Kisah Asal Usul Bekas Tapak Kaki Di Makam Nabi Ibrahim A S


Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah SWT menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.


Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah SWT meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, sehinggakan tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang memulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah SWT yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya.

Maka dengan kehendak Allah SWT, sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini di Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah SWT.

Apabila agama Islam datang, Allah SWT mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang makam Ibrahim sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu makam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan makam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.

Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah SWT, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."

Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan.

Allah SWT menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s. pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, "Aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah."

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya.

Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji.

Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.

Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.

Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah SWT sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna.

Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/03/asal-usul-makam-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Siti Sarah Isteri Nabi Ibrahim As Dengan Raja Mesir

Kisah Siti Sarah Isteri Nabi Ibrahim As Dengan Raja Mesir

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 336 hits
Korang nak tau tak kisah Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim as dengan raja Mesir Ke korang dah tau Tapi takpelah dah tau pun cikla nak share jugak sebab kisah ni sangat menarik dan boleh dibuat pengajaran untuk kita Citenya camni Raja Mesir ni ...
Tak Ada Makna Buat Saya Song Jihyo Dipuji Cool Tak Kisah Hal Bekas Kekasih

Tak Ada Makna Buat Saya Song Jihyo Dipuji Cool Tak Kisah Hal Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 182 hits
Mungkin kerana sudah mempunyai pengalaman yang lama kerana sudah 43 tahun hidup ramai yang memahami pandangan Song Ji hyo ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Running Man kesemua ahli dan tetamu Cha Tae hyun dan Yoo Yeon seok telah menjal...
Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 198 hits
Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu1 Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa ...
Sejarah Asal Usul Permainan Dam Ular

Sejarah Asal Usul Permainan Dam Ular

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 210 hits
Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimainkan oleh orang orang India sejak dahulu kala Di India Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu Permainan ini disebut Leela dan mencerminkan ke...
Atasi Masalah Kesihatan Kaki Anda Di Sunfeet International Rehab Centre

Atasi Masalah Kesihatan Kaki Anda Di Sunfeet International Rehab Centre

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Siapa di sini mempunyai kaki yang sempurna Pasti tak tahu kan Baiklah baru baru ini aku berkesempatan mendengar satu talk berkenaan kaki bersama pakar dan banyak...
Sunfeet International Rehab Centre Dato Dr Edmund Lee Bagi Tips Penjagaan Kaki Yang Sihat

Sunfeet International Rehab Centre Dato Dr Edmund Lee Bagi Tips Penjagaan Kaki Yang Sihat

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 169 hits
Sunfeet International Rehab Centre Dato Dr Edmund Lee Bagi Tips Penjagaan Kaki Yang SihatSunfeet International Rehab Centre Dr Edmund Lee Bagi Tips Penjagaan Kaki Yang Sihat Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Sedar tak sedar penjagaan...
Sunfeet International Selesaikan Masalah Kaki

Sunfeet International Selesaikan Masalah Kaki

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 395 hits
Sunfeet International Rehab Center korang pernah dengar tak tempat nie Sejujurnya sis pun baru tahu ada tempat spesifik untuk merawat masalah kaki Sis percaya ramai di antara kita mungkin mengalami masalah kaki tetapi tak tahu kat mana nak ...
Sunfeet International Rehab Centre Tawarkan Pemeriksaan Kesihatan Kaki Percuma

Sunfeet International Rehab Centre Tawarkan Pemeriksaan Kesihatan Kaki Percuma

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 189 hits
Pernah ada masalah sakit tumit sengal pergelangan kaki atau sendi dan sakit sakit lutut Kalau korang ada simptom tersebut salah satu faktor utama adalah masalah kesihatan kaki Pernah buat medical check up kaki Bunyi macam pelik kan Tapi itu...
Truk Dan Pikap Beradu Di Jalan Trans Kalimantan Satu Korban Patah Kaki

Truk Dan Pikap Beradu Di Jalan Trans Kalimantan Satu Korban Patah Kaki

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 165 hits
Kecelakaan lalu lintas terjadi antara truk dan pikap di Jalan Trans Kalimantan Kabupaten Kubu Raya Kalimantan Barat Selasa sore
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya