Biarkan Dulu Pengkhianat Pencuri Agihkan Rampasan Kerajaan Tebuk Atap




Oleh AHMAD LUTFI OTHMANApril 14, 2020 12:30 pmPerikatan Nasional (PN) dibentuk secara tidak formal kebanyakannya oleh parti-parti yang kalah dan ditolak pengundi dalam PRU14. Merangkumi Umno, Pas, MCA, MIC dan GPS. Bersatu pula, ditambah bilangan sekali ganda ahli-ahli Parlimen Umno yang lompat parti, membuka pintu belakang kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan
Saya ulang berkali-kali bahawa gabungan ini langsung tidak terikat dengan apa-apa manfesto pilihan raya atau ianji-janji pembaharuan kepada rakyat. Mereka mentadbir negara tanpa misi dan visi. Justeru, persoalan seperti melantik ahli parlimen atau politikus sebagai pengerusi atau lembaga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan isu pun, malah langsung tak berkudis. Pakatan Harapan (PH) sendiri dilihat melanggar atau menangguhkan manifesto mereka, inikan pula kepada PN yang tidak mempunyai apa-apa komitmen reformasi institusi dan sebagainya
Seperti diakui perdana menteri, PN bukannya kerajaan yang dihasratkan rakyat. Ia hasil perancangan licik, permainan wakil-wakil rakyat yang memperdagangkan undi rakyat sebagai komoditi berharga untuk kepentingan sendiri. Masih terikat kemas dalam ingatan, pengundi-pengundi beratur panjang di tengah panas 9 Mei 2018, sesetengahnya balik jauh dari perantauan demi dorongan melakukan perubahan. Malang sekali, belum pun melepasi separuh penggal, komplot politikus yang rakus-khianat meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat. Dan kemudiannya berbangga kononnya mendirikan kerajaan Melayu-Muslim tanpa DAP
Namun pada era pentadbiran terdahulu, sekurang-kurangnya rakyat boleh menuntut dan menagih iltizam pembaharuan PH dan kerajaan terpaksa mengeluarkan statistik peratusan manifesto yang sudah ditunaikan, untuk sesuatu tempoh, juga prestasi selepas 100 hari memerintah dan sebagainya. Rakyat juga dapat membayangkan destinasi yang dituju negara. Diperincikan bidang yang berjaya dilaksanakan, serta punca kegagalan janji tertentu dalam tempoh tertentu. Pengkritik, khususnya pembangkang bebas melemparkan tohmahan, termasuk mendakwa PH sebagai “pakatan hancing” ekoran tidak menunaikan segala janji. Walhal tempoh masa manifesto sebenarnya adalah sehingga berakhirnya penggal Parlimen
Kini Muhyiddin Yassin hanya perlu puaskan penyokongnya dalam Dewan Rakyat agar beliau terselamat daripada usul undi tidak percaya nanti. Legitimasi beliau sebagai ketua kerajaan belum disahkan Parlimen. Namun, faktor masa lebih dilihat memihak kepada perdana menteri. Peluang untuk memperkukuh kedudukan terbuka luas. Kuasa seorang PM bagai sakti lampu Aladin. Senarai kuasanya begitu panjang. Dengan satu lorekan mata pena, mimpi bertukar menjadi realiti. Lagipun sidang Parlimen yang sepatutnya pertengahan Mac sudah ditunda lebih dua bulan bagi memberi ruang selesa untuknya membeli sokongan
Wabak maut Covid-19 juga memberi kelebihan politik kepada Muhyiddin. Bukannya susah sangat pun untuk pastikan sekurang-kurangnya 112 ahli parlimen menyokongnya nanti. Keanggotaan menteri dan timbalan menteri sudah 70 orang, tinggal lagi lebihkurang 40 orang sahaja. Ghanimah akan difaraid kepada semua penyokong kerajaan. Kepentingan rakyat boleh ditangguhkan sekejap. Prioriti adalah memaku kesetiaan. Sumber kuasa akan dicairkan kepada pelbagai bentuk habuan, walaupun negara sedang berdepan krisis ekonomi yang dahsyat
Dicampur dengan wakil rakyat yang diberi kedudukan istimewa dalam pelbagai potfolio, diikat elaun menarik, peruntukan selesa dan kemudahan menyenangkan, Muhyiddin dijangka tiada masalah untuk kekal jawatan dalam kerajaan tebuk atap itu. Jawatan baharu boleh sahaja diwujudkan demi menghargai sokongan berharga kepada perdana menteri. Ekonomi negara yang merudum dan terjejas teruk bukan halangan “untuk membalas budi”. Setiausaha Agung Pas sudah memaklumkan semua ahli Parlimennya akan diberi jawatan pengerusi GLC, selain lapan orang yang berjawatan menteri dan timbalan menteri. Dalil senang dicari, meskipun kontradik dengan idealisme silam. PM sedang membina kubu pertahanan yang kukuh, mengelak kerajaan tanpa mandat rakyat itu roboh di Dewan Rakyat nanti
Lagipun majoriti rakyat sekarang diasak persoalan hidup mati, mereka tidak mahu kusutkan kepala dengan “isu-isu politik”. Orang ramai lebih memikirkan survival diri dan keluarga. Esok belum pasti ada pekerjaan atau tidak, cukup makan atau terpaksa mengemis bantuan, anak-anak boleh sambung belajar atau dapat pekerjaan
Seringkali parti pemerintah mempunyai kelebihan dalam pilihan raya yang diadakan ketika negara menghadapi ancaman keselamatan. Misalnya PRU1964 selepas peristiwa konfrontasi dengan Indonesia, atau PRU1974 selepas tragedi 13 Mei 1969. Pandemik Covid-19 lebih tragis dan ngeri berbanding bencana lain yang pernah melanda. Ia juga memberi impak besar kepada seluruh planet bumi ini
Malah saya perhatikan, kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan, khususnya rakan-rakan dalam Parti Amanah Negara, seperti melancarkan gencatan senjata politik. Lebih tertumpu kepada usaha membantu dan menolong rakyat, dengan melancarkan aneka inisiatif meringankan beban hidup seharian, selain muncul dalam siaran FB live, menyampaikan tazkirah atau pesanan bermanfaat di musim berkurung PKP ini. Sememangnya ia langkah proaktif yang baik, meskipun sudah tidak berada di tampuk kuasa, kecuali di peringkat negeri tertentu
Bagaimanapuh, tidak kurang pihak yang semacam kurang berpuashati dengan sikap pemimpin yang dilihat pasif atau kurang berani memberi reaksi proaktif terhadap hal-hal semasa, termasuk berkaitan wabak maut ini. Dalam masa sama, parti-parti yang berjaya merebut kuasa melalui pengkhianatan, dilihat memiliki kelebihan sebagai penguasa di waktu genting ini. Apa pun, rakyat dapat menilai prestasi menteri-menteri yang nampak bercelaru, dengan kenyataan saling bercanggah, menambah lagi kerisauan rakyat menempuh zaman tidak menentu ini
II
Semasa Barisan Nasional memerintah dahulu, ada mesyuarat majlis tertinggi BN. Waktu Pakatan Harapan mentadbir negara, ada mesyuarat majlis presiden PH. Sekarang, Perikatan Nasional mengambil alih kuasa melalui pintu belakang, tanpa memperolehi mandat rakyat terlebih dahulu, soalnya apa struktur organisasi PN, siapa kepimpinan tertingginya, apakah mereka ada jadual tetap untuk bermesyuarat terutama memutuskan polisi dan dasar negara
Beberapa pimpinan utama Umno-Pas, sekutu utama PN tidak ada dalam Kabinet Muhyiddin-Azmin, seperti Zahid Hamidi, Mohamad Hassan (hatta pemegang jawatan dalam umno yang dilantik menteri seperti setiausaha agung, ketua penerangan pun digugurkan daripada jawatan parti) dan Abdul Hadi Awang, di mana mereka boleh menyuarakan pandangan dan nasihat terhadap kerajaan jika mesyuarat tertinggi PN tidak diadakan? Hadi sudah dilantik duta khas bertaraf menteri, tentu ada akses istimewa dengan perdana menteri; boleh secara langsung memberi teguran dan nasihat. Bukankan impiannya sejak lama untuk menjadi penasihat kerajaan
PN juga rasanya belum diikat dengan apa-apa bentuk persefahaman dan kerjasama secara bertulis. Belum terjumpa deklarasi bersama yang dipersetujui semua parti dalam gabungan longgar itu. Umno secara terbuka tidak mengiktiraf kerajaan pintu belakang ini sebagai perkongsian kuasa di antara parti, tetapi hanya kerjasama ahli-ahli Parlimen tertentu. Pastinya, fokus dan target Umno lebih tertumpu kepada PRU15
Okey, kita beri masa dan peluang lagi untuk mereka belajar mencari keserasian dan mengagihkan habuan. Mungkin juga Muhyiddin sendiri sibuk amat sangat dengan isu Covid-19 serta implikasi ekonominya dan tak sempat berfikir untuk Perikatan Nasional. Lagipun PN naik secara kudeta, tanpa manifesto, tanpa janji pilihan raya, maka mereka tidak terikat dengan apa-apa janji pembaharuan
Kerajaan Melayu-Islam tanpa DAP sudah terbentuk. Tanpa Anwar Ibrahim yang menjadi boneka Amerika, Eropah, Freemason dan Singapura itu, ‘kan? Tiada lagi ancaman terhadap Melayu-Islam, ‘kan? Yang lain-lain, boleh ejas, ‘kan? Isu-isu LGBT, murtad, arak, kematian Adib, sekolah vernakular, Islam liberal, sudah senyap, ‘kan? Polemik pengurusan Tabung Haji telah selesai, ‘kan? Macam zaman dikuasai orang politik dulu, Pas pun berpuas hati, ‘kan?
Sudah sempurna sebuah impian, ‘kan
Pengalaman semasa BN mentadbir dulu, majlis tertinggi gabungan itu sememangnya tidak berfungsi. Boleh dibilang dengan hari kekerapan mesyuaratnya. Yang lebih dominan dan menguasai adalah mesyuarat majlis tertinggi Umno. Mungkin itu antara faktor mereka agak janggal dan rimas dengan situasi Perikatan Nasional. Kedudukan parti-parti — Bersatu, Umno, Pas dan GPS — agak seimbang. Malah tiga parti Melayu itu akan bersaing di konstituensi hampir sama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/biarkan-dulu-pengkhianat-pencuri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tebuk Atap Pecat Profesional Tanpa Alasan

Kerajaan Tebuk Atap Pecat Profesional Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 272 hits
Ketika kita masih kabur dengan Hala tuju Kerajaan tanpa manifesto ini mereka dengan rakus memecat siapa sahaja yang dilantik oleh PAKATAN HARAPAN termasuk para profesional Tindakan ini amat dikesali oleh bekas Menteri Pengangkutan Anthony L...
Ghanimah Masih Banyak Untuk Diagihkan Di Bawah Kerajaan Tebuk Atap

Ghanimah Masih Banyak Untuk Diagihkan Di Bawah Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 231 hits
Begitulah sukarnya apabila menjadi PM dalam sebuah kerajaan yang tidak mendapat rakyat Bayangkan seorang PM itu disokong oleh orang orang seperti Najib Zahid Ku Nan Bung Mokhtar Ahmad Maslan Hishamuddin Azmin dan beberapa lagi pemimpin yang...
Selepas Perketat Pkp Kerajaan Tebuk Atap Tidak Tahu Buat Apa

Selepas Perketat Pkp Kerajaan Tebuk Atap Tidak Tahu Buat Apa

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 314 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Khalid bersama Malaysia Dateline dalam aplikasi Zoom Kerajaan tebuk atap diketuai Muhyiddin seolah olah tiada strategi untuk mencari kaedah terbaik bagi melonggarkan semula Perintah Kawalan Pergerakan selepas terus me...
Menteri Tik Tok Kini Muncul Lagi Pelawak Dalam Kerajaan Tebuk Atap

Menteri Tik Tok Kini Muncul Lagi Pelawak Dalam Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 390 hits
Nampaknya dalam kerajaan tebuk atap ini menteri menterinya bukan berlumba lumba untuk buat kerja yang benar benar mendatangkan manfaat tetapi lebih ghairah untuk menampilkan sisi lawak jenaka mereka buat tatapan rakyat jelata Jika sebelum i...
Ini Baru Namanya Dapat Jawatan Ikut Tebuk Atap Tapi Tiadakah Pemimpin Umno Dilantik Sama

Ini Baru Namanya Dapat Jawatan Ikut Tebuk Atap Tapi Tiadakah Pemimpin Umno Dilantik Sama

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 272 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan perlantikan Presiden Pas Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri Ini bermakna lantikan menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini berjumlah 70 orang telah ber...
Islam Terancam Bila Atap Kena Tebuk

Islam Terancam Bila Atap Kena Tebuk

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 217 hits
SOALAT LAH DIRUMAH Kan baik jadi imam kat rumah dengan isteri dan anak anak Selama ini selalu saja jadi makmum kali ni jadi lah imam pulak dirumah Salahkah Tentu tidak salah pun malah lebih baik jadi iamam dirumah Adakah islam itu terancam ...
Covid 19 Kerajaan Akan Edar 24 6 Juta Topeng Muka Untuk Rakyat

Covid 19 Kerajaan Akan Edar 24 6 Juta Topeng Muka Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka kepada setiap isi rumah di seluruh negara bagi membantu aspek penjagaan kesihatan rakyat berikutan COVID 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keutamaan p...
P Main Salji Bagai Melingkup Balik Minta Derma Minta Kat Kerajaan La Weiii

P Main Salji Bagai Melingkup Balik Minta Derma Minta Kat Kerajaan La Weiii

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 468 hits
Sophia AnneAku x heran pun dia dapat covid tak kecam pun dia pi Turki lantak p laaa Tp aku nk cakap pasai derma ni PAS ni mmg hobi depa mintak derma ek Segala benda nk kutip derma Si Mat Zuhdi ni masuk hosp kerana positif Covid Masuk Hosp S...
Benarkah Kerajaan Ph Hancur Pas Hanya Isi Kekosongan

Benarkah Kerajaan Ph Hancur Pas Hanya Isi Kekosongan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 415 hits
Selepas surat Presiden Pas Hj Hadi Awang memburuk burukkan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang digambarkan mahu merampas kuasa Tun Mahathir sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan terbaru timbul pula hujah penyokong Pas yang mewajarkan tin...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut