Biarpun 36 863 Buah Rumah Tak Laku Harga Rumah Nak Naik Lagi



Laporan dari Berita Harian mengatakan hartanah kediaman siap yang tidak terjual meningkat sebanyak 24.7 peratus kepada 36,863 unit bernilai RM22.8 bilion setakat Disember 2021 berbanding tempoh sama setahun sebelumnya.
AmInvestment Bank berkata, berdasarkan Laporan Pasaran Hartanah Tahunan 2021 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Selangor masih lagi mendahului sebagai pasaran yang mempunyai kediaman siap tidak terjual paling tinggi di negara ini.
Katanya, ini diikuti oleh Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
"Dari segi jenis hartanah siap tidak terjual, unit kondominium dan pangsapuri adalah yang paling tinggi iaitu 20,505 unit atau 55.6 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti oleh rumah teres sebanyak 7,389 unit atau 21.3 peratus," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Bank pelaburan itu berkata, status hartanah kediaman siap tidak terjual yang berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta adalah membimbangkan, merangkumi sebahagian besar, iaitu 30 peratus dari segi jumlah unit yang gagal dihabiskan dan 33 peratus dari segi nilai keseluruhan.
Menariknya biarpun terdapat 36,863 unit kediaman bernilai RM22.8 bilion yang tidak terjual (tak laku sebab ramai yang tak mampu nak beli), Harga jualan hartanah di Malaysia dijangka meningkat sehingga 11 peratus, jika pemaju hartanah mengalih kesan peningkatan kos pembinaan kepada pembeli kata Penganalisis AmInvestment Bank Bhd, Khoo Zing Sheng.
Berikut adalah laporannya..
KUALA LUMPUR: Harga jualan hartanah di Malaysia dijangka meningkat sehingga 11 peratus, jika pemaju hartanah mengalih kesan peningkatan kos pembinaan kepada pembeli.
Penganalisis AmInvestment Bank Bhd, Khoo Zing Sheng, berkata berdasarkan keadaan semasa pasaran, pemaju hartanah dijangka menyerap kenaikan kos dan mengalihnya sebahagian kos kepada pembeli sebagai sebahagian langkah mengurangkan kesan margin yang mengecil.
Katanya, kebiasaannya kos pembinaan membabitkan sekitar 50 hingga 55 peratus daripada nilai pembangunan kasar (GDV) pemaju, di mana kesan kenaikan kos pembinaan akan menyebabkan margin semakin berkurang.
"Tahun ini, kami menjangkakan peningkatan kos pembinaan sekitar 19 peratus. Jika pemaju melepaskan sepenuhnya peningkatan kos ini kepada pembeli, harga jualan akan meningkat sebanyak sembilan hingga 11 peratus," katanya dalam nota penyelidikan.
Mengulas lanjut, Zing Sheng berkata, jualan hartanah baharu merosot sebanyak 30 peratus dengan pemaju mencapai tujuh hingga 37 peratus daripada sasaran jualan pada tahun ini atau purata sekitar 20 peratus berbanding 15 hingga 53 peratus pada tahun sebelumnya.
"Jualan yang lebih lemah disebabkan terutama berakhirnya Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dan pelancaran baharu yang lebih perlahan pada suku pertama 2022.
"Sementara negara beralih ke fasa endemik di tambah dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April lalu, ia bakal menyokong pemulihan pasaran hartanah. Namun kami kekal berhati-hati berhubung kadar pertumbuhan di tengah-tengah kebimbangan mengenai jualan masa depan susulan kemungkinan kekurangan pelancaran baharu," katanya.
Mengenai cadangan pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), beliau menjelaskan, pembelian hartanah sebelum ini dikecualikan daripada GST kepada pembeli tetapi cukai itu dikenakan ke atas bahan binaan yang ditanggung oleh pemaju.
Laporan penuh sila baca di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/biarpun-36863-buah-rumah-tak-laku-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Melayu Isle Ni Nak Naik Gila Apa Harga Ayam Akan Naik Lagi Bulan Depan

Kerajaan Melayu Isle Ni Nak Naik Gila Apa Harga Ayam Akan Naik Lagi Bulan Depan

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 174 hits
June 20 2022 Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sus...
Musim Anak Demam Hospital Penuh Ubat Pula Naik Harga Mak Ayah Perlu Simpan Stok Ubat Siap Siap

Musim Anak Demam Hospital Penuh Ubat Pula Naik Harga Mak Ayah Perlu Simpan Stok Ubat Siap Siap

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 375 hits
Bukan panik namun berjaga jaga untuk kepentingan dikala kecemasan Sediakanlah stok ubat secukupnya di rumah itu sebaiknya Infleuncer media sosial yang juga seorang doktor turut menasihati ibu bapa agar sentiasa menyimpan sebaiknya stok ubat...
Harga Barang Naik Dap Salahkan Kerajaan Bn

Harga Barang Naik Dap Salahkan Kerajaan Bn

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 183 hits
Sheikh Umar Bagharib Ali berkata kerajaan patut dari awal mengemukana penyelesaian yang menyeluruh berhubung kenaikan harga barang bukannya bertindak mengikut reaksi orang ramai semata mata Timbalan pengerusi DAP Johor itu berkata ini keran...
Kalau Harga Naik Kurangkan Sikit Makan Telur

Kalau Harga Naik Kurangkan Sikit Makan Telur

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 174 hits
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Norena Jaafar menyarankan orang ramai khususnya rakyat Melaka mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan
Rega Letrik Nak Naik Lagi Ke

Rega Letrik Nak Naik Lagi Ke

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat mingguan kabinet hari ini telah membincangkan surcaj yang akan berlaku ke atas bil elektrik pengguna domestik dengan tarif yang disemak itu dijangka berkuat kuasa bulan depan Menurut sumber yang mengetahui perkara itu...
Pemberani Dicari Lelaki Nak Jual Yamaha 125zr Pada Harga Rm95k Juga Terima Swap 4x4 Atau Honda Civic Fc

Pemberani Dicari Lelaki Nak Jual Yamaha 125zr Pada Harga Rm95k Juga Terima Swap 4x4 Atau Honda Civic Fc

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 184 hits
Hobi sebenarnya sesuatu yang boleh menjana wang ringgit dan jika kena gaya hobi boleh dijadikan kerjaya Bagi para collector mereka sanggup pecah tabung semata mata untuk mendapatkan koleksi limited edition kerana mereka yakin dan tahu har
Harga Barang Naik Kita Lebih Berjimat Dan Lebih Sihat

Harga Barang Naik Kita Lebih Berjimat Dan Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 426 hits
Mungkin ada yang sangka peningkatan harga makanan asas adalah solusi kepada masalah obesiti dan penyakit metabolik di Malaysia Sebenarnya kajian menunjukkan apabila harga bahan mentah dan keperluan asas seperti telur susu sayur sayuran dan ...
Buasir Otak Tv Setiap Kali Bila Harga Barang Naik

Buasir Otak Tv Setiap Kali Bila Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 270 hits
Setiap kali bila harga barang naik lepas tu menteri dan pemimpin kerajaan bagi kenyataan merapu Jom tonton animasi ini
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik