Biarlah Sejarah Yang Bercerita Kisah Si Mahazalim




Apabila dia kalah dalam Pilihanraya Umum tahun 1969 di Parlimen Kota Setar, Kedah, maka doktor muda itu berubah menjadi “ultra-Melayu”. Beliau menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Beliau menyerang Tunku selepas Peristiwa 13 Mei 1969.

2. Lima puluh tiga tahun kemudian, apabila dia kalah di Parlimen Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2022 sehingga hilang deposit, pemimpin yang telah lanjut berusia itu dengan pencapaian dua kali jadi Perdana Menteri Malaysia, kini menyerang pula Perdana Menteri ke-sepuluh Anwar Ibrahim.

3. Pada tahun 2019, apabila sudah sampai masanya sebagai Perdana Menteri Ketujuh untuk menyerah kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan oleh gabungan Pakatan Harapan, maka tokoh tersebut berdalih-dalih. Tetapi dalam masa yang sama dia menghimpunkan pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai pertubuhan dan NGO ke dalam suatu pertemuan yang diberi nama Perhimpunan Melayu Bermaruah.

4. Kesan dari perhimpunan itu maka berlakulah episod Langkah Sheraton. Kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas itu.

5. Sekarang tokoh yang telah lanjut berusia ini terus mengasak, mengasak dan menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Apakah dosa Anwar Ibrahim kepadanya, kita pun tidak mengerti.

6. Seperti modus operandi lama yang digunapakai, maka isu sentimen Melayu sekali lagi digunakan.Kali ini tokoh tersebut terlibat dalam usaha mengadakan pertemuan yang dipanggil Perhimpunan Proklamasi Melayu.

7. Setiap kali tokoh ini tersisih dari arus politik negara, dia akan menggunakan kartu atau kad kaum untuk dia kekal relevan.

8. Nasihat saya kepadanya: Usahlah bermain api; nanti terbakar negara sendiri. Cukup-cukuplah.

9. Bagi saya, tidak ada salahnya untuk tokoh berusia ini berbincang dengan penyokong-penyokongnya berkenaan isu nasib orang Melayu sekarang dan akan datang. Berikan kepadanya dewan untuk perhimpunan itu boleh diadakan bagi mereka berbincang secara aman dan selesa.

10. Tetapi saya ingin bertanya kepadanya.Dia telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun kali pertama. Apa yang dia telah buat untuk orang Melayu biasa, kecuali kapitalis-kapitalis kroni anak pinak dan para sahabat sendiri.

11. Sekali lagi pada tahun 2018, dia telah diberi peluang menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan.Kenapa tidak dibuat segala dasar dan program untuk membela nasib orang Melayu?

12. Kenapa sekarang hendak bercakap membela nasib orang Melayu. Sedang peluang telah diberi dengan luas sehingga lebih dua dekad kepadanya sebagai Perdana Menteri.

13. Anwar Ibrahim baru empat bulan jadi Perdana Menteri. Mana kepentingan orang Melayu yang telah digadai oleh Anwar? Jawapannya Tiada.

14. Mana hak-hak orang Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dikompromi oleh Anwar Ibrahim? Juga jawapannya Tiada

15. Kedudukan Bahasa Melayu terjamin. Kedudukan Islam terjamin. Kedudukan Raja-Raja Melayu terjamin.

16. Anwar Ibrahim menegaskan perkara ini berkali-kali sama ada di dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Telinga ini mendengar. Diri ini menjadi saksi komitmen Anwar Ibrahim menjaga kepentingan Melayu. Bezanya, sebagai seorang pemimpin negara berbilang bangsa dan agama, Anwar tetap tegas menjaga kepentingan dan hak-hak kaum-kaum lain dan agama lain seperti yang dijamin oleh undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan.

17. Jadi apa salah Anwar Ibrahim sehingga dia hendak ditumbangkan secara tidak sah sekarang, di luar proses pilihanraya? Ini bukan demokrasi. Ini suatu tyranny gerombolan politik songsang.

18. Maka, adalah sangat wajar nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan bertindak tegas terhadap sesiapa jua yang secara tidak bertanggungjawab cuba membakar sentimen kaum dan agama sehingga menimbulkan ketegangan dan ancaman terhadap ketenteraman awam serta keselamatan negara.

19. Demi keselamatan Malaysia, saya menyokong ketegasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.

20. Hanya satu, saya berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak melakukan kesalahan yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri ke-4 Mahathir Mohamad pada tahun 1988 apabila berhadapan dengan gugatan dan cabaran terhadap kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan yang dipimpinnya.

21. Mahathir telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1988 itu dengan menahan tanpa bicara lebih 100 orang pemimpin parti politik, pertubuhan NGO dan aktivis masyarakat. Satu titik hitam dalam sejarah demokrasi Malaysia.

22. Saya berharap dengan kebijaksanaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beliau dapat mencari segala ikhtiar alternatif untuk mententeramkan suhu sentimen kaum dan agama yang panas sekarang ini.

23. Elakkanlah Kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekarang ini dari menggunakan akta-akta draconian seperti Akta SOSMA untuk menangani tantangan dan cabaran dari pihak lawan.

24. Sebagai alternatif, gunakanlah pendekatan yang lebih berhemah, berdiplomasi, berunding dan berlibat urus dengan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan sivil serta NGO yang kini menentang secara terbuka terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Gunakan kaedah perundingan bukannya perang.

Sekian

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

19 Mac 2023 (Ahad)

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/biarlah-sejarah-yang-bercerita-kisah-si.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Kisah Pun Berpoligami Tapi Biarlah Caranya Betul Kata Shuhada

Saya Tak Kisah Pun Berpoligami Tapi Biarlah Caranya Betul Kata Shuhada

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 195 hits
nbsp Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi Nurul Shuhada Mat Shukri 29 tidak menolak kemungkinan bermadu jika suaminya berhasrat untuk berpoligami Nurul Shuhada menyatakan bahawa dia sedia menerima kehidupan poligami jika Hafidz dapat menunai...
Akhirnya Polis Dpt Jumpa Pemandu Yg Bangga Letak Vest Polis Untuk Parking Merata Rupanya Ini Kisah Sebenar

Akhirnya Polis Dpt Jumpa Pemandu Yg Bangga Letak Vest Polis Untuk Parking Merata Rupanya Ini Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 133 hits
Kereta Proton Saga yang menghalang lalu lintas di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini yang tular di Twitter sejak semalam didapati dipandu ahli keluarga seorang anggota polis tanpa lesen memandu
Penuh Kontroversi Ini Sederet Kisah Nyata Sekte Sesat Korea Selatan Yang Sempat Viral

Penuh Kontroversi Ini Sederet Kisah Nyata Sekte Sesat Korea Selatan Yang Sempat Viral

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 109 hits
Sekte sekte ini jadi alat menutup kejahatan untuk mendapat keuntungan pribadi berkedok penghapusan dosa dan kehidupan yang abadi
Kisah Asal Usul Bekas Tapak Kaki Di Makam Nabi Ibrahim A S

Kisah Asal Usul Bekas Tapak Kaki Di Makam Nabi Ibrahim A S

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 290 hits
Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah SWT menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu Ada dua riwaya...
Kisah Mr Bean Yang Menginspirasi

Kisah Mr Bean Yang Menginspirasi

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum buat para pembaca semmua Kisah ini kami dapat daripada perkongsian sosial media Kredit kepada penulis asal Kisah yang sangat memberikan inspirasi Mr Bean Mr Bean Kisah lelaki yang tidak pernah berputus asa dengan impiannya R...
Kisah Seorang Kanak Kanak

Kisah Seorang Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 404 hits
Ada seorang bapak ni bawak anak dia dtg klinik Dah lama menunggu dekat sejam masuk jumpa doktor Tanya anak sakit apa Bapak jawab entah mak dia suruh bawak Cuba doktor check Check atas bawah semua normal Macam sihat ja Aku suh bapak dia Call...
Kisah Jualan Tanah Lot Di Jabi Oleh Azlan Al Amin

Kisah Jualan Tanah Lot Di Jabi Oleh Azlan Al Amin

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 379 hits
Tamat sudah kisah arwah Hj Ramli yang jelas dimanipulasi oleh Che Wan Al Lakazam bersama dengan anak sulong arwah iaitu Shahruldi Kini kita berhijrah pula dengan kisah penjualan tanah di kawasan Jabi Besut Terengganu yang jelas sekali lagi ...
Kisah Dunia Politik Siri Netflix Queen Maker Lancar Video Trailer Pertama

Kisah Dunia Politik Siri Netflix Queen Maker Lancar Video Trailer Pertama

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 132 hits
Nampaknya tahun ini kita akan disajikan dengan K Drama baru lagi di Netflix ARTIKEL BERKAITAN Terkini Netflix telah mengesahkan tarikh tayangan bagi drama Queen Maker iaitu pada 14 April ini dan turut mengeluarkan video trailer untuk drama ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025