Ini Baru Namanya Dapat Jawatan Ikut Tebuk Atap Tapi Tiadakah Pemimpin Umno Dilantik Sama




Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan perlantikan Presiden Pas, Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Ini bermakna, lantikan menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini berjumlah 70 orang telah bertambah menjadi 71 orang ramainya.

Dengan jawatan bertaraf menteri, Hadi Awang berhak mendapat segala segala gaji, elaun dan kemudahan sebagaimana menteri-menteri yang dilantik Muhyiddin sebelum ini.

Makna kata, kalau menteri-menteri biasanya mendapat gaji dan elaun sekitar RM60 ribu hingga RM70 ribu sebulan, selain kemudahan kereta, pemandu dan sebagainya, itulah juga nikmat yang dijangka akan diperolehi oleh Hadi Awang.

Cuma, kelebihan Hadi Awang sebagai Duta Khas bertaraf menteri, beliau tidak perlu menghadiri mesyuarat kabinet pada setiap Rabu sebagaimana wajib dihadiri oleh menteri-menteri yang lain.

Beliau juga tidak perlu mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Yang Dipertuan Agong.

Tugasnya hanyalah berkaitan negara-negara Timur Tengah, termasuk melakukan lawatan, memastikan hubungan Malaysia terus baik atau mengiringi Muhyiddin jika beliau berkunjung ke negara-negara tersebut.

Selebihnya bolehlah beliau terus memberi kuliah atau mengajar agama seperti biasa, hanya barangkali sebutan namanya saja akan diperindahkan selepas ini menjadi TUAN GURU DATUK SERI HAJI HADI AWANG, DUTA KHAS KERAJAAN MALAYSIA KE TIMUR TENGAH BERTARAF MENTERI.

Dengan perlantikan ini, terjawablah sudah tanda tanya mengapa Hadi Awang tidak dilantik dalam sususan kabinet yang diumumkan Muhyiddin awal bulan lalu.

Ketika ditanya sebelum ini, Hadi Awang berkata, tiadanya nama beliau dalam kabinet adalah bagi membolehkannya memantau prestasi menteri-menteri Pas dalam kerajaan.

Agaknya Hadi Awang memang tidak mahu dilantik sebagai menteri, sebaliknya hanya sedia diberikan apa-apa jawatan lain yang bersesuaian dengan kedudukannya selaku Presiden Pas.

Melalui pembentukan kerajaan baru PN yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini kerana dianggap kerajaan pintu belakang lantaran ditubuhkan bukan berdasarkan kemenangan melalui mandat rakyat dalam pilihanraya, Hadi Awang berkata, kerajaan bukan saja boleh ditubuhkan melalui pintu belakang atau tingkap, bahkan boleh juga dibentuk melalui tebuk atap.

Dengan terbentuknya kerajaan tebuk atap pimpinan Muhyiddin sebagaimana disebut Hadi itu, selaku Presiden Pas, beliau sepatutnya menjadi salah seorang anggota kanan dalam kabinet.

Tetapi agaknya kerana tugas sebagai menteri itu lebih membebankan, banyak kerja perlu dilakukan, mesyuarat pula kerap perlu dihadiri, hadir sidang media atau dikejar wartawan lagi, kalau sikap cakap pula boleh jadi isu lawak atau kecaman ramai, termasuk juga tidak boleh lagi ponteng Parlimen, maka menjadi duta adalah pilihan yang lebih baik dan menyenangkan bagi Ahli Parlimen Marang itu.

Menjadi Duta Khas ke Timur Tengah, lebih-lebih lagi dapat sama gaji, elaun dan kemudahan seperti menteri, keistimewaan lain ialah kalau Hadi Awang lebih kerap tidak hadir ke Parlimen pun tidak ada siapa akan mencarinya.

Ketiadaannya di Parlimen selepas ini akan lebih mudah difahami bahawa beliau mungkin sedang melawat mana-mana negara Timur Tengah atas ada urusan rasmi yang tak dapat dielakkan dengan mana-mana Pak Arab.

Pendeknya, menjadi Duta Khas bertaraf menteri ini macam Hadi Awang dapat habuan ikut lubang atap yang sudah siap ditebuknya sebelum ini.

Yang menjadi persoalan ialah apakah hanya Hadi Awang saja dilantik sebagai duta bertaraf menteri dalam kerajaan ikut tebuk atap ini?

Bagaimana dengan ramai barisan pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang lain yang tidak dapat jawatan?

Apakah selepas lantikan Hadi Awang ini, Muhyiddin akan melantik beberapa pemimpin UMNO, sekurang-kurangnya seperti Mohamad Hassan, Timbalan Presiden parti itu serta dua Naib Presidennya, Khaled Nordin dan Mahadzir Khalid sebagai Duta Khas atau Penasihat Khas bertaraf menteri juga? 

(ShahbudinHusin 02/04/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/ini-baru-namanya-dapat-jawatan-ikut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Yg Sama 12 00 Hari Yg Sama Tapi

Waktu Yg Sama 12 00 Hari Yg Sama Tapi

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 242 hits
Beza antara MCO dgn Lockdown Tapi kita kena faham juga sikap rakyat kita dalam hal ini Begitulah kedegilan rakyat malaysia memandang ringan pkp bila ditegur semua melenting Ada NGO pro PH yang Tak puas hati Dan Ada nak ambil tindakkan atas ...
Selandia Baru Lockdown Covid 19 Tapi Jet Miliarder Saudi Bisa Masuk

Selandia Baru Lockdown Covid 19 Tapi Jet Miliarder Saudi Bisa Masuk

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 265 hits
CHRISTCHURCH Sebuah pesawat jet pribadi milik miliarder Arab Saudi mendarat di Christchurch Selandia Baru Padahal negara sebelah timur Australia ini sedang lokcdown total untuk mencegah penyebaran virus corona COVID 19 Selama lockdown atau ...
Masyarakat Tak Dilarang Mudik Tapi Harus Ikut Rapid Test

Masyarakat Tak Dilarang Mudik Tapi Harus Ikut Rapid Test

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 157 hits
Deputi Bidang Koordinasi Infrastruktur dan Transportasi Kementerian Koordinator bidang Kemaritiman dan Investasi Ridwan Djamaluddin mengatakan keputusan resmi mengenai mekanisme protokoler pemeriksaan kesehatan masih akan dibahas
Sweetnya Suami Isteri Ni Diet Dan Kurus Sama Sama 22 Resipi Ringkas Tapi Sihat Wajib Cuba

Sweetnya Suami Isteri Ni Diet Dan Kurus Sama Sama 22 Resipi Ringkas Tapi Sihat Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 593 hits
Bagi mencapai matlamat untuk menurunkan berat badan bukanlah satu hal yang mudah Jika isteri membuat keputusan untuk berdiet selepas melahirkan anak suami haruslah turut sama menyokong penuh hasrat isteri Ada baiknya suami ikut sekali berdi...
Kerajaan Akan Perkenal Sop Baru Ikut Zon Khamis Ini

Kerajaan Akan Perkenal Sop Baru Ikut Zon Khamis Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 217 hits
April 7 2020 4 29 PMMKN akan membentangkan SOP baru PKP berdasarkan zon zon tertentu PUTRAJAYA Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara bersama Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard baru Kh...
Buang Sajalah Siapa Yang Dilantik Ph Jangan Cakap Dan Berlagak Suci Hakikatnya Mabuk Kuasa Dan Jawatan

Buang Sajalah Siapa Yang Dilantik Ph Jangan Cakap Dan Berlagak Suci Hakikatnya Mabuk Kuasa Dan Jawatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 360 hits
Jika mahu menilai keterbolehan seseorang sebelum buang sudah tentu tidak wajar pemberhentian sebelum ini Sebulan pegang kuasa sudah berapa yang dibuang apa kritetia penilaian yang dipakai Sendiri pun belum tentu bagus Elok buang sajalah yan...
Menteri Tik Tok Kini Muncul Lagi Pelawak Dalam Kerajaan Tebuk Atap

Menteri Tik Tok Kini Muncul Lagi Pelawak Dalam Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 398 hits
Nampaknya dalam kerajaan tebuk atap ini menteri menterinya bukan berlumba lumba untuk buat kerja yang benar benar mendatangkan manfaat tetapi lebih ghairah untuk menampilkan sisi lawak jenaka mereka buat tatapan rakyat jelata Jika sebelum i...
Dia Dah Sedaya Upaya Ikut Step Precaution Tapi Anggota Pdrm Duduk Luar Rumah Elak Isteri Anak Anak Dijangkiti Covid 19

Dia Dah Sedaya Upaya Ikut Step Precaution Tapi Anggota Pdrm Duduk Luar Rumah Elak Isteri Anak Anak Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 480 hits
Walaupun arahan kawalan pergerakan sudah dikeluarkan disebabkan wabak Covid 19 masih terdapat lagi individu yang tidak mendengar arahan tersebut Ibarat mencurah air ke daun keladi segala galanya tidak dipandang serius oleh masyarakat Situas...
Dap Dan Ph Baru Terfikirkan War Room Sedangkan Mkn Dah Wujud Sejak Sekian Lama Benda Yang Sama La Tu Ngookkk

Dap Dan Ph Baru Terfikirkan War Room Sedangkan Mkn Dah Wujud Sejak Sekian Lama Benda Yang Sama La Tu Ngookkk

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 351 hits
RUPA RUPANYA DAP DAN PAKATAN HARAPAN TAK PERNAH FAHAM PERANAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MEMALUKAN Ini cadangan bernas pemimpin pemimpin tertinggi PH semalam Wujudkan War Room untuk lawan Covid kata mereka Adoi Itulah sebab kita ada MKN seka...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf