga dan membawanya bersama dokumen/sijil asal untuk dokumen sokongan yang dinyatakan di atas semasa menghadiri temuduga.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA Tahun 2021 boleh dilakukan menerusi,
Hubungi talian: 03 – 8885 3879 / 3569
E-mel:
[email protected]
Semoga perkongsian artikel Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka ini dapat membantu penuntut universiti peringkat Sarjana atau Doktor Falfasah (Ph.D) dalam bidang-bidang berkenaan untuk memohon biasiswa yang ditawarkan oleh JPA. Harapan kami agar lebih banyak permohonan biasiswa pasca ijazah dalam semua bidang dapat diperuntukkan secara meluas.
Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian 30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP ataupun Panduan Lengkap Tuntutan Covid-19 MySalam.
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka
Noorazlin Abu Bakar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/03/biasiswa-yang-di-pertuan-agong-2021-kini-dibuka.html