Biasalah Anak Demam Tapi Kalau Selalu Sangat Dah Sampai Masa Ayah Stop Merokok


Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Baca Artikel Ini: [Bila Isteri Kata Penat, Maksudnya Bukan Tak Larat Tapi Dia Cuma Nak Kita Tahu, Suami Tolonglah Faham!]
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.

Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.

Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
Artikel Menarik: [Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi, Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil]
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.

Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar. Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.

Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.

Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Artikel Menarik: [Stresnya Rambut Banyak Gugur Lepas Bersalin, Apa Kaitannya Dengan Air Liur Anak?]
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.

Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/biasalah-anak-demam-tapi-kalau-selalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Besarkan Anak Mak Ayah Penat Berbaloi Sangat Itu Tandanya Allah Sayang

Masa Besarkan Anak Mak Ayah Penat Berbaloi Sangat Itu Tandanya Allah Sayang

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 552 hits
Dalam mendidik anak anak kita perlu komitmen yang tinggi Kita perlu devotion terhadap peranan kita terhadap anak anak kita Jika kita menyangkakan membesarkan anak anak ini mudah dan tiada cabaran sebenarnya kita telah tersalah sangka Anak a...
Lelaki Kelakar Selalunya Ayah Yang Tegas Tapi Jangan Diusik Anak Anaknya Sangat Protective

Lelaki Kelakar Selalunya Ayah Yang Tegas Tapi Jangan Diusik Anak Anaknya Sangat Protective

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 724 hits
Ramai mengenali Nabil Ahmad sebagai pelawak dan penghibur Lasak bersahaja dan orangnya ceria Tak pernahlah lihat Nabil bermasam muka di mana mana Mendekati personaliti ini Pa Ma sempat bertanyakan tentang perwatakannya dengan anak anak Iste...
Anak Sulung Selalu Dimarah Tapi Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

Anak Sulung Selalu Dimarah Tapi Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 486 hits
Biasanya anak sulung sering dimarah dan dijadikan sasaran namun jauh di sudut hati ibu ayah anak pertama adalah yang paling istimewa di sudut hati Anak sulung biasanya mempunyai karektor yang tenang tetapi tegas Di sebalik ketenangan dan ke...
Selalu Sangat Drive Thru Seawal Usia 6 Tahun Anak Dah Boleh Dapat Darah Tinggi

Selalu Sangat Drive Thru Seawal Usia 6 Tahun Anak Dah Boleh Dapat Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 460 hits
Bagi mereka yang mempunyai anak sila perhatikan anak anda terutamanya bagi mereka yang telah bersekolah Ada satu trend yang membimbangkan sedang berlaku terhadap kanak kanak di seluruh dunia Mungkin anak anda merupakan salah seorang daripad...
Orang Kata Anak Kedua Ni Sangat Istimewa Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

Orang Kata Anak Kedua Ni Sangat Istimewa Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 573 hits
ORANG kata perangai anak kedua ni lain daripada yang lain Mereka punya sifat yang tersendiri Adakalanya mereka cukup disenangi oleh semua anggota keluarga tidak kurang juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik bera...
Bukan Sekadar Seorang Anak Tapi Jadikan Mereka Sahabat Mak Ayah Baru Boleh Rapat

Bukan Sekadar Seorang Anak Tapi Jadikan Mereka Sahabat Mak Ayah Baru Boleh Rapat

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 558 hits
Personaliti Instafamous ini bersederhana dan dia juga sering berkongsi info di dalam penulisan blognya Juga rajin membuat perkongsian melalui laman Instagram Isteri kepada Dr Anwar Fazal Abu Bakar ini juga sempat Pa Ma dekati untuk mencungk...
Anak Che Ta Kena Demam Campak

Anak Che Ta Kena Demam Campak

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 511 hits
Alahai kesian Aaisyah Dhia Rana kena demam campak time umurnya 5 tahun Sis dapat tahu berita ni pun menerusi akaun Instagramnya aaisyahdhiarana111 Tak apalah Aaisyah awak nak besar dah tu semua orang kena demam campak Kejap je tu nak baik L...
Main Celup Celup Tepung Je Tapi Rangup Anak Makan Khasiat Pun Dapat

Main Celup Celup Tepung Je Tapi Rangup Anak Makan Khasiat Pun Dapat

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 402 hits
Anak yang sedang membesar sememangnya memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan sihat Namun ada diantara anak anak kita yang kurang gemar makan sayur hanya kerana rasanya yang dikatakan kurang enak Sebagai ibu kebijaksaan anda untuk mencip...
Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk Dan Rapat Dengan Ibu Boleh Jadi Lebih Pandai

Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk Dan Rapat Dengan Ibu Boleh Jadi Lebih Pandai

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 641 hits
Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu Benar karakternya berlainan berbanding anak perempuan Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu anak lelaki boleh jadi insan yang hebat 4 sebab ...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing